post 75 - Lagu Paling Jahat

Assalamualaikum :)

Heyy there . Acewahh , speaking pulak ye petang petang gini. Hoho. Hee, actually Cik Kembang baru je balik dari camping ni kat Sungai Kerling. Yeaa, memang camping yang sangat dasatttttt! Meredah hutan, bukit cerun semua tibai dan sebat tanpa rasa langsung perasaan cuak. Cehh , tipu! Sebenarnya takut nak mati duduk dalam kereta tu masuk hutan pekat macam tu. Habis bergoyang goyang semua. Sakit perut tau tak tahan lasak dalam tu, serious naik roller coaster pun tak macam tu . Even dah berapa kali pergi camping masuk hutan macam tu, tapi rasa takut still ada >.<'

Okay dah cukup taknak merepek panjang hal dalam hutan selama dua hari tuu. huhu . Topik harini sebenarnya pasal sebuah lagu. Haaa , tengok tajuk lah kan. Macam mana yeh Cik Kembang boleh timbul perasaan nak buat post macam ni ? hihi . Sebenarnya masa dalam kereta balik dari camping tadi tu la . CSambil dengar dengar lagu tup tup keluar lagu Zizan featuring Kaka. Haa . Tau tak lagu apenye ? Alaaa , lagu Bawaku Pergi yang syiokkkk tuu.

Sebenarnya Cik Kembang dah banyak kali dengar lagu ni. Dah beriban kali sampai telinga ni naik kembang dah dengar lagu tuu . Hoho . Nak jugak guna perkataan Kembang tu kannn. Hew hew hew . Okai okai , kembali kepada buletin utama , first time dengar lagu ni macam syok je kan. Ayat dia ala ala romantik gituu ! Cewahhh. Dah lama dengar boleh terhafal, lepas dah terhafal tu baru lah faham maksud lagu tu. Okayy , ni bukan nak kutuk penyanyi , tapi nak kutuk tentang intipati lagu tu. Kalau nak dengar lagu dan muziknya memang lah seronok habis kan . Tapi bila dah faham maksudnya hanya 4 patah perkataan yang mampu Cik Kembang lafazkan. I HATE THIS SONG!

PERHATIAN, INI HANYA ADALAH PENDAPAT CIK KEMBANG TENTANG KEFAHAMAN SENDIRI TENTANG LIRIKNYA. KALAU TERSALAH MOHON AMPUN DAN MAAF :) PEACE YOO.

Haa , kenapa Cik Kembang tak suka ? Ini adalah alasan, sebab, faktor, punca dan sebagainya.

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

#Okay , untuk perenggan yang ni tak nampak sangat jahatnye. Haa , dia cakap pacu laju laju malah kita tak perlu kembali. Amboii , memang kalau dah dengar lagu ni memang untuk kekasihkan. So ini bermakna dia nak lari dengan kekasih dia tu sampai tak perlu kembali. Dan dia tu pulak perempuan. Haa, bagus sangat lah kan anak dara nak lari ikut kekasih taknak balik balik dah. Maruah mana ye cik kak cik adik?

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
#Haa, untuk perenggan yang ni pulak dah nampak sangat jahatnye. Haaa, cuba baca lagi sekali. Faham ? Kalau tak faham ulang baca lagi. Perenggan atas tadi dia cakap nak lari ikut kekasih , perenggan ni pulak dia cakap tengah malam nanti. Haaa , jahat kan . Perempuan yang baik , takkan keluar tengah tengah malam okay. Remember that. 

#Okay , jahat yang kedua dalam perenggan ni, ada kat baris kesembilan. Haa, kira lah satu satu satu. Faham kan ayat tu ? Jangan bagitau sapa sapa even mama, papa, teman karib. Haaa , kenapa nak rahsia sangat kalau nak buat benda baik? Kalau dah jangan bagitau sapa sapa, memang confirm ada benda yang tak elok dorang nak buat. Benda apa ye? Haa , pikir sendiri okay :)

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
#Untuk perenggan yang ni pulak dia cakap buku merah jangan lupa bawak. Faham tak apa maksud buku merah tu? Okay kalau tak faham Biar Cik Kembang bagitau. Buku merah tu maksudnya passport antarabangsa. Okay pasport antarabangsa? haaa sudahh , nak pergi mana gamaknye tu siap kena passport bagai. Lombok mungkin. Hew hew hew.

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
#Haa , part ni kan yang si lelaki rap tu. Haa , kalau berdasarkan baris pertama, kedua, ketiga ayat tu menunjukkan yang si lelaki tu berpakaian seperti seorang pencuri. Yeaa , boleh bayang kan pencuri pakai macam mana ? Okay , JAHAT! Baris yang ke empat pulak terjun dari loteng? Haaaa ! dah confirm nak buat jahat. Weh , pintu ada kott . Buat apa nak terjun ikut loteng? Keluar jelah ikut pintu. Haa , takut kantoi lah tu kan. Dah nampak sangat dah kejahatannye. Then pergi sempadan pulak tu, haa. Lombok lah tu kan . Hahaha. Baris tujuh dan lapan lak cakap taknak buat kewajipan , dan ponteng dari tanggung jawab? amboii . Kewajipan sebagai seorang gadis islam memang si perempuan dah tak buat dah. tanggung jawab sebagai seorang anak gadis memang dia dah lama ponteng sebab tak jaga maruah ibu ayah , keluarga. JAHAT!

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
#Okay , untuk perenggan yang ni pulak, dia cakap tinggalkan kemewahan. Haa . Sudah terang lg bersuluh. Nampak tak dia ckp nak hidup cara purba. Thats mean dia memang nak hidup dengan kekasih dia tu ! Ish ! Maksiat woi !
Okay dah , Cik Kembang dah terangkan perenggan perenggan yang maut je . hew hew. Yang lain tu kalau nak nyanyi korang repeat repeat jelah ye :)

Assalamualaikum :)

12 0 Si pengomen yang comel :):

Syuhada Nasya said...

klau x silap lagu ni lagu pasalkapal terbang.. mengenai dea yg nak pergi jauh2 dari segala masalah nya .. urmm sorry klau syu salah .. hehehe bw syu folo sini :) hope awak folo syu balik k :) tq

Arikal Razali said...

@Syuhada Nasya hee , tak tahu. ni pd pendapat kite tentang lagu ni lah . Setiap org ade perspektif tersendiri :)

shiema sufian said...

Shiema suka lagu ni (:

Arikal Razali said...

@shiema sufian hee , kite pun suke , tp tulah . intinya pulak negatif :)

❖ Syaa ❖ said...

Yaaa mula mula tu tak sedar , lagu rancak best padan dengan jiwa kite hewhew tapi bila dengar betul betul bait bait lirik lagu tu , eyhhh nape lagu nie macam ajak kite laru rumah pulak . perghhhh kreatif betol .

LELAKI INI said...

wah..teliti betul!

Arikal Razali said...

@❖ Syaa ❖ haha , kann . same lah ngn kite. kreatif penjahat lagu ni. huhu

Arikal Razali said...

@LELAKI INI, hehe , haruslah teliti . sebab lagu ni. memang sgt negatif . huhu

Sara Shafiqa said...

cmne kalau lagu ni berunsur untuk memerli? tahu tak 'perli' tu apa? think outside the box...mcm lirik 'idup purba' pebende tu...dia memerli yang kalau ikutkan sgt nafsu, lari ngan kekasih, cm zaman purba lah idup nanti...just some positive opinion sebab kita xtahu niat sebenar penulis lirik ni...buruk sangka nanti jadi fitnah pulak...:)

Arikal Razali said...

@Sara Shafiqa perhatian ye awak :) kt sy ckp atas tu utk PANDANGAN SAYA SENDIRI :) setiap org ada perspektif berbeza untuk menilai. sy tak buruk sangka jauh sekali untuk memfitnah tentang lagu ni. ianya hanya kajian sy tentang lagu ni. you also must think about other people's view :)

Are-Ngah Says said...

aku rase mcm salah je interpret ko...tu la kowang tak kenal sapa itu Malique tu maker of the song...dye punye lagu mesti ade maksud tersirat yg mendalam bukan maksud seperti cik kembang katekan nih...bukan nak marah cik kembang tapi aku rase salah care ko interpret lagu nih. pemikiran kite tak samer dgn pemikiran Malique, kiter je yg tak paham klu nak paham g la tanye Malique tu sendri. my moral of the comment that dont judge the book by its cover...sekian trimas

Arikal Razali said...

@Are-Ngah Says, yea. terpulang.thats why aku cakap pandangan masing masing kan. kau pun tak boleh nak judge pendapat orang. terpulang. pandangan aku tetap jadi pandangan aku dan orang tak boleh nak menilai pandangan aku. pandangan kau tu tetap lah pandangan kau.