post 43 - Coding Untuk 'AWAK'

Assalamualaikum :)

Haa , harini Cik Kembang update post dengan muka yang memang rasa nak senyum je . Sebab apa ? Haaa , cuba baca kuat kuat sikit tajuk post Cik Kembang harini . Haa , baca berulang kali tau sampai lebam .'Awak' tu sapa yehh ? Haaa . Tettt . tamo tamo tamo bagitau . Rahsia yang tak berapa nak rahsia tu wehh  . Kalau rasa macam nak tau jugak sapa 'awak' tu korang pergi tengok facebook Cik Kembang then usha bahagian relationship . Haa , sapa yang Cik Kembang tengah in relationship tu haa then dia lah 'awak' tu :)

Cik Kembang tak tahu nak buat apa untuk dia , dia cakap dia nak nyanyikan untuk Cik Kembang . Takkan Cik Kembang nak nyanyikan jugak untuk dia kan , mau karang petir satu kotaraya akibat daripada suara katak Cik Kembang ni haa . Hoho . So disebabkan Cik Kembang tak tahu nak buktikan macam mana Cik Kembang pun terasa lah nak buat coding untuk beliau . Acewahh , mentang mentang lah budak computer science semua nak guna computer kan . Hihi .

Haa , inilah encik tett tu . Hee . sepet kan . Aww ! Gojess 

Awakk , ni je yang saya mampu buat untuk awak dalam masa terdekat ni . Walaupun saya tahu awak tak tahu kewujudan blog ni dan awak tak boleh nak tengok . Tapi takpa , sy dah berjaya buat sesuatu yang boleh buat hidung awak mengembang 8 inci . #saya taknak upload kat Fesbuk sebab saya taknak nanti ada mulut durjana yang kata saya nak menunjuk yang saya ni belajar coding .

Awak , kalau rasa rabun sila klik untuk besarkan tauu :)

Haa , nampak tak apa Cik Kembang dah buat ni . Benda ni actually simple je , tak secomplicated program yang awak awak lain tu buat . Buat benda alah ni tak susah cuma perlukan kesabaran yang kuat sebab banyak range number yang Cik Kembang guna sampai berpinau mata Cik Kembang ni haa . Cik Kembang hanya buat apa yang termampu sebab Cik Kembang pun buat benda ni hanya dalam masa 10 minit . Cik Kembang tahu kat luar sana ada yang lagi hebat . Tapi inilah yang Cik Kembang boleh buat sebab malas nak betulkan error kalau buat yang comlicated sangat . Hehe . #Dah nampak dah malas dia kat situ .

Awakk , haa , nampak tak ayat bawah sekali tu ,   ' Sorry , the result is still sama la weh walaupun kau masukkan nombor lain lain ! Penat aku nak print banyak kali nama tu ! grr ' Itu bermakna , dalam hati saya ni , walau banyak mana pun lelaki yang saya suka , hanya nama awak tetap tergantung ditangkai hati saya sebagai yang tersepet , tercomel , terhensem dan segala yang ter lagi .  #alamakk , jujurnya Cik Kembang ni ye .

Awakk , haa , nampak lagi tak ayat bawah sekali tu , ' Sorry , the result is still sama la weh walaupun kau masukkan nombor lain lain ! Penat aku nak print banyak kali nama tu ! grr ' Itu jugak bermakna , Cik Kembang dengan computer memang dah sehati sejiwa sampai kan dia pun dah jemu nak keluarkan nama awak sebab memang hanya nama awak yang termaktub kat situ dan takda nama orang lain  :)

Awak , dari 3 March 2007 . Terlalu banyak dugaan kita kan . Sikit demi sikit ujian kita , dari kecik sampai besar tak habis habis dengan masalah sampai kan saya menghilangkan diri hampir setahun lebih . Saya mintak maaf sebab saya banyak kali buat awak sakit hati tapi awak tetap sabar jugak dengan saya kan . Awak yang terbaik ENCIK ISMAIL B BASRI :') kali ni saya tak tipu . Awak dah banyak berkorban untuk saya . Even kita duduk jauh jauh tapi kita tetap sama sama . Cara awak layan saya tak pernah berubah dari dulu . Alhamdulillah berkat doa kita , kita berjaya sampai sekarang ni . Sekarang kita masing masing dah matangkan , apa apa yang kita nak buat mesti berbincang dulu . 

Awakk , I think I wanna marry you . Boleh ? Hehe

Assalamualaikum :)

0 0 Si pengomen yang comel :):