post 35

Assalamualaikum :)


Hai , selamat pagi dan salam maulidur rasul :))

**gambar mukadimah adalah percubaan pertama aku memakai kain batik ! kalau korang tahu betapa seksanya aku pakai kain batik tu . asyik nak terlucut je =.= rimas aku . jalan sikit londeh jalan sikit londeh . lepas tu nak duduk pun payah . kena cover cover . sumpah rimas gila ! aku ni dah lah jenis kasar sikit , memang harapan nusa dan bangsa la nak nampak aku duduk kepit mengepit ni . huhu . mesti kena kangkang walaupun sikit . huhu * kalau dating pun aku payah nak duduk kepit . kecik kecik dulu tak bedung kot . huhu .

okay okay , tujuan aku mengepost ni bukan sebab nak cerita tentang kain batik suwey tu or contest . huhu . jangan risau . takda contest yang best buat masa ni untuk aku join . huhu . erm , aku nak cerita apa eh . kejap aku pikir dulu . . . . . . . . . **selepas beberapa minit aku berpikir dan pergi buat lawatan ke dapur sambil carik air dan keropok lepas tu aku pun  masuk bilik dan tercongok termenung depan lappy bling bling aku ni . arghhh ! nak tulis apa ni ? ! buntu buntu buntu ! grr . kejap kejap . pikir lagii . . . . . . . . . **lepas setengah jam , haaaaaa ! aku dah tahu nak tulis apa . aku rasa aku nak buat entry pasal kawan aku la. yelahkan , sejak dah berbulan aku tinggalkan bangunan petak petak yang ada ramai kumpulan manusia pakai uniform putih berkain biru tuu . huhu sekolahh la tuu maksud aku . tetiba aku rasa rindu kat semua member aku yang pernah aku gelak ketawa mengilai terpekik terlolong sama sama dulu .


PUTERI YUSRA HAIZUM BT ABDULLAH **klik untuk facebook beliau . yeah , teman sepermainan , teman seemosional , teman sepanas baran , teman selepak , teman sekatil , semua nya dia lahh . hihi . complete hidup aku jumpa kawan macam beliau ni . aku menangis dia pujuk , tapi kalau dia menangis aku tak pernah pun nampak . sebab beliau ni orang yang gagah perkasa dan mampu mengawal airmata beliau . huhu . respect gila lahh . tak macam aku , sikit nangis sikit nangis ! huh . nak buat macam mana , tembok airmata aku ni tak kukuh , asyik bocor je . penat aku tampal simen , tetap bocor jugakk ! rindu time sekolah sekolah dulu , dia ni la yang duduk sebelah  kanan aku . aku pandang kanan je mesti nampak muka beliau yang manis dan lembut ni dulu . 

Beliau ni pandai . pandai tahap unta lahh ! dia boleh jawab add maths tu pejam mata je . aku ni , walaupun dah celik mata aku tetap tak dapat jawab . tak tahu la kenapa bengap bebenor . banyak makan semut kott . huhu . beliau ni , dah la pandai kan , baik pulak tu , secara mata kasarnya aku nampak dia ni perfect lahh . solat tak pernah tinggal . kecuali masa ' cuti umum ' la kan . hihi . kalau aku keluar shopping dengan dia dari pagi sampai ke malam pun , solat dia tetap tak lupa . see , baik kan dia . lepas tu teringat pulak pasal dia ni time aku tengah demam . dia yang risau lebih . asyik message aku je tanya aku okay ke tak dah sihat ke belum . kawan aku yang lain tak da pun yang secaring beliau ni . sebab tu lah AKU SAYANG DIAAA ! **beliau sekarang mencari rezeki sebagai pelayan di Restoran Asam Pedas , Setiawangsa :)


NURUL NABILA BT MAT GHAZALI , **klik untuk facebook beliau . dia pun teman sepermainan , teman seemosional , teman sepanas baran , teman selepak aku . huhu . yelah kan , sebab kat mana ada aku dengan yusra , kat situ jugaklah ada beliau . kitorang memang sentiasa melekat bersama sama lah . dia ni memang agak bersimpang sikit ngn yusra sebab dia ni ganas gila ! jalan pun mcam gangster . alahh , jalan yang mengengkang sikit tuu . huhu . **jahatnya aku kutuk beliau :P takpa bella , kau jalan cenggitu pun aku respect kau sebab kau jalan macam tu lah kau jadi penolong ketua pengawas . ngeh ngeh . aku berbangga dapat kawan macam kau . kalau yusra aku pandang kanan , kalau dia ni aku pandang kiri . hihi . asal aku pandang kiri je mesti dia yang aku nampak . kalau aku tak nampak dia tengah gelak bukak mulut besar besar , aku nampak dia membuta . huhu .

Aku teringat masa ex boyfriend aku yang psycho tu asyik kacau aku je . dia ni dengan slumber ayamnya pergi maki hamun laki tu =.= aduhh . kerek betul . aku punya lah takut dengan laki tu dia boleh maki macam tu je . takda perasaan betul . huhu . dia ni jaga aku jugak , tapi tak jaga macam yusra jaga aku . dia jaga aku kalau ada orang ganggu aku je . hihi . dia sweet gilaa ! aku suka masa dia suapkan aku makan , masa dia tanya aku , ' wehh , kau nak kencing tak ? ' **see , aku nak kencing pun dia tanya .  awww ! terasa diri sangat disayangi . ngeh ngeh . mana la aku ni tak paling mengada ngada . dah dorang ni ayik manjakan aku je . huhu .  and sebab dia manjakan aku lah , AKU SAYANG DIAAA . **beliau sekarang mencari rezeki sebagai pelayan di Kentucky Fried Chicken , Kuala Kangsar .



NURL FARAHANIS BT ROSLI ,  **klik untuk facebook beliau . dia ni lah teman sewrestling aku . mana taknya . aku dengan dia ni asyik nak gaduh jee . pantang jumpa , ada je nak bertekak . padahal masalah dia sebesar taik hidung kuman je . tapi walaupun selalu gaduh , aku suka sebenanya kawan dengan dia . sebab dia ni wenggg . hihi . tapi tahap kebluran dia tu tahap infinity lah . kadang kadang aku rasa macam nak pijak kepala aku sendiri bila cakap dengan dia sebab dia ni blur gila =.= adehhh . tapi ! blur bukan sebarang blur dia ni . dia ni dalam blur blur dia tu , memory dia , perghh , takda jual kat sungei wang or loyat  . apa yang dia belajar sejak zaman purba dulu semua dia ingat . geram betul aku . pandai tahap babeng ! huhu . tanya jela apa jenis fakta dan soalan , semua dia tahu . aku tak tahu apa mak dia bagi makan masa dia dalam perut dulu .

Ada satu masa tu masa kat sekolah , aku memang tak boleh lupa masa tu . dia ni kan pandai , so ade je la orang yang menyeru nama beliau suruh ajar mana yang tak paham tu . masa tu effa panggil dia . suruh ajar kan add maths kalau tak silap , **asyik add maths je kan . nampak sangat majoriti budak kelas aku lembap add maths . huhu . kebetulan masa tu kelas tetiba je sunyi menyepi . maybe malaikat lalu kot . lepas tu , minachi ni boleh pun lak menjerit ' dey yanna deyyy ! ' **buat suara ala ala india okay . maybe korang yang baca rasa biasa je kot . tapi kitorang yang mendengar ni , merana perut menahan sakit sebab gelakkan dia . dia tu suka sangat buat aksi spontan yang kelakar . hik hik . walaupun selalu bertekak , AKU SAYANG DIA JUGAKKK :) **beliau sekarang sedang mencari rezeki sebagai babysitter kat tadika adik dia .


FARAH AIN SYAZWANI BT HAMDAN , **klik untuk facebook beliau . beliau ni lah sorangnya manusia yang tahu segala galanya pasl aku . huhu . rahsia aku luar dan dalam semua dia tahu . **lain macam bunyi en . HAHA . beliau ni cantik orangnya . paras dia sempurna untuk jadi seorang model . ramai peminat . hampir satu sekolah budak lelaki dah perempuan suka dia . huhu . budak hot kononnya . hik hik . tapi beliau memang hot pun . beliau ni penari sekolah . weh , tapi bukan penari gelek okay . hihi . dulu , masa sekolah tiap kali aku tengok je depan mesti aku nampak sanggul dia yang tinggi mencanak tu . huhu . yela kan , dia ni duduk depan sekali . huhu . budak pandai lah katakan  :P dia ni pun sama macam hanis tadi tu , pandai tahap kuda ! semua soalan dia tahu nak jawab . geram betul aku dengan kepandaian beliau tu . huh !

Satu jela yang aku memang tak boleh lupa tahap gaban pasal dia , dia ni kalau tengah buat apa apa , susah sangat nak tutup mulut . hihi . menganga je kerja dia . kalau lah aku sempat amik gambar dia masa menganga tu kan best . memang comel habis ! aku pun rasa geram sampai rasa nak tampar tampar lempang lempang je . huhu . dia ni pun selalu beraksi sebagai kakak aku . huhu . ayat tak boleh belah . dia ni pun jaga aku lebih kurang macam yusra jaga aku . huhu . aku ni memang dijaga bagai menatang minyak yang penuh lah oleh beliau ni . hiihi . bertambah tambah lah mengada aku =.= aku teringat kalau masa aku menangis , dia akan peluk aku sampai aku berenti nangis , and pujuk aku macam pujuk adik dia . ohmaigod . i miss that moment . tapi sekarang dia dah jauh dengan aku :'( panjang cerita nya . apa apa pun , AKU SAYANG DIAAA !


okay tamat . babai . aku nak masak tomyam ! hehe :D

1 0 Si pengomen yang comel :):

aliaa farhana said...

mcm sdikit konfius plak...ape kaitan kaen batik ngn kwn2 yg laen...heee~ ok ini gurau....hihihi