post 80 - Semester Two? Done!


Assalamualaikum J


Ehhh, dah entry lapanpuluh. Hewwww. Sila sorakkk . Pommm pommm **bunyik bunga api.



Hoho, lama gila tak update ni. Haa, tu tengok kiri kanan atas bawah blog Cik Kembang ni penuh dengan sawang sawang dan habuk habuk. Fuhh fuhh fuhh *tiup tiup habuk. Hewhewhew. Haaaa, ni nak update pasal ape ye, urm, idea tu tadi macam ada, bila dah mengadap depan lappy ni idea macam dah hilang pulak. Hoho. Wahai idea untuk merepek dan meraban di blog, kemarilah engkau kesini, aku menyeru engkau wahai idea. Pappp! Haaa, dia mai dah, dia mai dahh. Idea dah sampai dah, dah sampai dahhh. Haaaa. Yess! 

Okay, so entry ni Cik Kembang nak kongsikan cerita tentang semester dua Cik Kembang yang baru sahaja tamat seminggu yang lepas. Alhamdulillah sepanjang semester dua ini segalanya berjalan dengan lancar even otak ni senget senget, sampai kena pergi bengkel nak betulkan balik skru skru yang dah longgar ni. Hoho. Maklumlahkan, even baru semester dua pun subjek semua macam nak ajak Cik Kembang bergaduh je sebab susah tahap, fewww, tak boleh nak sebut tahap apa. Hoho.

Haaa, masa semester dua Cik Kembang just amik lima subjek. Yes, saya ulang LIMA SUBJEK tapi Cik Kembang study bagai nak gila meroyan macam amik limapuluh subjek kot! Haa, antara subjek yang Cik Kembang amik,
  •     Introduction to Business
  •      Computer Organization and Architecture
  •     Object-Oriented Programming II
  •     Computing Mathematics
  •      Proficiency English

Haaa, first sekali Cik Kembang nak cerita pasal subjek Business tu. Okayy, seperti yag dah tahu kan, Cik Kembang ni study Diploma in Computer Science, tapi seriously macam tak tahu lagi apa motif Cik Kembang kena amik subjek ni. Hoho. Nak kata belajar pun masa kat kelas macam tak belajar je. Sampaikan sejak dari awal semester sampai dah habis pun semester hanya beberapa kali je beliau masuk kelas dan mengajar. Almaklumlah kan, madam subjek ni tengah pregnant so asyik pergi check up baby je katanyaaaa, so cerita dia Cik Kembang tidur sampai terlupa nak bangun. Haha. Tapi Alhamdulillah subjek ni Cik Kembang boleh score dan carrymark untuk subjek ni pun buat Cik Kembang tersenyum gumbiraa. Heuheuheu.

Okay then subjek Computer Organization and Architecture. Haa. Nama manjanya COA. Subjek ni serious best. Okay , SERIOUS. Saya ulang, SERIOUS best. Tapi errr, best nya sampai tak terucap, sangat best sampai kan ada satu test tu Cik Kembang dapat 4/25 =.= Okayy, Nampak sangat kurang bijaknya kat situ. Hoho. Subjek ni memang macam senang, tapi mungkin sebab cara lecture tu ajar tak berapa nak kena dengan hati jiwa raga dan nurani untuk seorang pelajar yang lembap macam Cik Kembang ni. Yang si madam tu pulak megajar seolah olah dia pun tak pasti apa yang dia sedang mengajar. Fewww, apalah nasib kann dapat madam macam tu >.<’

Lepastu tu nak cerita pasal subjek yang memang paling teruk untuk bebudak CS ni. Haaa, of course lah subjek OOP kan. OOP tu subjek pasal programming lah, java and blablabla. Masa semester lepas tu belajar OOP1 heaven je sebab boleh score. Hati pun macam tergedik gedik je sebab boleh buat kan. Haa, masuk semester dua ni ada OOP2 muka semua dah tak heaven sebab semua susah. Seriouss, pasal subjek ni lah yang membuat kan rambut rambut ni bertambah gugur. Kalau dikumpul rambut rambut tu boleh menganyam buat tikar rasanya. Fewww. Nak nak pulak madam dah diganti dengan madam baru sebab madam lama pergi sambung master. Haaa, kecewa gilaa. Then dapat pula lecture baru yang memang strict sangat bila mengajar. Huu. Mana tak Cik Kembang ternganga je dalam kelas kan. Lepastu beliau sangat suka menggunakan OHP. Haaa, alaaa OHP tu yang macam ada kat makmal masa sekolah sekolah dulu yang cikgu menulis atas plastic tranparents tu then letak atas cahayaa, haaa, so benda atas kertas tu akan ter-reflect pergi lah ke papan hitam/putih.  Haaa. Cik Kembang harap korang faham apa yang Cik Kembang cuba sampaikan. Hoho. Haa, kembali pada topik utama. Kalau dah guna OHP tu lampu sah sah lah kena tutup kan bagi romantik romantik lampu oreng oreng gituuu, then dalam aircond lagi. Fewww, serious mengantuk tahap kuda! Arghh.

Okay, lepastu lagi subjek computing mathematics. Haaa, kali ni Cik Kembang tak tipu, ni lah subjek paling best di abad ini sebab dia mathematics. Hehe. Seperti yang pernah cik kembang tulis kat entry SINI Cik Kembang memang tak suka mencongak mathematik kan, tapi serious Cik Kembang memang cintakan subject mathematik. Heee! Itupun kalau Encik Calculator fx-570 kesayangan tu sentiasa disisi. Hehe! Alhamdulillah jugakklah sebab subjek ni Cik Kembang memang boleh buat and subjek ni Cik Kembang target A untuk final exam. Heee.

Akhir sekali subjek proficiency English. Haa, nothing to say about this subject. Semuanya berjalan dengan sangat lancar. Hahah. Malas nak cakap pasal subjek ni sebab sampai sekarang still terasa hati dengan lecture yang tak balas senyuman Cik Kembang yang comel ni L

InsyaAllah Cik Kembang akan stay kekalkan pointer Cik Kembang seperti yang pernah Cik Kembang ceritakan di SINI supaya boleh buat ibu ayah kembang kan hidung lagi. Heee :D serious apa saja yang Cik Kembang buat, yang Cik Kembang usahakan bukan untuk siapa siapa, tapi hanyalah untuk masa depan Cik Kembang sendiri dan jugak kebahagiaan ibu ayah Cik Kembang :’) ehh, rasa nak menangis pulakk bila teringat ibu ayah yang tengah tengok tv kat ruang tamu tuu. Hoho.

SEMESTER TWO, DONEE! ALHAMDULILLAH J **tepuk tepuk tangan sambil joget joget!

Assalamualaikum. 

2 0 Si pengomen yang comel :):

mei-empat said...

Good luck and tahniah dahh habis semester two :)

http://thegirlofasian.blogspot.com/

Arikal Razali said...

@Are_in, eheee, trimass :D