post 49 - Kampung

Assalamualaikum :)

*Now Playing - Cry by Rihanna <--Entah kenapa dan mengapa lagu sedih ni jugak Cik Kembang dengar

Hai , haa . Actually Cik Kembang update ni sebab Cik Kembang tengah lapar . So untuk mengelakkan perasaan lapar tu semakin menuju ke arah klimaks , Cik Kembang terus mengambil langkah yang paling rasional untuk menaip naip huruf huruf yang comel comel atas keyboard ni haa . Hihi . Lama rasa tak taip taip ni . Selalu asyik dok copy lepas tu paste , copy lagi lepas tu paste lagi . Huhu . So jari jari ni pun rasa macam kaku je nak taip balik . Tapi takpa , demi menyelamatkan perut tercinta daripada berlaku sumbang dengan makanan makanan sehingga terlahir lemak lemak yang tak sepatutnya ada , Cik Kembang lebih rela menaip kat sini . Hehe

Malam ini jam ini minit ini saat ini detik ini adalah yang terakhit untuk Cik Kembang berada dikampung halaman kat Lenggong Perak ni haa #terakhir untuk tahun ni lahh haa . Hurm . Cik Kembang dah berada disini hampir 5 hari lah rasanya . Cik Kembang balik sini hari sabtu . Sesudah sarapan roti canai dua keping dengan telur separuh masak dua bijik barulah kami sekeluarga bergerak pulang ke kampung . Perghh , ayat macam nak jawab paper 1 Bahasa Melayu . Hoho . Macam biasalah sepanjang perjalanan apa yang Cik Kembang mampu buat hanyalah pakai headphone then cucuk kat phone kesayangan dan bukak volume paling kuat dan seterusnya pejamkan mata perlahan sambil otak melayang dan seterusnyaa terus mimpi . haaa hamekk kauuu . Sampai RnR Tapah baru Cik Kembang sedar . huhu .

Then masa kat RnR Tapah tu Cik Kembang beli CoolBlog perisa chocolate . Woahh , AWESOMEEEE dengan pearl dia yang lembik lembik tu . huhu . Lama tak minum hilang dahaga , hilang mengantuk . Hihihi . Tapi yang Cik Kembang tak puas hati kat situ , minah yang buat CoolBlog tu punya lah susah haa nak senyum . Padahal bukan kena bayar pun kalau nak senyum . Tahu lah customer ramai and awak penat . Tapi tak payah nak buat muka sangat lahh . Nasib baik awak tak makan wedges ibu saye tau . Marah nihh marah nih ! Muka dah lah macam puaka tambah pulak dengan kekurangan senyuman disitu , bertambah puaka muka awak . haha . #jahatnya Cik Kembang kata orang puaka =.=


Okay , lepas dah teruskan perjalanan tu ayah Cik Kembang kata nak singgah Tesco Ipoh . Haa kebetulan Cik Kembang memang ada janji dengan kawan Cik Kembang si Naim Gemok tu kata nak jumpa if ayah nak singgah Ipoh . Wahh , terus senyum macam kerang kena peram seminggu . Apalagi haa , terus lah message Naim . Hehe , tak sabar ni , perasaan gembira bercampur aduk dengan ghairah mula timbullah rasa malu malu kemaluan . HAHA ! Lucahhh ! Lepas tu terus tak tido dah sebab perasaan tu terlalu membuak buak . Hihi .

Okay lepas tu setibanya Cik Kembang kai Tesco Ipoh tu Cik Kembang terus text Naim cakap , " Im ! orang dah ada kat tesco ni haa " lama tunggu , tak reply pulak si gemok sekor ni haa . Nak main main kan perasaan aku ke . Mulalah timbul sedikit demi sedikit perasaan kecewa . Lepas tu ada number tak dikenali call , "Woi mokk ! Tunggu jap tauu . Orang ada kat hospital ni dengan mak tengah buat medical check up . Dah nak habis dah ni , Tunggu tau . Agak agak lama lg tak kat tesco tu ? " then Cik Kembang cakap , "Haa ye , org tunggu ni haa . Kalau sempat kita jumpa lah ye " <--- sambil buat suara sedih . haha !

Haa , lepas tu kann Cik Kembang berjaya jugak jumpa si Naim Gemokk tuu . Hihi . Suka suka gila gila tengok diaaa , sebab dia tak hipokrit , tak cover bagai haa . Muka macam gangster , tapi bila tengok ayah Cik Kembang terus nak balik . Senyum cover sopan je dia depan ayah . Haha . Naim Naim , kelakar lah ! Ehh , FYI Naim Gemok ni kawan Cik Kembang since Cik Kembang darjah 3 lagi . haa . Pertemuan pertama masa kat funfair . OHMAIGODD . masa tu dia tengah menangis kat tepi funfair and ayah dia tengah pujuk dia . Dalam hati pelbagai spekulasi wujud . "Mengapakah budak itu menangis ? " , "Dia mengalami trauma ke naik benda pusing pusing tu #apa benda haa yg roda pusing pusing tuu ? lupalahhh nama dia " Haa , masa tu tak expect langsung dia tu sebenarnya satu sekolah dengan Cik Kembang . Haha . Ada jodoh ni gamaknye . HAHA ! Tak tak , Cik Kembang ada Abang Mail sorang jee <3 hehe

Haa , lepas dah habis jumpa tu dia call , tapi Cik Kembang tak perasan . Hadoh hadohh , dia sebenarnya nak suruh kirim salam kat ibu ayah je . Sebab tadi dia malu . HAHA . Tak sangka muka macam tu pun ada perasaan malu . Geli pulak ketiak ni haa bila dia kata dia segan . Huhu .


Haa , nilah Naim , kelakar kan bila dia kata dia segan kat ibu ayah =.=

Haa okay lepas tu sampai kampung , Dah fullstop . Malas nak cerita apa yang jadi kat kampung ni . Takda yang best sangat , semua nya biasa dan normal . Yang best pun sebab kampung ni ada wifi then tengok movie dengan cousin ramai ramai . Yang lain tak best sangat sangat dan buatkan mata Cik Kembang bengkak hari hari sebab nangis . So jalan terbaik adalah untuk tidak menceritakan apa yang terjadi kat sini :)

I CANT WAIT TO BE KEDAHAN TOMORROW ! Nite !

Assalamualaikum :)

2 0 Si pengomen yang comel :):

Nurul Ainaa Che Anuar said...

Errr panjangnyaa!!! Baca seekrat pun jadilah. AHhehehe TULISAN KECIL SANGAT LAH. SAKIT MATA (;

Arikal Razali said...

Panjang eh ? hehe . kite suke tulis panjang . yea ? tulisan kecik ? okay . kite besar kan sikit eh :)