post 90 - Rindu?

Assalamualaikum :D

Hey uolls! Ha jahh. Main uolls uolls je sekarang ni kan. Alah, bahasa trending. Watlek watchill. Habis masa nanti gua guna bahasa lain pula. Hihi. Gua rasa en, entry ni tak panjang kot. Kot lah kan. Hahaha. Tak berani janji. Nanti jadi macam entry sebelum sebelum ni. Janji je tak panjang, rupanya janji hanya tinggal janji! Puih. Gua pentipu. Sekali boleh taip, gua lupa dunia. Haha. *Nafsu menaip naip dah memuncak*

Okay, berbalik pada tajuk. Rindu? Haa. Apa itu rindu? Kalau nak ikut bahasa kereknya, perasaan yang kemungkinan besar syok sendiri sebab kita je rindu orang tu, orang tu tak rindu kita. Haha. Bodoh. Tapi sedih juga bila memikirkan rindu kita ni bertepuk sebelah tangan. Kesian rindu gua, main sorang sorang dihalaman rindu sebab rindu lagi satu tak juga datang bertamu. Acewahhh. Ayat kau peah!

Sapa yang gua rindu? Ehem ehem ehem. Takda sapa. Tapi adalah sekor hamba Allah nama terpaksa dirahsiakan. Sebenarnya idok lah teman ni rindu sangat pun kat dia. Cuma teringat. Apa nak diteringat kan? Halahaii, bodohnya soalan weh. Kalau dah nama teringat konpom lah apa apa yang berkaitan dengan makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan tu. Ye dok? Takkan gua nak teringat kat abang dia ke. Adik dia ke. BFFFFFFFF dia ke. Tak ke pelik.

Kekasih
Kalau boleh aku mahu
Kikis kulit wajahmu
untuk simpan dalam saku
Kerana.....

Bila aku rindu
Aku boleh bau

Okay, sekian puisi yang gua kopipes dari buku Seksi Ovari karya Fazleena *nama bapak dia gua lupa*. Kembali pada tajuk. Rindu? Eh, sebenarnya tak rindu. Cuma teringat je. Banyak sangat benda yang diperingatkan. Sampai gua sendiri dah tak larat nak perangat semua yang gua teringat tu supaya tak basi dan gua boleh teringat lagi dimasa bosan dimasa sunyi. Oh. ayat macam sadis. Tapi... biarlah gua rahsiakan. Kang orang kata gua over pula menaip menggunakan emosi dan perasaan.

Kalau nak diikutkan hati gua, nak aje gua senaraikan sebab sebab yang buat gua teringat. Tapi macam memandangkan gua malu. Jadi gua putuskan untuk rahsia. Cewahhh. Tapi sebenarnya gua ada selit dah kenapa gua teringat makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan tu. Cuma engkorang kenalah cari isi isi pentingnya. Biar gua ada berkias sikit. Takmau jujur sangat. Sebab makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan tu pernah pesan kat gua, 'nak jadi jujur boleh. Tapi kadang kadang biarlah ada rahsianya'

Kadang kadang en, gua duduk ditepian sofa sambil tengok tivi yang rancangan nya tak berapa nak bijak dan tak da lah penuh dengan moral pun gua teringat saat gua ada kat rumah sewa. Fuyoo. Banyak kenangannya. Tak tertulis tak terkata tak terucap. Infinity mungkin. Tak campur lagi kenangan dalam kereta, kenangan depan mcd, kenangan dalam mcd, kenangan tepi jalan kat dataran merdeka, kenangan kat kedai mamak, kenangak kat kedai shisha. Fuh. Kalau gua senarai engkorang yang give up nak baca nanti. Haha

Eh, ada soalan.
Engkorang pernah tidur depan mcd? 
Gua pernah. Saja nak bagitau. Haha. Tak nak tanya kenapa pula gua tidor depan mcd tu? Dah mana rumah gua sampai terpaksa tidor depan mcd dan esok terus mandi kat Petronas dan menuju ke kolej? Ada kisah disebalik semua tu. Rumah gua ada lelaki bogel cuba ceroboh! Apa engkorang gila kalau gua dan rakan rakan masih bodoh bengap tinggal dalam rumah yang gua dan rakan rakan pasti kunjungan si lelaki gila berbogel itu akan datang semula. Malam tu habis semua tidor merata rata. Dalam erti kata pasarnya. Merempat. Tapi idoklah sampai mengemis. 

Eh, ada lagi soalan.
Engkorang pernah lepak?
Gua pernah. Saja nak bagitau. Walaupun soalan tu bodoh. Ada ke yang tak pernah lepak? Paling paling jongos pun ada juga yang melepak walaupun melepak dalam bilik sendiri atas katil sambil pegang sematfon masing masing dan ligat update twitter ataupun lepak meniarap atas lantai sambil update belog macam gua buat sekarang. Jakgi lenguh pinggang gua sambung lepak atas katil pula. Silap silap boleh terus tido. Ngehehe. Gua teringat masa lepak dengan makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan. Bukan lepak dalam bilik ha. Jangan konpius. Tapi lepak dimana mana tempat yang kitorang selalu lepak. Tak tersenarai. Banyak. Terlalu. Tapi masih disekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Eh, ada lagi soalan ni haa.
Engkorang pernah tak jadi diri sendiri?
Gua pernah. Saja nak bagitau. Memang lah semua orang jadi diri sendiri. Tapi mustahil kalau engkorang tak pernah kontrol ayu walaupun sesaat kan. Gua pun ada gak time gua kontrol. Manusia. Biasalah. Sentiasa mahu cuba jadi sempurna walaupun hakikatnya semua tahu, dalam dunia ni, tiada siapa yang sempurna. Gua, boleh jadi diri gua sendiri dengan tidur ternganga, kentut bersepah, sendawa merata rata, gelak kuat. Bukan kerana tak sopan. Tapi itulah gua. Ops. Nanti, jangan salah faham. Bukan dengan semua orang gua buat macam ni. tak ke pelik kalau gua tetiba pergi kentut dekat mamat hensem yang jual kasut dekat Masjid jamek tu lepas tu terus gelak dan sendawa macam dia tu gua dah kenal separuh abad? Andai gua buat macam tu, gua mintak jasa baik engkorang, hantar lah gua ke mana mana pusat mental.

Bila gua dah selesa lawan kentut, saling sendawa ataupun ketawa besar. Mungkin dia istimewa. ISTIMEWA.

Sekarang confirm dah takda soalan sebab leher gua dah lenguh menaip. Haha. Sekian entri PENDEK gua.

Khas buat makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan :

Aku tidak pernah kisah
Jelingan kau pada wanita cantik yang melintas didepan
Jelingan itu mungkin untuk mereka
Tapi sepasan mata itu
AKU YANG PUNYA.

Gua tak rindu kau makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan. Cuma gua teringat.

Assalamualaikum :)

post 89 - Engkorang tahu tak?

Assalamualaikum :D

Yehaa, Setelah sekian lamanya blog ni terdiam tertinggal tanpa satu bicara pun kan akhirnya harini menjadi titik permulaan semula untuk Cik Kembang kembali aktif berbelog belog dan membebel bebel. Huhu. Lama juga belog ni ditinggalkan tanpa sebarang khabar berita. Tadi masa mula nak post ni pun jari terkapai kapai tak tahu nak tekan tang mana hala sebab tak ingat. Haha. Nampak tak dah betapa lamanya Cik Kembang tak lepak sini. Hoho. Kesian kau wahai belog kesayangan hamba.

First of all, cewahh kau jah. Speaking haa. Hihi. Dah ayat tu je yang famous kan dikalangan retis, Cik Kembang pun nak juga guna uolss. Sekali sekala nak feel feel jadi hot hot rentung hangus terbakar gituww ha kau. Hihi. Okay, dah Arikal, please stop meraban tak tentu hala. Now moh kita ke perenggan seterusnya untuk tahu pucuk pangkal post ini ditaip untuk pepagi buta cenggini. Huhu.

Sebenarnya kan, post ni cerita yang agak sedih lah kot. Kot lah kan. Kalau sedih pun mungkin pada Cik Kembang je, padang engkorang mana Cik Kembang tahu kan. Tapi bila membaca intronya tadi macam bukan cerita sedih. Tapi hakikatnya ni memang post sedih. Please faham perasaan gua! Hoho

Bermulanya disini....

'Engkorang pernah rasa tak macam mana bila kita sering dipandah rendah?'
Yea. Itu mungkin gurauan. Gurauan. Bunyi macam simple. Tapi untuk hati seorang perempuan yang sememang satu dunia sudah tahu dia insan yang mempunyai hati yang sensitif. Gurauan yang bodoh tu pun kengkadang boleh jadi satu penyebab si kaum hawa ni menangis tak berhenti, duduk diam dalam bilik sambil otak berfikiran melayang dan imbau kembali semua gurauan gurauan itu.

Tolong fahami, sekering kering hati perempuan ia takkan terus ketandusan. Kadang kala ada juga hujan yang turun walaupun setelah kemarau berpanjangan. Tak kisah lah yang kat luar sana tu perempuan ayu ke, perempuan berwajah lelaki ke, apa ke yang nama nya tetap perempuan dan mempunyai vagina hatinya memang akan tetap sensitif. Memang itu kurniaan Allah kepada insan yang bergelar wanita ni.

Memang tak salah bergurau, tapi biarlah kena pada tempatnya, kena pada topiknya. Kadang kadang bila topik gurauan yang dibangkitkan itu menyentuh isu yang sensitif hati kita yang perempuan ni menangis. Yang si penggurau tu terus ketawa dan always cakap, 'oh sekarang tak boleh gurau dah', 'Tak boleh gurau pergi surau lah'. ye, memang boleh bergurau, tapi gurauan tu ibarat jarum yang menusuk hati ni. gurauan yang menghina.

Yang menjadi mangsa gurauan ni memang nampak senyum. Nampak teguh pada fizikalnya. Nampak kental pada mulutnya membidas gurauan tu. Tapi ingat, setiap apa yang berlaku pada insan bergelar wanita. Ianya bukannya perlawanan bola yang kita tgk di stadium, tiada ulangan. Tapi ianya rakaman bola yang kita rakam menggunakan dekorder astro. Ia boleh dimain semula oleh kaum hawa ni dan bila ia asyik dimain semula dan disitulah bermulanya episod air mata di tengah malam sebelum tidur.

Engkorang si penggurau tahu semua tu?

Engkorang pernah rasa tak engkorang tu menyusahkan orang lain?
Menyusahkan untuk orang lain. Yea, bunyi macam jahat. Tapi tak semuanya jahat. Kadang kala perkataan menyusahkan dan situasi tu berlaku bukan dalam keadaan sengaja. Ada juga kadang kadang kita tak sengaja menyusahkan or mungkin terpaksa menyusahkan. Cuma, biasalah. Orang tak tahu. tak siapa tahu apa dalam hati kita. Betul?

Susah bila mula bercakap tentang hati. Bila kita meluahkan tak semua akan betul betul faham. memang ayat dorang semua nya 'Aku faham perasaan kau'. Ah, penipu semua tu. Kalau kau betul faham, cuba kau terjemahkan apa yang hati ini kata, apa yang hati ini rasa. Cuba. Cuba kalau mampu. Jari rela disepit guna penyepit baju kalau ada yang betul betul faham. Eh, kenapa rasa macam dah lari topik je ni. Huhu.

Okay, menyusahkan orang tu kan. Niat kita bukan lah nak mengungkit. Tapi kadang kadang bila kita tengah susah, kita berharap juga orang yang kita selalu tolong dia, susah senang dia kita sentiasa bersama dia dulu datang dan hulur sikit pertolongan. Bukan kita menolong dulu tu untuk mengharapkan balasan, cuma inginkan budi bicara antara kita sesama insan. Bukan selalu kita berada dalam keadaan tersepit, bukan selalu kita menagih simpati orang. Cuma kadang kadang keadaan tu memaksa kita menebalkan muka kita untuk mintak tolong.

Tapi itulah, tak semua akan ingat jasa kita. Bila kita susah tak semua akan ada dengan kita. Jangan dikatakan tak semua, kadang kadang takda siapa pun yang bergelar manusia ni ada dengan kita melainkan dia yang Maha Esa. Bila kita menyusahkan orang, mereka akan ingat. Bukan ingat je, malah ada yang megungkit dengan harapan dan impian supaya kita membalas balik apa yang mereka tolong tu. Dalam erti kata lain, mereka tu insan yang BERKIRA. Bukan nak cakap jahat, tapi mereka tak ingat ke yang kita juga ada tolong mereka dan tanpa sikit rasa kita meharapkan pulangan semula. Tapi mereka?

Bila kita menyusahkan orang, berbulan bulan mereka ingat. Siap ada yang tulis memo dekat smartphone masing masing as reminder. Tapi bila mereka menyusahkan orang lain ada mereka tulis semua tu dekat sticky notes ataupun memo mana mana atau mungkin tampal didepan cermin supaya setiap kali menyuluh muka hodoh itu mereka sedar yang mereka pernah menyusahkan orang lain? Tak. Sangat yakin yang mereka anggap semua tu air yang megalir je.

Engkorang pernah rasa tak bila orang lain di gah gah depan kepala engkorang?
Okay, situasi ni bukan nak kata jeles. Tapi lebih memihak kepada jelek. Tahu jelek tu apa? Mohon ke perpustakaan untuk maklumat lanjut. Ye, berani sumpah yang ini bukan berkaitan dengan cemburu atau pun jeles. Tapi cukup lah mereka tahu bahawasanya situasi ini sangat jelek! Tahu tak JELEK!

Apabila kita sedang enak enak lepak lepak minum teh o ais ataupun milo ais dibawah kedai yang beratapkan zink ataupun di kedai yang beratapkan kanopi biru ataupun beratapkan langit yang indah mereka sedang asyik bercerita. Dan kita si pendengar setia menadah telinga untuk mendengar. Kita fikir benda yang menarik ,rupanya benda yang jelek. Kenapa jelek?

Yang jeleknya bila sentiasa ada insan yang dipuji sedangkan kita sendiri dihadapan mereka dikutuk dan dikeji kerana kekurangan kita yang terlihat dengan jelasnya. Jelek tahu bila setiap insan yang lalu lalang atau insan yang mereka jumpa di dtesen lrt ataupun di dalam lif atau pun juga semasa mereka nak lintas jalan. habis semua dipuji. Dari pemakaian insan itu, dari kulit muka orang itu. Dari ayunya orang itu. Senang cerita setiap fizikal insan itu dinilai secantik bidadari dan seindah purnama. Dihadapan kita?

Oh sakitnya tak terhingga. Kita tahu kita tak sesempurna insan itu. Tapi susah ke untuk mereka memahami bahasa mata kita yang kita jelek dengan semua tu? Sudahlah. Makin dicakap makin pedih rasanya. Makin ditaip, makin deras airmata mengalir.

Cukuplah, bukan apa yang kita pinta dari mereka, hanya cukup mereka menghargai kita.

Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Trimas. Assalamualaikum :)