post 67 - 2011


Assalamualaikum :)

Hai hai hai hai hai . Ehhh , banyak pulak hainyee . Hew hew hew . Harini dah 31 December 2011 , itu bermakna hari ni merupakan hari terakhir tahun 2011 :'( waaaaa , sedih pulak rasa kan . Takpa , yang berlalu , biarkanlah ia berlalu supaya menjadi kenangan , berusaha dan berdoalah yang terbaik untuk apa yang kita bakal lalui . Dan itu jugak bermakna umur Cik kembang meningkat lagi setahun 18 + 1 = 19 tahun :D Klik sini ye :)

Tahun 2011 tidak lah begitu bermakna pada Cik Kembang , tapi setiap detik sepanjang 2011 ada kenangannya yang mungkin akan Cik Kembang ingat , dan mungkin jugak Cik Kembang akan biarkan ia berlalu tanpa harus diingat kembali . Cewahhh , ayat macam nak buat sajak . Haha

Yang tak mungkin Cik Kembang lupakan ialah masa Cik Kembang menadah tangan dihadapan manager untuk mengambil gaji pertama . Yeaa , gaji pertama hasil penat lelah menyusun kasut , angkat kotak kasut , tahan kena maki dengan customer , berebut customer sebab nak komisen banyak , turun naik tangga , berlari dalam kedai dengan menggunakan wedges , kaki bengkak sebab berdi dari 10 pagi hingga 10 malam , amik risiko kira duit setiap malam , jalan kaki jauh jauh pergi kerja hari hari , dipaksa make up supaya muka yg original ni jadi macam badut =.=

Okay , Cik Kembang jugak tak mungkin lupa masa Cik Kembang amik result SPM yang penuh drama airmata tuu . Huuu . Cik Kembang dapat result bukannye gempak pun , dari A sampai E semua adaaa . Hahaha . Meriah woo result . Yang tak tahan tu , masa keluar result tengok result macam taik tu sedih bagai nak gila , menangis sampai semput semput tak sampai beberapa minit lepas amik result terus blah pergi wangsa walk tengok wayang . HAHAHA . Kononnya nak lepas tension . Hua hua . See , auta lebih Cik Kembang ni haa .

Okay lepas tu tak lupa jugak sebab kecewa kerana lelaki . Menangis bagaiiiii . Yang ni nangis bukan auta =.= okay dah , tanak teruskan . Yang penting sekarang Cik Kembang dah ada Intan Payung :)

Lepas tu tak apa lagi ek . Hurmm . Haaa , tahun 2011 ni tahun pertama Cik Kembang duduk berjauhan dari ibu ayah Cik Kembang sebab Cik Kembang masuk kolej . Err , ekceli berjauhan ke ? Err , tak sangat kot sebab perjalanan dari rumah ke kolej hanya mengambil masa selama 10 minit =.= boleh diibaratkan dengan berguling pun mampu sampai . Huhu . Dan tak lupa jugak , Cik Kembang dapat dekan untuk first sem . Alhamdulillah , syukran ya Illahi :)

AZAM 2012 , #KONONNYA
  • Nak kurus , nak pakai baju kebaya . Seumur hidup tak pernah merasa baju kebaya sebab bila pakai rasa macam sarung nangka je
  • Nak kekalkan pointer dekan tu supaya ibu ayah boleh kembang hidung lagi
  • Nak jadi lebih matang KOT
  • Taknak nangis sebab lelaki lagi , kecuali nangis sebab Intan Payung kena pergi PLKN tu je .
  • Err , nak jadi anak yang lebih baik , mendengar kata dan solehah , InsyaAllah
  • Nak cuba makan taugeh =.=
  • Nak jadi lebih tegas , taknak jadi bangang sangat ikut cakap orang 
  • Nak besarkan badan Cobi sampai gemokk #Cobi tu kucing okayy


Assalamualaikum :) Klik Sini

2 0 Si pengomen yang comel :):

wanabee said...

salam singgah utk kali pertama ,
wahh..bagus dah ada azam .. huhu :D
semoga berjaya !

Arikal Razali said...

@wanabee , eheee . insyaAllah :D