post 66 - o.O

Assalamualaikum :)

Hai . Haa . Satu gambar , sejuta makna . Harini Cik Kembang taknak cakap banyak banyak , Cik kembang nak cakap sikit sikit je sebab nanti takda orang nak baca . Hoho . Gambar je dah cukup untuk menceritakan segalanya :) klik SINI


Dari kiri Yusra , Nadia , Cik Kembang dan Sabrina

Haa , ni Cik Kembang dah nak start menaip naip ni . Tapi harap harap tak panjang la . Hew hew hew . Haa , gamabar ni masa kitorang keluar semalam . Lama gila kot tak jumpa anak anak orang ni . Huhu . Dorang ni semua kawan sekolah Cik Kembang masa form 5 tahun lepas . masing masing semua dah jauh kan , belajar pulak tempat tak sama so cuti pun tak sama . Susah nk keluar , nak lepak , nak gosip sama sama . Tapi tu lah , akhirnya dapat jugak jumpa dorang . huhu

Ekceli nak berjumpa ni tak rancang dari awal pun , rancang ayam ayam je . Sekali yang rancang ayam ayam ni lah yang jadi , yang rancang bagai nak rak tu habuk pun tarakk . huhu . Biasalahkan , kita hanya mampu merancang , Allah SWT yang menentukan . Kitorang jumpa kat Wangsa Walk . Okay , ekceli nak jumpa ni Semuanya Zul yang rancang . KATANYA jumpa kat Wangsa Walk pukul 10 . Haa . Lebam lah menunggu jawabnye dah kalau janji dengan lelaki kan . Pukul 10 dorang baru nak bangun tidur . Biadap betul rasa macam nak lari setempat atas muka dia . Haha .

Then disebabkan nak tunggu si lelaki lelaki tu datang Cik Kembang pun pergi lepak dekat RotiBoy dengan anak anak orang kat atas tu . Cik Kembang ni kan rabun , so tak dapat nak kenal pastilah macam si Sabrina ngan Nadia ni . Hadohh . Suruh si Yusra cari , terlupa pulak mata beliau pun lebih kurang je dengan Cik Kembang . Okay then dah nampak sebab tangan Sabrina terkapai kapai macam orang lema . Cehh , mula mula kawal lagi perasaan happy dapat jumpa dorang . Rilek lagi , cool lagi . Bila dah dekat , haaaaa , hamekkk kauu . Berpeluk tak kira orang dahh . Lama tak main peluk peluk . Rindu wehh :')

Then dah bosan lepak rotiboy tu kitorang pun ingat nak main bowling kan sementara tunggu cipan cipan tu datang . Haa , KATANYA pukul 10 kannn . Pukul 11.40 baru sampai . Okay , terima kasih Zul , Dhia , Zainul . Aku sayang korang lebih =.= Okay , lepas dorang dah sampai tu sempat main game kejap . Hew hew , game budak budak je kott , main basketball yang dalam kotak tu . Haha

Lepastu Nadia kata nak pergi karoke . Huk alohhh , cuak lah jugak kot , 18 tahun hidup tak pernah dalam hidup masuk tempat karoke . Wu wu wu . Okat , last last Cik Kembang masuk jugak . Hee . Takpelah , sebab semua dengan member member je kan , takda pasangan couple couple so SELAMAT dari perlakuan zina mata . Haa . ni part yang best nak bagitau ni . Hee , karoke dekat Superstar , mula mula tengok room dulu kan . Halamakk , kitorang 9 orang takkan nak amik bilik kecik kan . Nak amik bilik besau mahal pulak . Huu . Then Zul dengan murah hatinya amik bilik paling pahal , tapi kitorang mintak sejam je , kalau dua jam kang terkangkang nak bayar . Haha . Then yang paling menyeronokkan ialah Zul belanja . Wahh , semoga hidupnya aman dan damai :P

Semua kena paksa nyanyi dengan Zul . Cehhh , kejam kejam . Cik Kembang sempat jugaklah kan nyanyi dua lagu , Berhenti Berharap dengan Aishiteru . Wahh . Suara masa tu katakkk habis . huhu . Takpa , sekali sekala kan . Campak rasa malu yang menebal tu kat tepi LRT .


Okay then lepas dah habis karoke tu kitorang pergi makan . Alahh , makan kat food court je , tampat yang semua mampu . hehe . Cik Kembang makan apa eh , ala yang makan mcm dalam belanga tu . Haa , dah ingat dahh nasik claypot . Perghhh , sangat tak sedap . Tawar pulak tu , tapi dah lapar kan . Telan je la . huhu . Lepas dah sudah makan tu lepak lepak jap , borak borak gelak gelak . Hew hew , bila lagi lah agaknya dapat gelak macam tu lagi :'(

Okay lepas dah makan tu pergi solat zohor then pergi shopping ! Wu wu wu , mcam biasa lah kan , lelaki mana nak ikut girlsni shopping then dorang pergi main pool rasanya . RASA laa . hew hew . Cik Kembang shopping kali ni ala kadar je , beli yang penting jee . Beli mouse untuk lappy Cik Kembang sebab mouse kat rumah dah kena makan kucing dan beli purse baru . Wu wu wu wu . Mouse kaler pink woo , purse kale hijau kuning kedah . huhu

Halamakk , ayat kat atas kata gambar je , tapi terlebih pulak taip . hew hew .


Okay , last picture . Assalamualaikum :) klik SINI

0 0 Si pengomen yang comel :):