Assalamualaikum :)
Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
p/s : kalau nak dengar lagu ni bukak lah youtube ye . ngeh ngeh :)
p/s : kalau nak dengar lagu ni bukak lah youtube ye . ngeh ngeh :)
Haa , see see mukadimah je Cik Kembang dah letak lirik lagu cenggitu kan . Nawaitu buat post macam ni bukan nak berlagak baik or nak cakap yang Cik Kembang ni poyo or whatever kann , cuma nak memperingatkan kepada sesiapa je yang baca belog Cik Kembang ni , tak salah kan ? . Haa , even lagu ni made from Indonesian , tapi Cik Kembang tetap sokong lagu ni sebab sangat dalam makna dia . Memang makan dalam sampai jantung paru paru usus semua rasa nak tekeluarkan . Huhu . #Cik Kembang sokong indon bab lagu ni je ye . Yang lain TIDAK :)
Ni yang Cik Kembang nak kongsi sikit , semoga dapat dijadikan pedoman :)
JIKA KITA NAK BUAT MAKSIAT , INGATLAH ....
Apa yang ada pada diri kita mulai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki adalah pemberian Allah. Segala pemberian yang ada di sekeliling kita seperti keluarga, sanak saudara hingga harta benda adalah kurniaan Allah.Tidak ada satu detik pun yang dijalani oleh seorang hamba dalam kehidupannya di dunia ini, melainkan ia berada di bawah kurniaan dan anugerah Allah.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya).” (Surah An-Nahl ayat 53)
Mengetahui hakikat yang agung ini, apakah yang harus kita lakukan sebagai seorang hamba lemah yang tidak memiliki daya upaya apa pun untuk mewujudkan sesuatu melainkan kerana pertolongan daripada-Nya? Mengapa kita derhaka kepada-Nya padahal setiap detik kita menikmati pemberian-Nya? Mengapa kita melalaikan-Nya kerana kesombongan kita dengan mengatakan bahawa segala yang kita capai adalah kerana usaha kita belaka?
Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham lalu berkata:
Si lelaki : Sesungguhnya aku adalah orang yang banyak melakukan perbuatan dosa, maka nasihatilah aku!
Ibrahim : Jika kamu mahu menerima lima perkara dariku dan kamu mampu melaksanakannya, maka perbuatan maksiat apa pun tidak akan mencelakakan kamu.
Si lelaki : Apakah itu?
Ibrahim : Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah makan daripada rezeki-Nya!
Si lelaki : Jika begitu , dari mana aku makan kerana semua yang ada di bumi ini adalah pemberian-Nya?
Ibrahim : Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya ?
Si lelaki : Tidak, kemudian apa yang kedua?
Ibrahim : Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah kamu tinggal di bumi-Nya!
Si lelaki : Ini lebih besar dari yang pertama, di mana aku harus tinggal?
Ibrahim : Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya ?
Si lelaki : Tidak, kemudian apa yang ketiga?
Ibrahim : Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka carilah tempat di mana Allah s.w.t tidak melihatmu!
Si lelaki : Ke mana aku harus pergi, sedangkan Allah mengetahui semua yang nampak dan tersembunyi?
Ibrahim : Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya serta Dia melihat apa yang kamu lakukan?
Si lelaki : Tidak, kemudian apa yang keempat?
Ibrahim : Jika malaikat maut datang untuk mengambil rohmu, maka mohonlah kepadanya: “Berilah aku waktu agar aku dapat bertaubat dan beramal soleh!
Si lelaki : Permohonanku tidak akan dikabulkan dan mereka tidak akan menunda kematianku.
Ibrahim : Jika kamu tidak dapat menghindar daripada datangnya kematian agar dapat bertaubat dan beramal soleh maka kenapa kamu berbuat maksiat kepada-Nya?
Si lelaki : Lalu apa yang kelima?
Ibrahim : Jika di hari kiamat nanti, malaikat penjaga neraka datang untuk mengirimmu ke neraka, maka janganlah kamu menurutinya!
Si lelaki : Mereka tidak akan melepaskanku dan tidak akan mengabulkan keinginanku.
Ibrahim : Jika demikian, bagaimana kamu berharap dapat selamat?
Si lelaki : Cukuplah hal ini bagiku. Sungguh aku memohon ampun kepada Allah s.w.t dan bertaubat kepada-Nya.
Dah baca dialog kat atas ni ? Apa perasaan korang ? Tergugat atau tidak ? Renung renungkan lah :
Nasihat Ibrahim bin Adham itu membuktikan semua nikmat di dunia ini adalah anugerah kurniaan daripada Allah. Menyedari hakikat ini, adalah menjadi kewajipan untuk kita sentiasa bersyukur kepada Allah pada bila-bila masa, di mana dan dalam keadaan apa pun. Syukur kita adalah bentuk nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar menyembah-Nya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 172)
Sesungguhnya syukur harus dilakukan dengan hati, lisan dan anggota badan. Syukur dengan hati adalah kita mengakui dan meyakini bahawa apa pun nikmat yang kita peroleh datangnya dari Allah. Syukur dengan lisan adalah kita selalu membasahi lisan ini dengan zikir dan ucapan syukur kepada-Nya. Syukur dengan anggota badan pula adalah kita menggunakan segala bentuk nikmat yang Dia anugerahkan kepada kita sebagai saranan untuk menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Gunakan nikmat yang diberikan-Nya untuk merealisasikan tujuan utama kita diciptakan, iaitu untuk beribadah kepada Allah s.w.t
Sesungguhnya, kebahagiaan tidaklah diukur dengan limpahan harta dunia. Ketenangan jiwa hanya akan diraih oleh orang mukmin yang selalu bersyukur kepada-Nya. Syukurilah segala nikmat-Nya sekecil apa pun nikmat itu menurut kita, kerana Allah menjanjikan pahala bagi orang yang mahu bersyukur, dan mengancam dengan seksa bagi orang yang kufur.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan ingatlah tat kala Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim ayat 7).Semoga apa yang Cik Kembang post harini dapat dikongsi bersama :) Haa , sebelum Cik Kembang nak belah gi tengok bola , ni ada teka teki , jawab yeh . Hihi .
Apa benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung ?Assalamualaikum :)
0 0 Si pengomen yang comel :):
Post a Comment