post 32

Assalamualaikum :)


Huitt . hihi . lama betul aku tak menggodek belog kesayangan aku ni . **padahal baru beberapa hari . hua hua . bukan aku malas nak update , tapi sekarang aku dah kerja . hihi . baru tiga hari kerja kepala aku ni asyik pikir pasal gaji je =.=' mata duitan betul ye arikal ni . huhu . takpa takpa , mata duitan untuk keperluan sendiri tak salah kot kan . huhu . okay , akhirnya aku update post ni untuk aku bercerita pasal diri sendiri . sebab tu gambar mukadimah gambar aku sendiri . huhu . gambar ni masa aku memuda dulu . lemak masih bersembunyi . huhu . sekarang semua lemak lemak dah terjah menunukkan rupa masing masing . huhu .

Malam ni aku update bukan aku nak cerita pasal apa yang terjadi harini . cuma aku terasa macam nak bukak diari lama . huhu . entah aku tak tahu kenapa la memalam buta dalam keadaan penat tahap gaban dan ditemani lagu lagu jiwang yang ada dalam phone aku tu tetiba teringat kat ex ex boyfriend aku . adehh . huhu . tak pepasal memalam buta ni aku menangis sengsorang sambil peluk patrick and spongebob aku . huuuu . siap meleleh leleh hingus .

Dulu kan aku tak tau langsung apa tu couple . tapi dulu la . sekarang aku dah pro bab bab couple couple ni derr . hua hua . kalau dulu tu aku rasa kalau couple ni sebab nak menunjuk kat member member je . aku pun tak tahu kenapa perlu couple untuk menunjuk . perlu ke macam tu ? huh . teruk punya matlamat . huhu . tapi sekarang dah lain . maklumlah , dah matang kan . pengetahuan pun dah berkembang pesat mengikut arus pembangunan . acewahh , ayat aku . sungguh berfalsafah . huhu ,

Okay , aku mula ada perasaan kat lelaki yang nama dia H . H ni hensem , putih dan tinggi lampai orangnya .  nama dia memang dekat dekat dengan nama aku . sekali pandang nama dia memang seiras dengan nama aku . dah dua kali pandang baru tau tu bukan nama aku . huhu . masa aku mula mula ada perasaan ni aku baru darjah enam . muda lagi masa tu . still bodoh bodoh alam . haha . masa tu memang aku suka dia tahap unta la . sampai demam demam rindu kat dia . betapa aku obses dengan beliau . hoho . bila ingat balik , sumpah lawak . rindu dia pun aku menangis . padahal aku bukan couple dgn dia pun SS atau nama panjangnnya syok sendiri je lebih . bodoh je =.=' . Tapi ada la member dia bagitahu aku yang dia pun suka aku jugak , tapi aku tak percaya . huhu . masa tu dah nak dekat UPSR dah , time tu la gatal merela ni nak datang . haishh . Aku ingat lagi dulu dulu aku main balas balas buku dengan dia **aku tak balas balas surat sebab aku siap beli satu buku latihan semata mata nak 'MESSAGE' dengan dia . haha . lepas tu tiap tiap malam aku akan baca balik apa yang kitorang borak tu . kalau korang nak tau si H ni dia ala ala nyahh sikit sebab dia anak bongsu . haha . * jahat gila aku mengutuk dia . aku nak pendekkan cerita ni , sekolah pun dah habis . huuu . dalam masa cuti sekolah tu ada perempuan yang call aku mengaku dia tu awek si H ni . adehh , hancur luluh berderai hati gua matt . huhu . memang time tu sedih la kan . tak boleh diungkapkan dengan kata kata kecewa aku ni , huhu . bak kata orang frust menonggeng nonggeng gitu . huhu . habis gambar dia , buku aku dengan dia , slip UPSR dia aku koyak and buang kat longkang depan rumah . huhu . lepas tu dah masuk kat sekolah menengah aku terus tak layan dia . huhu . cerita aku dengan dia terbang and hilang mcm tu je . huhu .

Okay , sekarang dah masuk cerita masa kat sekolah menengah lak . masa ni baru form one . gatal aku pun makin memuncak . huhu . dia ni boleh dikira first couple aku la kot . kot la aku rasa . sebab aku tak tau bila aku couple dengan dia tetiba dia message mintak break =.=' duhh . pelik derr mamat tu . nama dia KH . bukan kemahiran hidup tau , tapi adalahhh nama dia tu . aku terpaksa rahsia kan kang kalau aku sebut kena saman pulak aku ni . huhu . dia tak hensem pun , orang dia gelap gelita macam malam tak diterangi bintang bintang . huhu . tapi aku pun tak tau mcm mana aku boleh sangkut kat mamat ni . cerita aku dgn dia tak lama . lepas aku ada krisis dgn dia tu , aku terus tak contact dia , pandang muka dia pun tak . padahal satu kelas je . duduk pun sebelah sebelah je . huhu . cerita aku dgn dia pun tamat macam tu je . terbang melayang entah kemana .

Lepas habis je form one , aku kena pindah kelantan sebab ayah aku kena tukar tempat kerja . huhu . So masa cuti sekolah ni pun kawan aku punya ex boyfriend punya sepupu nak kenal dengan aku . aku pun on je la kan . dah orang tengah single . lepas dah lama aku berSMS , berMMS , bermacam macam ber lagi , dia pun cakap dia suka aku . haha . buta kot mata laki tu , tah tang mana yang dia suka sangat tu aku pun tak tau . ehh , lupa lak nak bagitahu nama dia , nama dia H . aikk , H jugak en , takpa takpa , yg ni aku bg nama dia HA . huhu . then nak diSWEETkan lagi cara dia nak mintak couple tu , petang tu dia call .tapi suara dia punya begetar macam phone vibrate ada message baru masuk . huhu . alih alih tak jadi cakap . adehh . asal la lu ni lampi sangat matt . huhu . pastu dia bagitahu dia call aku balik lepas isyak . aku pun asik termenung je kat phone tu tunggu dia call . tepat pukul berapa entah aku dah lupa , truetone lagu PENCINTA WANITA yang aku khas kan untuk dia pun berbunyi . huuhu . * masa tu kan lagu tu tengah top :P aku nak angkat dia punya call tu pun tetiba rasa malu semacam je nak cakap dgn dia . haha . padahal bukan dia ada depan aku pun . lepas tu dia senyap punya la lama . bak kata orang bibir membeku lidah terkelu . huhu . macam tu la kitorang masa malam tu . ada la selepas beberapa minit baru dia bagi salam . hehe . dia pun tanya soalan bodoh , dah makan belum , dah mandi belum , dah solat belum , tengah buat apa tu . aku pun jawab la dgn perasaan malu yang setebal kamus dewan bahasa dan pustaka . lepas tu diam lagi , dia pun dah err err je . huhu . malu nak cakap la tu . aku tau la wey . huhu . * Aku couple dengan dia tak panggil sayang sayang tau , kitorang cakap aku kau je . gempak derr couple cakap mcm tu , senang nak mencarut . huhu .aAnd finally , dia berjaya cakap . aku ingat lagi ayat dia , macam ni haa ' err , aku sebenarnya suka kau . err , boleh tak kalau aku nak , err aku nak , err macam mana nak cakap eh , err aku nak jadi seseorang yang lebih daripada kawan , err maksud aku , aku nak kau jadi awek aku , boleh ? ' haa , lebih kurang macam tu a dia cakap . **cuba kira berapa banyak err dalam ayat beliau . aku yang kat atas katil ni tengah baring dan berguling pun terus buat sugar dance atas katil . haishhh . teruk bebenor aku masa tu , dah macam ungka pun ada =.= lepas dah couple tu tiap tiap malam call aku begayut sejam dua baru dapat tido . huhu . lepas dah lebih sebulan couple baru aku tau yang aku ni FIRST LOVE dia . acewahh . kembang semangkuk la aku . huhu . tapi sayang , aku couple dgn dia tak lama . aku pun tak tau punca punca aku mintak break . maybe sebab aku bosan kot dgn dia . tapi tah la . aku pun taktau la kenapa . tapi tak pa derr , aku masih bernyawa tanpa dia , wa cakap lu , aku break dengan dia aku tak menangis ! haha . masa tu aku still gagah perkasa . huhu .

Tak lama lepas aku dengan si HA ni break , datang la si I yang jugak kawan baik si HA tu . Si I ni datang disaat aku tengah duka lara . dia datang teman aku and makin lama makin rapat . adala 3 bulan aku kawan dgn I tu , tak lama lepas tu aku rasa mcm aku tersuka dia doe . huhu . dia pun suka aku gak . haishh , mamat ni macam tau tau je yang aku pun tengah menyimpan perasaan cinta dekat dia . hua hua hua . tepat pukul 8.30pm 3.3.2007 , aku pun terima lamaran dia nak aku jadi awek dia . huhu . Si HA pun tau pasal kitorang and dia btau aku ' aku harap kau bahagia dengan kawan aku and aku nak kau ingat yang aku tak pernah lupa kan cinta pertama aku ' * acewahh , dia dah maju ! dia dah pandai jiwang jiwang dah sekarang ni . tak macam couple dengan aku dulu , still bodoh dalam bercinta ni . haha . aku couple sgn si I ni lama , dekat dua tahun la . kitorang banyak chemistry , biology dan juga physics . masa tu memang aku sayang dia tahap unta la doe . sampai tak boleh hidup tanpa dia and sanggup buat apa je laaa . bak kata orang aku sanggup merentas lautan api dan aku sanggup terbang melintasi gunung ganang . huhu . kalau korang nak tau , ayah aku cukup tak suka aku couple ngn si I ni . aku pun tak tau kenapa . phone aku tiga bijik kena campak kat dinding sampai hancur berderai kerana dia . huu . ayah aku sampai paksa aku break dgn diaa . haaa . memang dasyatt weyy masa tuu . memang perang aku dengan ayah aku . bila pikir balik sumpah demi Allah aku menyesal jadi biadap dengan ayah aku kerana seorang lelaki . huh . tapi lepas dah lama , aku dah boleh berfikir dgn lebih matang , so aku pun dengan secara TERpaksanya , mintak break dekat dia dengan alasan aku nak study betul betul sebab masa tu nak PMR dahh wey . huhu . Padahal masa ni aku dah suka orang lain . MUAHAHA . tapi dah lama kelamaan , aku dah berjaya buang perasaan aku dekat dia . YEAHH ! aku tak kisahh semua tu sebab aku masih bernyawa tanpa dia :)

Ni cerita masa aku form 3 pulak . pasal aku dengan budak yang aku suka masa aku still couple dengan si I tu lagi . huu . Nama dia N . Aku dgn dia sekelas :) duduk pun dekat dekat . acewahhh . aku tak tau la kenapa aku suka dia . huhu . mengikut firasat aku yang tersendiri ni , dia pun macam suka aku . huhu . konon konon dulu dia scandal aku la . tp aku tak tau la macam mana masa 4.7.2008 tu dia text aku and tanya ' nop gewe nge aku dop ? ' (maksudnya ; nak couple ngan aku takk ?) Haishhh , bagai orang lapar dibelanja pizza la aku . dah nama pun aku memang suka dia , memang on the spot aku jawab aku nakkkk ! . huhu . gelojoh betul arikal ni =.=' . aku ingat lagi , first date kitorang kat PANTAI SABAK . huu . mula mula niat aku pegi berderat (jalan jalan) petang tu dengan harapan nak pegi jumpa kawan aku je . nak melepet je . then si N ni text aku cakap nak jumpa . dia dengan kawan aku si K .* dulu aku penah suka kat K ni . tapi bodoh bodoh je la . N kata dia lalu depan rumah aku . tapi dah aku takda kat rumah kan . macam mana nak menjenguk . huuu . so aku pun patah balik umah aku sebab nak pergi jumpa dia . masa tu memang gila berpeluh muka aku . nervous derr . first time jumpa dia kat luar sekolah dalam keadaan aku yang agak selebet serta selekeh . hoho . lepas tu dia ajak pegi pantai sabak . aku macam cuak cuak gak la nak pegi . jauhhh tu dengan rumah aku . tapi aku nekad kot nak pegi date dengan dia masa tu . aku pegi amik kawan aku and ajak dia teman aku pegi dating . huuu . masa tu dah lewat tau takk . dah nak dekat pukul 7 . yang aku ni still tgh berDATE lg dengan si N ni kat tepi pantai sambil ditemani angin angin yang menerbangkan rambut aku . hehe . Lepas tu rakan seperjuangan aku yang membantu aku untuk pergi date ni pun ajak balik sebab dah lewat . huhu . aku pun balik . kitorang berpisah ke arah yang berlainan . uhuh . sedih doe nak berpisah . *padahal esok boleh jumpa kat sekolah . aku pun sampai kat rumah dah pukul 7 setengah , nasib ibu wat derk je . huhu . happy doe first date aku dgn dia :D dan hari hari terus happy dengan dia and port kitorang date setiap hari kat cc farmasi depan pantai timur hypermarket . haha . tu je la port aku nak gaduh bergurau dengan dia . hehe . Aku memang sayang dia . aku memang cinta dia . tapi nak buat macam mana . jodoh aku untuk couple dgn dia tak lama . semua sebab ada orang ketiga dan orang ketiga tu bestfriend aku sendiri . hmm . aku break dgn dia masa hari first PMR . masa tu baru habis paper 2 bm . aku sedih derr . sedihh sesangat . aku tertekan gila unta and aku tak boleh jawab PMR semua kerana dia :( hmm , result pun tak berapa nak bagi mak ayah aku senyum . tapi takpa , aku gagah kan diri jugak untuk cuba hidup tanpa dia , and finally aku berjaya sebab lepas aku break ada pulak seorang insan yang dah lama hilang dari hidup aku then datang balik . wey korang , aku boleh hidup la tanpa N tu walaupun aku break ngn dia dalam keadaan yang penuh tragisssss . huhu .

Okay , mamat yang aku cakap tadi tu , yang dah lama hilang then datang balik dalam hidup aku , nama dia HH . aku couple dengan dia takdala lama mana pun , setahun berapa bulan je , tu pun lepas dia terkantoi ada awek lain . hurmm . aku couple dgn dia bape haribulan tah , aku malas nak cube ingat walaupun hakikatnya tarikh tu sentisa terpaku terpahat termaktub tertulis dah tertoreh dalam kepala otak aku yang dah berkarat ni . aku couple dgn dia masa aku duduk kat kelantan lagi tapi after beberapa bulan aku dgn dia couple , aku kena pindah sebab ayah aku kena tukar tempat kerja la kan . biasa la anak tentera :) aku kena pindah pegi port dickson . nak dijdikan cerita aku dengan dia lebih manis aku date dengan dia buat kali pertama selepas hampir 4 bulan aku dengan dia couple . wuhh , tempat aku date dengan dia memang gempak derr , romantik habisss ! nak tau kat mana ? kat MUZIUM TENTERA DARAT , kat sebelah kem tu je haa . * nanti kalau korang pegi PD , pergi lah buat lawatan sambil belajar kat tempat aku date tu . huhu . gila punya romantik doe tempat tu , tapi yang paling aku tak boleh tahan , siap ada bodyguard weyyy . ayah aku suruh runner dia hantar aku and teman aku jumpa si HH ni . huuu . best tu memang best dapat jumpa si HH ni , tapi yang spoil nye , baru 5 minit si runner ayah aku ni ajak balikkk ! what the fork . potong stimm la kau bro . haishhhh . aku pun balikk la rumah dengan muka yang penuhhhh suka dan ketawaaa :D ibu aku siap tanya lagi ,  ' ada amik gambar tak ? ' , ' dia hensem tak ? ' macam macam la ibu aku tanya . aku pun dah lupa dah apa soalan dia . masa ni memang manis sangat ' cinta ' aku dengan dia . tapi lepas setahun lebih aku dengan dia , baru aku tau yang selama ni cinta dia tu semua palsu dan dusta belaka ! benda ni pun aku tau sebab ada seorang insan yang cerita segalanya kat aku sebab dia taknak aku terus kena tipu daya si HH ni . rupa rupanya , dalam masa aku couple dengan dia tu , dia sebenarnya dah ada awek . kalau dia ada awek kenapa dia mesti mintak couple dgn aku ? kenapa dia buat aku sampai aku sayang dia tahap infinity ? kenapa doe ? kenapa ? kat mana silap aku , aku pun tak tau . memang aku dah kena tipu dengan dia hidup sampai mati . masa tu kecewa aku jangan cakap mcm mana la . aku jadi murung and sanggup cedera kan hidup aku kerana dia . aku pun tak tau kenapa kau boleh jadi bodoh yang tahap kebodohan tu lagi melampau dari binatang . aku pun tak tau kenapa. hmmm . jujur aku cakap , memang susah nak terima hakikat yang aku hidup tanpa orang yang nama HH tu lagi . sunyi hidup aku wey , kosong sesangat . sebab terlampau sedih sampai aku lupa yang aku still ada ibu and ayah yang sentiasa ada dengan aku masa susah senang . aku happy kan diri aku dengan ibu ayah and alhamdulillah , aku okay balik and cuba berfikiran lebih positive :) yesss , aku berjaya buang dia dari hidup aku . tapi tipu la kalau aku kata aku boleh buang dia mcm tu je kan , sikit banyak pun , kenangan tu tetap dalam hati :')

and lepas aku break dengan HH tu , hati aku susah nak kekal lama dengan orang yang nama lelaki , aku akui MH datang utk cuba happy kan aku . tp sayang kan , aku tak pernah sayang kat dia macam mana dia sayang aku . aku terima dia jd bf aku pun sebab aku kesian kat dia hari hari datang menagih kasih sayang aku ni . huhu . **popular jugak ku ni rupanya . hua hua . then dari aku tipu dia , baik aku mintak break , aku dengan dia tak lama walaupun dia tunggu aku dari masa aku couple dgn HH lagi . aku tak kisah pun masa aku break dgn dia tu , aku masih mampu hidup :)

Lepas aku break dengan si MH tu aku jumpa la balik budak yang pernah ada scandal dengan aku dalam myspace masa aku form three dulu . huhu . **aku tak curang okay , dia cuma scandal aku je . sekarang ni baru aku jumpa dia balik and entah macam mana aku boleh tercouple dengan dia . aku couple dengan dia 9.5.2010 . ada la dalam 7 bulan lebih aku couple dengan dia sebab aku tak tahan dengan dia . mamat ni panas baran , suka memaksa dan sebagainya . see . kan aku dah cakap . sejak aku dikecewakan olah mamat HH tu ,aku tak mampu nak couple lama lama dengan laki lain . entah kenapa perasaan maacam dulu tu dah takda . hhuh . maybe terlampau kecewa kot . huhu . sungguh bodoh arikal ni . so sekarang ni aku tak pernah amik serious dengan setiap perhubungan aku . belum tiba masanya untuk aku serious tahap baban sampai pikir nak kawin tu . biarlah aku belajar dulu tinggi tinggi , nak kasi ibu ayah aku happy dulu . dah kaya nanti baru cari calon suami yang setaraf dengan aku . hua hua , arikal bukan materialistik , cuma arikal nak rumah tangga yang bahagia tanpa ada masalah kewangan  :P huhu .

okayy . tamatttt . nak tidur dahh . esok kerjaaa . tak sabar bak jumpa abang burger depan kedai . haha :D

**kalau korang perasan banyak boyfriend aku ada nama bermua dengan huruf H . aku pun tak pasti kenapa .

4 0 Si pengomen yang comel :):

~Kirin Selama Perak~ said...

capital H da sebati kot
haha

Arikal Razali said...

haha , agaknya la kot KSP oi . huhu

taty rosley said...

pehni , crik yg nme huruf p , r , s , t , u . hahah .

Arikal Razali said...

haha ,dah orh yg nama tu tanakkk ngorat kite . huhu :P