post 41 - I'm a Lecturer !

Assalamualaikum Cik Kembang reader's <--- Atoto , ayat bajet beliau ada  pembaca je . Hua hua hua

ISNIN

Heyy , can you baca Cik Kembang puja tajuk post harini ? Ngehhh . Tajuk yang buat Cik Kembang rasa nak lompat sampai tungging tungging dan guling guling . Well , memang Cik Kembang rasa happy sebab harini Cik Kembang jadi lecture pada rakan rakan taulan dengan mengajar subject yang agak complicated jugak la dikalangan kami student Dip Sc Comp yang baru nak 'up' ni . Subject tu dalam jadual Cik Kembang panggil TSE2084 , dalam buku teks panggil JAVA programming , dalam kertas panggil object-oriented programming , tapi yang Cik Kembang panggil oop je . Hehe .

Macam tak percaya lagi kan Cik Kembang berjaya ajar kawan kawan Cik Kembang subjek maut tu . Hihi . Tapi nak buat macam mana , kena percayalah jugak yang Cik Kembang sememangnya semakin hebat <--- ayat takbur okay , jangan jadi macam beliau . Istighfar istighfar Cik Kembang . Sesungguhnya "Allah tidak suka pada orang orang yang sombong takbur dan membangga banggakan diri" . Aceyy , FYI Cik Kembang dah pandai bagi ceramah okay sekarang . Well , bukan dunia je nak maju , Cik Kembang pun nak maju jugak . Hihi .

Sepatutnya hari isnin kelas Cik Kembang mula pukul 11 , tapi disebabkan permintaan sahabat Cik Kembang untuk mengajar beliau buat oop tu , then Cik Kembang pun terpaksa lah bangun pukul 7.40 . Halamakkkk ! awal gilaaa Cik Kembang bangun harini . Opss , bukan terpaksa tapi kerana menunaikan tanggungjawab untuk sedekahkan sedikit ilmu yang dimiliki . Acewahh ! Ayat berfalsafah gitu nokss . Ngee . Lepas tu pukul 8.30 Cik Kembang dah tercongok kat tepi jalan tunggu driver sampai <--driver la sangat en , padahal bas je pun . Haha . Lepas dah tunggu tunggu tu , driver Cik Kembang pun sampai then pukul 8.40 Cik Kembang dah tercongok kat depan pintu pagar kolej . Huu , jalan laju je sambil kira batu kat atas jalan sebab Cik Kembang ni pemalu so Cik Kembang hanya mampu jalan pandang jalan raya je . Huhu .

Then lepas tu Cik Kembang dapat text dari Jenolll a.k.a Zainul Ariffin . Jenoll kata tunggu kat cafe , okay then Cik Kembang pun cari lah tempat yang Cik Kembang rasa semua orang boleh nampak Cik Kembang buat apa . Takut nanti kang gosip gosip liar datang menerjah hidup Cik Kembang sebab duduk dengan si Jenoll tu . Hihi . Cik kembang ingat kaum adam yang sorang ni jenis yang menepati masa , rupanya tidak . Lama Cik Kembang tunggu dia . Hati dah rasa menggelegak macam maggi nak kena masak je ni . Tangan ni dah taip message nak maki hamun je , tapi nasib Cik kembang tak send lagi tengok tengok beliau dah sampai bersama seorang lelaki bernama Fonz a.k.a Muhd Fonzwan . Wahh , tambah sorang lagi anak murid Cik Kembang :D

# FYI , Cik Kembang dengan Jenoll sekelas , Fonz je kelas lain .

Okay then lepas dah balik kelas tu , Cik Kembang ajar Haseni a.k.a Hasni pulak buat kerja tuuu . Hasni tu kelas lain , tapi takpela , kawan Cik Kembang jugakkan so Cik Kembang pun ajar je la . Tak susah pun nak ajar orang kan . Ajar budak perempuan ni senang , tak macam ajar lelaki lelaki tu , slow sangat . Huhu . Ni kalau Jenoll tau Cik Kembang kutuk beliau , memang confirm Cik kembang kena shoot dengan dia , hihi . Okay lepas ajar Hasni , Cik Kembang ajar classmate Cik Kembang pulak . Nama dia Yana a.k.a Diyana Farhana . Nasib ajar dia senang jugak . See , dah 4 orang student Cik Kembang . Hihi . Berbangga okay :P

SELASA

Masa hari selasa Cik Kembang free disiang hari . Acewahh , takda permintaan untuk menyuruh Cik Kembang jadi lecture . So Cik Kembang pun rilek rilek macam ayam sedang megeram telor . huhu . Tapi bila malam tu Cik Kembang dah busy . Acewahhh , bajet betul Cik Kembang ni ye . Cik Kembang ajar Fara a.k.a Farah Atiqah . Cik Kembang paling geram ajar dia sebab dia suka sangat mempertikaikan apa yang Cik Kembang ajar . Dah dalam buku cara buat macam tu , dia tak habis habis nak pertikaikan . Rasa macam nak ketuk ketuk ke kepala beliau tu . Huhu . Sampai pukul 1 pagi Cik kembang ajar dia .

Lepas habis ajar Farah , Yong a.k.a Yong Nur Atira pulak datang jumpa Cik Kembang . Cik Kembang ingat tinggal nak repair repair je lagi , tengok tengok apa yang dia buat semua salahh T.T uwaaa . Menangis nokss ! Cik Kembang dah ngantok ni . Tapi tapi dan tapi lagi Cik Kembang kena tolong kengkawan Cik Kembang . Takpela , sekali sekala mengorbankan masa tidur . See , dah jelas okay kemuliaan hati Cik Kembang . Hua hua :P Lepas tu Cik Kembang ingat dah habis lah jadi lecture untuk harini , tengok tengok jap lagi muncul Dina a.k.a Rushdina Aiman pulak sorang budak tanpa sebarang bunyi . Tengok tengok dah tercongok belakang Cik Kembang buat muka simpati suruh Cik kembang ajar dia pulakk . Huuu , Cik Kembang pun ajar lah diaa . Mata dah mengantok macam beruk dah ni . Hadohh . Huhu . Sabar je Cik Kembang ni .

Okayy , lepas dah habis ajar diorang semua Cik Kembang pun berhajat nak la membuta sebab memang dah mengantuk tahap dewa dah ni . Setibanya Cik Kembang kat katil Cik Kembang , Cik Kembang tengok second phone Cik Kembang ada message dari Fonz mintak tolong pasal oop ni haa . Cik Kembang pun call la die kejap . Dengar apa yang problem kat assignment dia tu . Lama lah jugak Cik Kembang jadi online  lecture . Lepas tu bru lah Cik Kembang boleh tidur dengan tenang .

RABU

Hari rabu Cik Kembang meneruskan lagi perjuangan Cik kembang menolong kengkawan Cik Kembang buat assignment . Nak tahu tak ? Bila Cik Kembang teliti assignment diorang Cik Kembang tengok semua sejibik binti sebijik sebab setiap kesalahan semuanya sama ! Shoot . Meniru tak ajak Cik Kembang . Biadap . Huhu . Tapi Cik Kembang memang paling pantang bila ada orang copy copy assigment ni . Mula lah Cik Kembang rasa macam nak bertukar jadi Hulk Hogan ! Memang malang la sapa yang kantoi copy paste assignment tu sebab memang Cik kembang akan beleter sampai lebam . Haa , padan muka kauuu , sapa suruh copy paste lagi , bukan nak usaha , kira copy kerja orang je , kan dah dengan machine gun sepanjang hari .

Sapa la yang malang sangat kena bebel ngn Cik Kembang ni kan , haha . Act , diorang kena bersyukur kena bebel at least diorang boleh mengubati rasa rindu kat mak diorang sebab Cik Kembang kalau dah membebel memang macam mak orang . ngeh ngeh . Student Cik Kembang yang 'beruntung' sangat tu Gorgon a.k.a bob a.k.a Afiq . and Muez a.k.a Muez Mujahid :) okay lah sebab Cik Kembang dah berjaya elakkan dari diorang kena marah dengan lecture sebab copy paste assignment kan :) Wahh , berbangga lagi Cik Kembang :P

#Muez belanja air soya sebab tolong ajar dia :D

Okay lah , so ni lah student student Cik Kembang sepanjang menyiapkan tugas oop tu :D


Okay lah , babai :D

2 0 Si pengomen yang comel :):

safiah sokher said...

ahha.Future lecturer :)

Arikal Razali said...

ahha , i hope so . pray for me :D