post 42 - Tentang Jin


Assalamualaikum :)

Lama rasanya tak update belog ni . Yea , tapi hakikatnya memang lama sangat ni . Memang habuk kat belog ni dah tebal entah berapa inci pun tak terkira . Haa , harini Cik Kembang nak konsi sikit pengetahuan yang Cik Kembang tau . Maybe ada antara korang yang pernah baca benda ni or memang tah tahu pasal ni . Tapi takpe , Cik Kembang tetap nak post jugak pasal JIN ni . Cik Kembang tau ni pun sebab actually Cik Kembang sudah mempunyai hobi baru , iaitu baca something yang dapat bagi manfaat kat Cik Kembang seterusnya membolehkan Cik Kembang untuk berkongsi dengan semua . Alhamdulillah .

So this is about a JIN , bukan jin dalam botol yang gosok je terus keluar dengan perut boyot dia tu . Haa , bukan yang tu yeh anak anak , tu durjana punya jin . Menipu tak beragak sampai boleh bagi tiga keinginan . Kepala abah dia , tak usaha apa apa tau tau je nak senang . Apa punya jin boyot .

JIN ni sebenarnya berasal dari Jan iaitu Bapak Jin dan gelarannya ialah Azazil . JIN ni telah dicipta oleh Allah SWT dari api (biru) , dan telah beramal selama berpuluh ribu tahun lamanya . Apabila Allah SWT telah  memerintahkan JIN ni supaya tunduk dan  menghormati Nabi Adam , mereka semua ni taknak , degil , kepala batu ataupun ingkar dengan perintah Allah SWT . Allah SWT telah melaknat JIN JIN ni semua dan diperintahkan untuk turun ke bumi.

JIN ni terbahagi kepada dua iaitu JIN ISLAM dan SYAITAN . JIN ISLAM ni terbahagi kepada dua jugak iaitu Jin Islam yang beramal soleh dan Jin Tidak Islam yang tidak soleh . Jin tidak Islam ni semuanya diturunkan dalam keadaan jahat .

JIN hanya makan makan yang puncanya daripada api ataupun asap . Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana JIN sangat in love dengan asap asap yang busuk. Tapi biasa lah kan nama pun manusia , degil sangat kan , suka langgar apa yang dilarang . Lagi dilarang lagi nak buat . Busuk punya orang . Haa , tu haa korang korang yang dok semangat dok menyedut asap rokok tu haa . Asap rokok pun bau busuk weh , setaraf je dengan kemenyan tu . Haa , kawan dengan jin la tuu .

JIN ni pulak tempat tinggal dia kat atas awan . Tu dia aihh , terapung dia awan awangan so kepada sapa sapa yang suka sangat berkahayal berada di awan awangan tu kawan jin jugak lah tuu . Jin ni jugak suka duduk kat sungai , hutan , lombong , laut ,  tandas , kubur dan juga tempat-tempat yang tinggi *contohnya macam KLCC , haha . JIN ni jugak suka gila duduk kat rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap dan belum duduk lagi . So sebelum korang nak duduk rumah baru tu , korang di galakkan untuk membaca surah Al-Baqarah . Baca sampai habis noh , bukan half half je . Ni takk , asal masuk rumah baru suka sangat pi tepung tawaq kat rumah tu . Korang ingat rumah tu pengantin ke dok nak pi tepung tawaq bagaii .

Ustaz Haji Ismail Kamus dah nasihat kan kita . Andai kata kita ni dok on the way nak balik kampung halaman kan tiba tiba korang rasa nak terkencing . Ni memang nak terkencing tahap gaban lah ni , tak sempat nk pi tandas dah dan kepbetulan oulak korang tu ada penyakit lemah pundi kencing . Then korang pun stop jelah tepi jalan tuu kan , korang semua diwajibkan untuk baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya si JIN ni sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Ni tak , bila korang nak terkencing je korang pi dok sedap enak berkrin je kencing . Mana tau hampa kencing tengok tengok sedap je jatuh atas kepala dia . Haa . Tak ke naya tu kot tetiba JIN tu ikat salur kencing korang , haaa baru padan muka kot sebab tak boleh kencing . So lepas ni ayat , nek cu numpang kencing tu korang takpayah pakai dah . Syirik semua tuu .

Korang juga dilarang sama sekali membuang air kencing korang tu kat lombong-lombong yang airnya 
tenang . Yela kan , nampak air tenang je kononnya feel la nak kencing kan . Terutama di waktu tengah malam sebab JIN suka mandi waktu waktu macam tu . Korang jugak dilarang sama sekali untuk buang air kencing korang tu kat lubang-lubang tanah .

Kalau hampa nak tau , sebenarnya  JIN ni depa tak tau langsung tentang wujudnya alam ghaib . Itulah sebabnya kata ada dukun atau bomoh yang kononya tau menilik-nilik nasib tu sebenarnya pembohong  , penipu pendusta belaka ! Haa , padan muka korang  , korang pun dok kena kencing dengan bomoh bomoh tuu . 

Masa zaman Nabi sulaiman dulu , Nabi Sulaiman dah perintahkan JIN ni untuk membina istananya . Sampaikan apabila Nabi Sulaiman dah meninggal dunia , depa langsung tak perasan . Depa hanya perasan yang Nabi Sulaiman ni dah meninggal dunia hanya setelah anai-anai memakan tongkat Nabi Sulaiman
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah JIN tu sedar yang Nabi Sulaiman sebenarnya dah meninggal .

Haa , so dah tau kan macam mana jin tu kan . Sapa yang rasa diri dia ada iras iras jin tu cepat cepatlah berubah ye . Setakat tu jelah yang Cik Kembang tau pasal JIN ni . Semoga dapat dijadikan pengajaran supaya jangan dok buat apa apa suka hati mak abah korang je .

Assalamualaikum :)

2 0 Si pengomen yang comel :):

Pendamba Mawar said...

oh saya pernah terbaca entri ni sebalum ni. btw berkongsi tak salah kan.nice..:)

jom singgah teratak buruk saya

Arikal Razali said...

Ahha , yea . Saya pun hanya berkongsin . Sapa yang tak tahu tu boleh la dikongsikan dengan orang lain kan :) Okay , thanks :)