post 59 - Bahasa Comel

Assalamualaikum :)

Hai . Hee , harini Cik Kembang rasa macam nak update post pasal bahasa zaman 2020 . Zaman dah maju kann , bahasa pulak macam semakin gostan dan mundur kebelakang je Cik Kembang tengok . Nak kata tak pergi sekolah , pergi kan , bertahun tahun pulak tu . Tapi , errr , entah lahh , maybe terlampau ghairah untuk menggunakan huruf huruf yang ada ni kot sampai huruf huruf tu semua disalah gunakan sehingga mampu mengubah satu perkataan yang difahami kepada perkataan yang TAK difahami . Haa , faham apa yang Cik Kembang maksud kan tu ? Tekan sini kejap ye :)

Contohnya adalah seperti conversation dibawah :)




seperti conversation diatas terlalu banyak penggunaan huruf  'W' sehinggakan bertriple triple 'W" dia bagi .

#tu Encik Muammar Mubin B Abdullah , Maaf sebab mungkir janji tak nak printscreen tu . Muahaha

Antara contoh contoh perkatan yang DIFAHAMI di tukar kepada bahasa yang TIDAK DIFAHAMI ialah ,

  • Saya ditukar kepada Sayewwww / Saia / Shayeww  #terpaksa dimuncungkan mulut untuk menyebut perkataan tersebut =.=
  • Aku ditukar kepada Aq / Aqu / Akuh / Akuwww
  • Awak ditukar kepada Awuckk
  • Nak ditukar kepada Nuck / Nark / Nuxc / Nux / Nx
  • Kita ditukar kepada Kiteww / Titeww / Iteww
  • Kenapa ditukar kepada Kenapeww / Napeww
  • Lah ditukar kepada Lha #entah kenapa diterbalik huruf huruf tersebut ? ?
  • Korang / Kau Orang ditukar kepada Kowunk / Kowang / Towankk #Apakah huruf  'R' telah hilang pada keyboard ?
  • Ada jugak yang menggantikan Q sebagai A . Contohnya , aku --> qku / saya --> sqyq #kesian huruf A tanggunggjawabnya diambil alih oleh huruf Q =.=

Rasa ini BAHASA COMEL ? Awhh , TIDAK SAMA SEKALI !
#Susah Cik Kembang nak faham okayy =.='

Sebenarnya banyak lagi penyalahgunaan perkataan dan bahasa ni . Tapi tak mampu nak list kan semua , jenuh nak menaip nanti kann . Haa , pernah dengar Vblogger kita IniAnwarHadi bercakap tentang bahasa bahasa ni ? Haa , jom kita tengok :)


Betul dan sokong apa yang dia cakap .
Bahasa menunjukkan bangsa .

Maaf kepada yang terasa dan terusik dihati .

Okay , done . Assalamualaikum , Picit sini sikit sebelum close :)

3 0 Si pengomen yang comel :):

teha said...

bak kate anwar hadi , xperlu laa 'eww' tu.. hehe .. xcomel pon..

Arikal Razali said...
This comment has been removed by the author.
Arikal Razali said...

@tehaHaa kan , tak comel punn . Huhu