Assalamualaikum :)
Hai hai hai . Hihi . Sekarang tengah holiday week ! Acewahh , Cik Kembang dah lama holiday ni sebenarnya sambil menternak lemak lemak tepu ala ala marjerin yang ada kat badan Cik Kembang ni haa . Cuma ayah Cik Kembang yang sentiasa busy tu haa baru dapat cuti . Maklumlahkan , kerjanya busy memanjang mengalahkan perdana menteri . Huhu . Tapi tak apa yahh , anak ayah ni faham kerja ayah . Berkorban untuk negara tercinta . Hihi , berpatriotik sejenak .
Cik Kembang tak gi memana pun holiday ni . cukuplah sekadar pulang kekampung halaman untuk menjenguk opah tersayang di Perak dan atuk tercinta di Kedah :) Haa , memandangkan dah balik kampung ni line talipon tangan pun memang dah macam rasa nak blender je haa talipon ni . Masa ni talipon tangan mahal sekali pun dah berguna sebab still kena mencangkung tepi parit untuk mendapatkan line yang hanya SATU BAR ! Ciss , tidak berguna kau wahai talipon tangan . Tapi takpa , Cik Kembang masih boleh tersenyum girang suka menyuka sebab kat sini ada wifi . Hehe . Everytime ! Everywhere ! kannn , takda lah Cik Kembang macam kucing hilang anak . Well , remaja masa kini sukar dipisahkan dengan alam maya .
Okay haa , post Cik Kembang harini adalah untuk menyambung FAKTA VS AUTA seperti di post Cik Kembang yang lepas . Saja nak kongsi kongsi ilmu kann . hihi . So selamat menjamu fakta fakta auta yang masih belum diketahui kesahihannya :)
- Komik kartun DONALD DUCK pernah diharamkan di Finland disebabkan donald duck tidak pakai seluar
- Untuk melepaskan diri daripada gigitan buaya , anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati dan sepenuh perasaan
#gambar buaya buta takda kat google .
- Merebus telur burung unta mengambil masa selama 40 minit
- Unta mempunyai tiga kelopak mata . Allah telah menciptakan haiwan ini mempunyai tiga kelopak mata untuk melindungi mata dia dari masuk pasir
- Dolphin atau ikan lumba lumba tidur dalam keadaan matanya sebelah buka sebelah tutup ala ala pengintip gitu
#gambar dolphin tidoq takda . huhu
- Seekor ulat sutera dapat menghasilkan lebih kurang 1000 meter benang
- Ular laut memiliki bisa 10 kali ganda lebih kuat berbanding bisa ular tedung selar
#rilek gila mamat ni pegang =.=
- Penguin adalah satu-satunya burung yang tidak boleh terbang tetapi boleh berenang
- Badak air kentut melalui mulutnya
#kalau manusia ni sendawa lah kot ertinya
- Zirafah boleh mencuci telinganya menggunakan lidahnya yang berukuran 21 inci.
- Jika kita mmelihara ikan emas dlm ruangan gelap , warna ikan emas itu akn brubah mnjadi putih
#kat google takda gambar ikan emas putih , hurm mungkin ini hanyalah AUTA . Tapi Allah Maha Kuasa
- Kapal selam 'GERMANY WORLD WAR 2' karam hanya kerana kerosakan pada tandasnya.
- Kelawar sentiasa membelok kekiri setiap kali keluar dari gua
- Cacing pita ataupun nama orang putihnya ialah tapeworm akan memakan dirinya sendiri jika memang dah darurat
- Tikus mondok boleh menggali sedalam 300 kaki dalam masa sehari
- Badak berupaya membuka mulutnya sehingga boleh memuatkan kanak kanak setinggi empat kaki
- Lipas masih boleh hidup selama beberapa minggu walaupun kepalanya dipenggal . Woahh ! Mesti dikalangan lipas mereka digelar hantu . huhu
#ajal dan maut ditangan Allah :)
- Jumlah otot pada ulat bulu lebih banya berbanding manusia
- Siput babi mengawan hanya sekali seumur hidup dan boleh mengambil masa lebih 12 jam untuk mengawan . Wahh , hebat !
- Gajah Afrika hamil selama 640 hari
- Seekor lembu menghasilkan 200000 gelas susu seumur hidup
- Kedudukan mata keldai telah membolehkan beliau melihat kaki beliau sendiri tanpa menoleh kemana mana
- Semut mengeliat setiap kali bangun dari tidur . Sama macam korang .
- Lalat kuda terdapat di serata dunia. Di mana ada kuda di situlah ia berada. Lalat ini merupakan serangga paling pantas bergerak di dunia dimana ia mampu terbang sederas 144 kilometer sejam.
- Nyamuk lebih suka mengigit orang yang suka makan pisang
Haaa , dah baca dah ? Semoga hasil perkongsian fakta fakta ni dapat menambah ilmu masing masing . Cukuplah untuk hari ini , Cik Kembang nak berfacebook dan bertweet sebentar . InsyaAllah akan disambung masa akan datang :)
Assalamualaikum :)
4 0 Si pengomen yang comel :):
sya nak ngorat awak.. fakta atau auta????
Itu auta ! hihi
hahahah, betul dan ini fakta, saya baca tajuk jer td, hahahhahaha
ahha , tajuk je ? baca lah entry ni . pendek pendek je haa
Post a Comment