post 31

Assalamualaikum :)



Hai hoi hui ! eh eh , apehal gambar mukadimah gambar kucik yang bermuka panjang ala ala pink panther ni . hehe , saja je aku letak gambar ex-miow miow aku ni . sebab entry aku kali ni aku nak cerita sikit sikit tentang miow miow ni sebab aku teramat lah rindu pada miow miow aku yang kurus keding ni . lama rasanya aku tak mengupdate belog ni pasal aku kan . asyik asyik aku update pasal contest contest dan contest lagi . haha . maklumlah , arikal sangat tamak haloba . huu . okay , harini aku update entry ni pun bukan pasal diri aku . maaf lah eh , aku tak tahu nak cerita apa pasal hari hari aku , sebab hari hari aku sama je dengan hari hari sebelum ni . kalau aku cerita pun macam buat lenguh dan kebas jari aku je . huhu **sebenarnya malas nak menaip :P


Nama miow miow aku ni tak la macam nama miow miow korang . nama yang hot hot mcm omputeh gitu . nama miow miow aku ni nama kampung je , TOMPOK nama beliau . tapi desebabkan aku tersangat lah malas nak sebut full name beliau , so aku panggil dia ampok je . dia suka gila kalau aku panggil dia ampok ayang . sekali je aku pekik nama tu , berdesup dia lari siap buat drift sekali . huhu . ampok ni kucing jantan yang gay . sebab dia kalau nampak kucing jantan , punya ramah dia mengiau . huhu .

Ya , miow miow aku suka sangat makan kelapa . aku pun tak tahu apa yang nikmatnya makan kelapa tu . ampok kalau dapat kelapa yang dah siap diparut , dia akan makan sampai mata pun terpejam pejam . maybe dia rasa macam makan burger kot . huhu . nasib baik la masa kat rumah lama aku dulu pokok kelapa keliling rumah . so jimat la bajet sikit nak bagi dia makan makanan febret dia ni . maklum lah , rumah lama aku dulu kat port dickson , tepi pantai je . huhu . ehem , untuk makluman korang ni ampok tak makan makanan miow miow yang mahal mahal . dia tak pandang la friskies atau makanan miow miow yang lain . dia kata tak sedap . ngeh ngeh . sebab dulu aku penah bagi sikit lepastu dia muntah . huhu . sampai demam demam si ampok ni makan friskies . ampok makan nasik dengan ikan rebus je . anpok suka gila . kalau dia nampak je ibu bukak peti ais nak amik ikan , dia yang gelabah lebih . lepas tu mengiau satu rumah . kuat pulak tu bunyi ! sakit kepala aku .

Aku teringat lagi kenangan miow miow makan gulai . hihi . hebat ampok ni , gulai pun dia belasah . ayah aku la bagi . dah la gulai tu boleh tahan pedas , aku yang manusia ni pun makan sampai terkeluar semua airmata dan airhidung . huhu . inikan kucing . adehh , tak tergamak aku nak cerita apa yang dah jadi . tapi aku kena cerita jugak sebab haritu ampok buat aku betul betul marah ! . huhu . nak dijadikan cerita , lepas ampok makan gulai tu , ampok pergi la lepak dan melepet kat atas moto aku yang dah sememangnya jadi port dia petang petang untuk membuta . masa tu kat rumah ada aku dengan ayah je , ibu keluar dengan kawan dia pergi seremban . dalam pukul 5 lebih macam tu ayah nak keluar . bukan pergi mana pun , pergi belakang rumah je sebab nak tengok kebun beliau . ayah lalu ikut sliding door belakang . aku pun keluar ikut pintu depan dengan harapan nak main kejar kejar dengan ampok .

Lepas aku dah keluar tu , aku pekik la nama miow miow aku tu , ' AMPOKKK ! OOO AMPOK ! AMPOK AYANGG ! ' banyak kali aku panggil dia tak datang pun . aku dah risau . aku jerit la tanya ayah , ' ayahh , ampok ada kat belakang tak ? ' ayah pun cakap ' takdeee ' . aku dah risau , mana si keding ni . berjalan tak reti nak balik . haish . dalam hati dah risau , mana tahu kot kot bangla potong rumput tu sembelih buat BBQ ke . bukan boleh percaya sangat muka bangla tu . huhu . lepas tu , aku pun tutup pintu dan jalan jalan . mula mula aku menonggeng kat kereta ayah tengok kot kot dia sorok bawah tu . tapi takda pun . lepas tu aku menonggeng pulak bawah kete ibu , takda jugak . tapi aku ada bau something yang buat aku rasa nak picit picit kepala si ampok tu . AMPOK BERAKK ! hishhh . geram betul aku .

Dia bukan berak biasa , dia cherry berry . mesti dia sakit perut . taik dia berterabur , kat kereta pun ada =.=' maybe dia tak sempat nak lari kot pergi jamban . sebab keadaan taik dia tu memang menunjukkan dia cuba nak lari tapi tak sempat . huhu **maaf agak kotor sikit entry ni . so baru sekarang aku tau , patut la aku panggil dia tak datang . rupanya ada buat salah . ampok memang macam tu . dah buat salah terus menyorok . tak pasal pasal aku kena basuh  motor dengan kereta , dua dua kena sental . huh ! busuk gila ! lepas dah siap basuh tu aku pun pergi belakang kat ayah . aku tengok ampok punya sedap main cak cak dengan ayah kat sebalik pokok cili ayah . hishh , geram betul . aku terus pergi tangkap dia , and pegang muka dia . lepas tu aku marah marah dia ' orang panggil tak menyahut , rupanya berak merata , kenapa tak bagitahu . nakal ehh ' lepas tu aku picit kepala dia . masa aku marah dia tu dia pejam je mata . huhu . AMPOK , KITE RINDU AMPOK :'(

**aku salah eja nama sendiri =.='





HEE , ampok comel gilaa , hidung dia pink . rasa nak picit picit je . ehh , cuba tengok kat hidung dia . ada parut tu . huhu . dia ni kan miow miow yang sangat lah gedik . tengah dok bergedik tu , lepas tu dia jatuh longkang . huhu . habis hidung calar . padan muka dia . tapi ampok ni hero sebab dia penah bunuh ular yang hitam berkilat tu . huhu . aku tak boleh nak cerita sebab masa kejadian tu aku kat sekolah sedang memerah otak menimba ilmu . huhu .

Aku rindu masa masa terindah aku dengan miow miow ni . rindu sangat nak macam dulu . **macam cakap dengan couple pulak =.=' aku teringat dulu dulu , setiap kali aku nak pergi sekolah dia akan teman aku sampai la aku naik bas . masa mula mula kenal dia dulu , bila dia nampak bas je dia lari sebab bas tu besar . huhu . maybe dia rasa bas tu dinosour kot . huhu . tapi lepas dah lama lama , dia dah berani dah nak tunggu aku . dia dah tak takut dengan bas . dia nampak pun dia buat muka blur je . huhu . rindu sangat saat saat manis tu :'(

Aku rindu masa petang petang main kejar kejar dengan dia . ampok ni selalu halang aku nak jalan . bila aku nak jalan je , dia mesti pergi bergolek berguling depan aku . kang kalau terpijak , mengamuk . huhu . ampok suke gigit ibu jari kaki aku . yela kan , jari kaki aku besar besar . haha . entah apa la yang dia nampak kat jari kaki aku sampai asyik nak gigit je .



Ampok memang suka lepak atas mesin basuh masa baju tengah dimesin . maybe dia suka keadaan yang bergegar kot . entah entah dia rasa macam duduk atas kerusi ogawa . huhu . lepas tu dia suka gila selimut kan diri dia sendiri . awww ! pandai gilaa ! huhu . 

Nasib baik ampok ni miow miow , aku rasa kalau dia orang , dah lama aku mintak nak kawin dengan dia . huhu . sebab dia comel sangat . ampok ni kalau nak tahu , dia pun addicted dengan camera . dia suka amik gambar , sama macam aku . huhu . bila dia nampak aku keluar rumah dengan camera di tangan , dia yang over lebih =.=' macam camera tu abah dia beli untuk dia pulak . huhu .






See , dia suka sangat amik gambar . ampok pandai jadi model . huu . aku rasa maybe cita cita dia nak jadi model . tapi disebabkan dia kucing so bakat permodelan dia tu terpendam je . huhu .

Tapi , aku dapat happy dengan ampok kejap je . sebab 3 bulan lepas aku kenal dia ,  jaga dia , tidur dengan dia , aku kena pindah . aku nak bawak dia , tapi tak boleh . sebab rumah aku yang baru ni tak jejak tanah . rumah aku yang baru ni , rumah flat je . huhu . kesian dia . masa hari aku nak pindah tu , aku menangis sambil peluk ampok . lepas tu ampok kena kurung dalam sangkar . ada orang nak amik ampok . aku tak berenti nangis sebab aku taknak pisah dengan ampok . ampok pun asyik mengiau kuat kuat je . sampai suara dia tak larat . aku bagi dia makan pun dia taknak . aku bagi air pun dia minum sikit je , lepas tu dia sambung mengiau kuat kuat . kesian dia ! 

Aku selalu nangis kata pakcik tu jahat sebab nak amik ampok dari aku . tapi ibu salu nasihatkan aku , ' okay jugak pakcik tu amik ampok , kalau kita tinggal dia macam tu je , lagi kesian kan . at least ada orang nak jaga dia . pakcik tu suka kucing , mesti dia jaga ampok baik baik ' lepas tu aku balas ' ika takut anak pakcik tu buat macam udin buat anyau . ika taknak ampok kena macam anyau ' **udin tu anak sedara aku kat kampung . anyau tu kucing aku kat kampung . udin baling anyau dari tingkat atas rumah atok sampai kebawah . udin kejam ! kesian anyau , dah la masa tu anyau baby lagi . aku sampai tengking si udin tu sebab baling anyau =.=' kejam betul aku . sanggup buat budak kecik menagis semata mata kerana miow miow . huhu . 

okay lah , dah habis kot summary pasal ampok . kalau nak cerita semua memang samapi lusa tak siap siap entry aku ni . huhu . okay lah . babai . muahh muahh :D

23 0 Si pengomen yang comel :):

mellow said...

ehhhhh kucing kite pon kaler itam putih jugakk . eksaited ! *hehehe*

Arikal Razali said...

hihi , yeke ? jangan jangan kucing yang sama tak :P

Lelaki Ini said...

huhuhudah lama xdewk kucing..
dulu bela gaks!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

haiyyak...... kucing anda pandai bergaya di hadapan camera;)

niesz said...

tomey nye kucing nie..hehe..ni msti manje ni kan..

Arikal Razali said...

@Lelaki Ini ; haha , bela la lagi . best ! miow miow ni good listener :)

@FIFIEY LYCHEE MARATION ; hehe , well , tuan dia pun sama :) acewahh . perasan pulekk . huhu .

@niesz ; aah , manja tahap kuda . huhu

syikinsafiq said...

hai....singga dari sahabat blogger...
hehe..dah jadi follower anda yg ke 100 hehe..
nice number...

wah..comel nyer kucing...mcm kucing sy si tompOk..
love cat a lOt^^

singgahlah ke blog sy k...follow me if u like it...tq

Arikal Razali said...

hai :) yeah . hehe . trimas yea . anda org ke 100 :D tompok jugak nama ? sama la . huhu . insyaAllah sy follow awk balik :)

Khairul Atikah @ Cik Yuki said...

hehehe cute tp sy tkot kucing ! hahaha

mohd zhafri said...

sempoi ini kucing

safiah sokher said...

hayyy nape laa aku ni tak suka kucing??hihi

Sekamar Rindu said...

salam..

comelnya kucing ni..

GummyhOlic Stuff said...

jom shopping dengan kami =)

Arikal Razali said...

@Khairul Atikah @ Cik Yuki : kte ni pun bekas penakot kucing . tapi lelama dah okay . dah . huhu . cuba la kenla kenal dgn kucing . best :)

@mohd zhafri : hihi . tgk la tuan dia :P

@safiah sokher ; haha . kesian . suka suka kan lah . best :D

@Sekamar Rindu : wasalam , hehe . secomel tuannya :P

@GummyhOlic Stuff : hihi . okay , nanti kte jengah belog awak he :)

::Cik Zatie:: said...

hai kucinggg..eh,arikal :P

kakak tag awk utk join pantai contest. jom2..hehe

http://zatiemomento.blogspot.com/2011/01/pantai-contest-by-mrk.html

KELI OH KELI said...

cara anda bercerita sememangnya anda seorang yg amat menyayangi haiwan...ampok bertuah kerana mendapat kasih sayang anda.

nur said...

comey tul kucing ni..
Jemput keALL IN ONE

titirara said...

wee~ comel nye kucennn . hehe

sy sudah follow kmo ~ nice blog dear ^_^

Arikal Razali said...

kak zatie , ohya ? hihi . thanks kakak ! nanti kita join , insyaAllah :D

KELI OH KELI , yea , sy mmg syg sgt sgt kat ampok . tp nk buat mcm mane kan , trpksa tgglkan dia even hati sy merana T.T

titirara , hihi . trimas ! okayy . sy follow D

mellow said...

eh tak tak . sebab kucing kite tkde jnggut hitam . kikiki

Arikal Razali said...

oh yeke . hihi . kucing kite ada janggut . comel kan :D

mellow said...

gila kau tak comel ???? hahaha :p

Arikal Razali said...

haha . betul ! rindu dia ohhh . lama dah berpisah T.T