post 76 - Weirdoooo

Assalamualaikum :)

Hee , hai hai hai. Haaa. Sekarang Cik Kembang tengah bosan. Yeaaa, sangat bosan. Tu yang terdetik macam nak update kan. Ketagih pulak praktis menaip dengan lebih laju. hoho. Okay, jagan risau, entry Cik Kembang harini, takda dah nak berikan pendapat Cik Kembang tentang lagu lagu zamn sakarang. Hoho. #Seriously takut bila ada orang kutuk Cik Kembang hanya kerana Cik Kembang nyatakan pendapat Cik Kembang tentang lagu tu. Okay, orang sekarang memang sangat WEIRDo.



Okay, takda motif pun sebenarnya upload gambar selebet ni. huhu

Sebenarnya Cik kembang memang merasakan segelintir orang sekarang ni pelik pelik. Yeaa, pelik. Bukan nak kata pelik yang macam Mr Bean tu tau. Ianya pelik tetang watak dan perwatakan. Acewahhh, macam belajar komsas pulak ye. Hew hew hew. Kenapa Cik Kembang kata pelik ? Haaa, ada banyak situasi sebenarnya yang berlaku kat sekeliling kehidpan Cik Kembang sendiri :) Jom baca.

SITUASI 1
Benda ni sebenarnya baru je berlaku beberapa jam yang lalu. Berlaku kat Cik Kembang sendiri. Arghhh! Serious budak tu sangat WEIRDo. Cerita dia macam ni, masa Cik Kembang sedang berfacebook dengan gembira dan tenangnya, ada lah seorang gadis ni IM Cik Kembang. Dia mintak tolong Cik Kembang untuk editkan gambar dia. Cik Kembang kata okay je, nak macam mana. Tapi mungkin lambat sikit siap sebab Cik Kembang tengah busy. #Actually tengah busy main game je pun. hehe. Then tak semena mena dia reply dan cakap, 'KAU BERLAGAK!!!!!' Okayyy, Cik Kembang rasa macam takda kaitan je berlagak dengan edit gambar. Okay, gadis ni memang WEIRDo. And nak tahu umur gadis tu umur berapa? Dia lahir tahun 2001. Okay, kira lah umur dia berapa dan betapa tak sopannya dia terhadap Cik Kembang yang layak dia panggil KAKAK.

SITUASI 2
Benda ni jugak berlaku kat Cik Kembang sendiri. Orang macam ni Cik Kembang sendiri tak tahu nak klasifikasi kan dia pattern macam mana. Sebab secara keseluruhannya, dia ni memang sangat pelik.Nak tahu sebabnya? Okay, masa tu Cik Kembang tengah gelak gelak dengan kawan kawan Cik Kembang. Yaa, adalah something yang kelakar yang kitorang borak, and secara tiba tiba dia keluar bilik dan terus tengking kitorang 'BOLEH TAK KALAU JANGAN GELAKKAN AKU?!' Erk! Padahal masa tu kitorang tak sebut langsung nama dia. Jangan kan nak sebut nama, kat otak kitorang ni pun sedetik pun tak terlintas sikit pun nama dia. Okay, dia memang WEIRDo.

SITUASI 3
Yang ni pun berlaku kat Cik Kembang sendiri. Satu hari tu, Cik Kembang ada lah beli satu seluar ni. Pada mata Cik Kembang, seluar tu okay lah. And sesuai lah dengan Cik Kembang sendiri, kalau tak sesuak buat apa Cik Kembang beli kan. then balik rumah tunjuk lah denkat sorang budak ni. Nak tahu apa dia jawab? 'BOLEH TAHAN LAH SELUAR KAU NI, TAPI KALAU AKU, AKU RASA AKU TAK BELI KOT, TAK LAWA SANGAT' Okayy , nampak tak dia macam hina seluar Cik Kembang. Alahh, ade pulak Cik Kembang nak kisah kan. Cik Kembang senyum jelah. Terpulang kepada mulut beliau, lain orang lain taste lain pendapat. Ada pulak lepas tu dia beli handbag baru, saja Cik Kembang nak test dan Cik Kembang pun ulang balik ayat yang dia cakap kat Cik Kembang dulu tuu. Haahaa, jahat jugak Cik Kembang ni kadang kadang. Tapi saja je nak tengok apa reaction dia. Nak tahu apa dia buat? Dia terus campak bag tu dan dia cakap sambil meninggi kan suara, 'AMBOI KAU, KAU INGAT BARANG KAU BELI TU BAGUS SANGAT KE YANG KAU NAK CAKAP MACAM TU KAT AKU?' Cik kembang cuma jawab 'Best kan rasa bila orang cakap macam tu. Kau suka condemn barang yang orang lain beli. Takkan aku baru cakap macam tu dah nak marah kan. Lain orang lain taste weh. Takda sapa yang layak menilai'. Betul kan? Bila kena kat diri sendiri dia nak marah, tapi dia? Haaa.

Haaa, okay dah. Tu je kot. hihi. Entry ni bukan untuk mengutuk okay, cuma nak kongsikan apa yang pernah terjadi kat diri Cik Kembang sendiri je. LAIN ORANG LAIN PENDAPAT KAN :)

Assalamualaikum :)

2 0 Si pengomen yang comel :):

Unknown said...

sabar2 yer cik kembang...
http://gettingintolove.blogspot.com/2012/04/sireh-puteh-ditag-untuk-contest-blog.html
saya da tag awak kat contest ni...
harap awak pon join...

Arikal Razali said...

@Sireh Puteh SP , heeee, tak perasan awak ada komen . hew hew, sorry :D btw, insyaAllah kite join :D