post 74 - Sebab Sayang , Semua Sanggup Diberi

Assalamualaikum :)

Hai , hee . Harini rasa macam nak update pasal isi isu semasa yang ada kat negara kita ni kan. Rasanya semua thu kan apa yang selalu jadi kat Malaysia ni . Haishh , sampai Cik KEmbang sendiri pun tak tahu nak cakap macam mana lagi kan, benda benda macam seolah olah dah dianggap sesuatu yang normal dalam hidup.

KLIK SINI !

"Sayang , ambillah tubuh I ni . I rela ,  I pasrah . Demi cinta I untuk You , I sanggup . Tapi dengan syarat you jangan tinggalkan I ye sayang" Kata si betina dengan manja.


"Wah seronok ni!" Si jantan bermonolog.

Si jantan pun dengan rakus, ganas dan ghairahnya melahap dan meratah tubuh si betina. Sedap betul katanya.
"Esok I nak lagi boleh?" Permintaan si jantan.

“Boleh sayang. Apa pun You nak I sanggup. Janji You tak tinggalkan I” Kata si betina dengan penuh kasih sayang.

Apa lagi, tersenyum lebarlah si jantan. Ibarat orang mengantuk dihulur bantal.

Maka beraksilah si jantan dan si betina tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan.

Gembira dan bahagia betul si jantan dan si betina ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan katanya.

2-3 minggu kemudia. 
Si betina call si jantan
"You! I pregnant ni! You kena tanggungjawab! Ini anak you! You kena ingat janji you pada I dulu!" Rayu si betina sambil menangis.

Si jantan menjadi bisu serta merta “……………….”

"Kenapa You tak jawab sayang?" Tanya si betina.

Apa yang korang rasa si jantan akan jawab ?
Apa yang dijawab si jantan ialah “…..Tut….Tut….Tut…” Talian dimatikan!

Bukan main ternganga si betina! Si betina terus call lagi si jantan.

Ada orang jawab , tapi perempuan yang jawab , perempuan tu cakap , “ Sorry. Please try later”
 Jeng jeng jeng!!! Apa nak buat lepas tu ?! Nangis air mata darah? Nangis airmata keluar berwarna warni sekali pun sudah tentu tidak berguna lagi. 

4 Bulan lepas itu. Haa hamekk kauu. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat si betina dah jadi gemuk sebab makan banyak.

Oh! rupa rupanya dia mengandung!
“Keluar kau dari rumah ni! Kau bukan anak aku. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau.” Tengking si ayah dengan hati yang membara berteman kan kekecewaan.

Maka keluarlah si betina tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terucap. 
Nak pegi kemana ? Dalam hati si betina terdetik untuk pergi ke rumah kawan.

“Eh asal kau gemuk semacam ni. Kenapa kau nangis ni? Ada problem dengan bf ke”? Tanya si kawan.

Si betina menjawab dalam sedu sedan “Aku baru kena halau dari rumah. Sebenarnya aku pregnant anak bf aku! Tapi dia dah lari!"

Betapa terkejutnya si kawan tak terhingga
“Eh pergi kau dari sini! Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!” Tengking si kawan dengan perasaan benci dan jijik.

GEDEGANGGG!
Bunyi pintu dihempas. Apa lagi nak buat? Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau.

Si betina  masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

Cukup 9 bulan memboyot maka keluar lah si anak hasil benih daripada kasih sayang syaitan.
Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!
Ini tidak, si betina pergi tikam pulak anak tu!
Tak cukup dengan tikam si betina sumbat pula si anak yang comel tu ke dalam lubang tandas!.
Masya-Allah!
Tak boleh juga disumbat. Maka si betina buang si anak dalam tong sampah. 
Dibiarkan anaknya dirobek-robek anjing! Celakalah kau betina!
Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!
Akhirnya hidup penuh tekanan.

Si betina ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. KLCC mungkin.
Kemudian, dihatinya terdetik ingin menjadi ala-ala superman. Nak buat apa agaknya ya ?
Arghh tidak , tak cukup dengan berzina , membunuh akhirnya dia membunuh dirinya sendiri.
Astaghfirullahalazim!

Maka melayanglah tubuh si betina lalu jatuh menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya.
Tamatlah riwayat hidup si betina yang sanggup lakukan apa sahaja demi si jantan yang kononnya dicintai dan disayangi.

Dengan bunuh diri ingat semuanya selesai ? TIDAK! You tunggu lah azab api neraka.

Nak tengok gambar bayi dibuang ? KLIK SINI! dan SINI!

The End~


6 0 Si pengomen yang comel :):

Mira Maisara said...

pernah baca kat fb citer nie.. sedih..harap2 tak jadi cam nie.. masyAllahhh

Nauraahhh ✌️ said...

SINGGAH :D

Arikal Razali said...

@mira maisara , aah tu lah. sedih jugak lah , tp untuk pengajaran kita semua :)

Arikal Razali said...

@♥ NaurahBaiti ♥ , hee , singgah singgah :)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

berfikir sebelum bertindak

Arikal Razali said...

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine , betul tu :)