**post 24 : post untuk contest Sudirman Abdul Rahman

Assalamualaikumm :)


Aku semangat ni nak update post ni . hihi . sebab tu la aku letak gambar mukadimah gambar aku dengan family aku . yee , aku tau family aku cenonet je tak macam family korang yang sampai tak muat nak masuk dalam gambar . okay okay , stop . kembali kepada nawaitu aku , tadi kann masa aku bukak dashboard aku , aku terpandang la satu new post daripada salah seorang hamba Allah yang aku follow ni . aku follow akak ni sebab dia lawa . hee . dia comel . ni la akak tu http://zatiemomento.blogspot.com . okayy , itu bukan lah topik utama . hehe . saja nak promote akak comel ni buat tambah followers beliau . hihi . aku ada baca post beliau yang mengatakan beliau nak masuk satu contest ni . contest yang dianjurkan oleh http://sudirman1809.blogspot.com


Contest ni abang ni buat untuk menceritakan tentang detik pahit manis suka duka kita bersama IBU TERSAYANG . aku memang sayang ibu aku sangat sangat . senang cerita kasih sayang aku untuk ibu ni sudah mencapai tahap infinity . sebab tu lah aku macam ghairah gila nak masuk contest ni . bukan sebab hadiah beliau yaa . tapi aku tetap nak bagitahu tentang hadiah contest ni .

Hadiah hadiahnya : -

1 . Hadiah Utama WANG TUNAI RM200. **haa , ghairah la tu tengok hadiah beliau lumayan . hihi
2 .Top Up Mana2 Rangkaian RM30.00 untuk 5 orang yang terpilih .
3 . Pakaian T-Shirt yang hanya boleh diperolehi di Sabah dan beberapa hadiah misteri lain .

boleh tahan kan hadiah yang abang ni nak bagi , **sambil buat mata sepet dan angkat kening sebelah ala ala Ziana Zain . huu .

Okayy , malas nak cakap banyakk , so inilahh entry aku yang akan aku hantar untuk contest tu :)

Di petang yang hening dan sunyi ni yang meremang kan bulu bulu aku , sambil aku dengar lagu yang dah berkurun lamanya ada dalam phone murah aku ni tetiba aku rasa sayu je . semua lepas aku dengar lagu ummi :( aku rasa sedih sangat . macam ni lagu dia , Ummi - Haddad Alwi. sedihh ohh lagu dia . tetiba aku rasa aku rindu ibu sesangat . *walaupun ibu ada kat luar pintu blik aku ni tengah tengok animal planet singa laut tengah beranak .

Meh aku cerita sedikit demi sedikit tentang ibu jantung hati ku , Puan Mariam Bt Bakar .

IBU , ika dah banyak buat ibu sakit hati and maybe ika pun penah buat ibu menangis **walaupun ika tak pernah nampak ibu menangis . tapi ika tau dalam hati ibu , ibu sedih .isk isk isk :'( ika pun tengah sedih ni buu .

IBU , ika sayang ibu , ika nak mintak ampun kat ibu . ika nak mintak maaf kat ibu . ika nak melutut depan ibu . ika nak sujud kat kaki ibu . tapi ika takut , ika segan . nanti kalau ika mintak maaf kat ibu nanti ika nangis . ika taknak nangis depan ibu . ika tau nanti ibu akan nangis lagi teruk dari ika nangis . ika taknak tengok ibu sedih . andai kata ada mesin macam doremon yang boleh sedut semua kesedihan ibu tu bagi kat ika , ika dah lama buat bu . biarlah ika sedih , yang penting ika taknak tengok ibu sedih , ika nak tengok ibu happy dand gelak gelak je .

IBU , terima kasih sebab jaga ika dari ika kecik dan dari tapak kaki ika sebesar dua jari ibu je . terima kasih jugak ibu sebab dah masak sedap sedap bagi ika makan sampai ika jadi sihat macam ni . terima kasih sebab sanggup celik kan mata dan amik risiko tangan ibu terluka sebab asingkan tulang ikan untuk ika . terima kasih sebab ibu sanggup lenguh lenguh tangan dokong ika yang malas jalan ni . terima kasih sebab jaga ika masa demam ika dari kecik sampai la dah besar ni pun kalau ika demam ibu tetap jaga ika macam ika ni baby lagi . ibu sanggup teman ika tidur . terima kasih jugak sebab sanggup jadi teman susah senang ika . terima kasih untuk segalanya ibu . ika sayang ibu .

IBU , ika cuba nak ubah perangai ika , ika cuba nak dengar cakap ibu , ika cuba nak sopan dengan ibu , ika cuba bu , ika cuba nak buat semua tu , tapi tak tau la kenapa ika ni kenapa susah sangat nak ubah perangai ika . ika tak tau kenapa ika bebal sangat sampai susah nak makan ajar ibu . ika mintak maaf bu . tapi ibu jangan risau , ika betul betul dah berubah sejak masuk tahun baru ni . ika dah 18 tahun dan ika dah buat azam baru tanak degil degil macam batu gua lagi . ika sayang ibuu .

IBU , ika tau ibu banyak sabar dengan ika . dari kecik degil ika ni tak penah hilang . IKA MINTAK AMPUN BU . IKA SAYANG IBU . jangan pernah tinggal ika walau sesaat pun . nafas ika adalah untuk ibu . untuk ibu , insan yang paling ika sayang and cinta kat dalam dunia ni . walau sayang ika untuk boyfriend ika tu banyak , tapi masih tak boleh lawan sayang ika untuk ibu . ika rela hilang segalanya dari ika hilang ibu .

IBU , ika teringat masa ibu menangis depan ika dulu tu . sebab apa ? sebab ika ni degil . ibu marah sangat dengan ika sampai ibu menangis . kesian kat ibu , tapi time tu ika mana pkir semua tu . ika tetap dengan degil ika . tapi walaupun ika degil ika sebenarnya sayang ibu . ika sayang ibu sangat sangat . ibu banyak bersabar dengan ika . terima kasih ibu , ika sayang ibu . ika janji tak buat dah :'(

IBU , ingat tak beberapa tahun dulu ika pernah nyanyi kat depan ibu . ika nyanyi lagu sempurna masa birthday ibu . ibu menangis depan ika kan . ibu datang peluk ika . ika teringat kenangan tu bu :) comel sangat .

**Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku

Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku

Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
 kau bisikkan dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku

Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna**


IBU , kat rumah tu ada kita bertiga je . ada ayah , ibu , ika . tapi rumah kita bising kan bu ? macam ada 30 orang . semua sebab kita selalu bergaduh kan . means bukan la bergaduh teruk teruk tu sampai berwrestling anak beranak . hihi . gaduh kita gaduh manja kan bu ? ibu nak tau tak , ika sunyi kalau sehari tak dengar ibu marah ika , tak bergaduh dengan ibu . ika rasa sunyi sangat .

IBU , nak tau tak ika ada satu rahsia . ibu ingat tak masa ika pergi kem PBSM kat pahang tu ? ika ada rahsia masa tu . rahsia yang sampai sekarang ika tak pernah cerita kat ibu . masa tu ibu ngn ayah balik kampung kat perak and kedah . and ika jauh dari ibu kat pahang tu . jauh bu , jauh sangat . walaupun still dalam malaysia , tapi jauh sangattttttt . malam malam nak tidur takda sapa nak cium dahi ika takda sapa pesan kat ika sembur ridsect dulu takut nyamuk banyak . kita berjauhan lama kan bu , 6 hari . lama sangattttt .tiap tiap malam ika call ibu sebab siang ika tak sempat . kalau ibu nak tau , tiap kali ika call tu , ika akan peluk sorang kawan ika . sambil cakap dengan ibu . suara ika maintain lagi , tapi sebenarnya ika nangis bu . airmata ika tak berenti mengalir lepas dengar suara ibu . ika rindu ibu masa tu . rindu sangat . rindu nak makan maknan yang ibu masak , masa tu ika asik makan kat gerai tepi pantai tu je . tak sedap . jangan gelak ye bu kalau ibu baca . hihi , sure ibu ejek ika bertahun tahun lamanya .

IBU , ika tahu ika tak mampu untuk balas semua pengorbanan yang ibu dah buat untuk ika sepanjang membesarkan ika . terlalu banyak pengorbanan ibu , sampai tak terkira olah jari jari comel ika ni . campur jari kaki pun tetap tak boleh kira . ibu , ika akan cuba jugak untuk balas jasa ibu . ibu selalu cakap macam dalam drama tu ' ibu tak mintak apa apa dari ika , cukuplah ika belajar elok elok biar jadi orang yang berjaya ' . ika dah belajar betul betul untuk spm ika , and ika harap ika akan dapat buat ibu senyum bila ibu tengok result spm ika .

IBU , ibu selalu berangan kan bila tengok kereta besar . ibu selalu cakap macam ni bila ibu nampak kereta BMW or Mercedes lalu kat sekelah kereta kita ' tu dia , besaqnya kereta . sedap tu kalau bawak , lembut jer rasa ' ika pun jawab , ' kereta mahal mana yang tak sedap bawak bu , enjin dia lain , tu yang best ' lepas tu ibu balas , ' sebab tu la ibu suruh ika belajar rajin rajin , dah kerja nanti dapat beli kereta besar macam tu . dapat la ibu dengan ayah ni menumpang naik , cukup lah dapat rasa naik kereta anak ,dudk belakang pun takpa . masa tu dah tua , dah tak mampu nak beli kereta mahal macam tu ' sedih ika dengar ibu cakap macam tu . ibu , ika aka pastikan ibu dapat naik kereta mahal macam tu . insyaAllah bu , ika akan usaha :')

IBU , ika bukak file file lama yang ada dalam lappy ika ni , ika jumpa gambar ika masa kecik kecik dulu yang ibu layan tanpa sikit pun rasa jemu . cuba ibu ingat balik gambar gambar ni .


see , ika kecik je kan bu masa dulu . sebab ibu masak sedap la ika jadi besar macam sekarang :')

ibu tak penat layan ika yang banyak perangai ni . ika teruk kan bu . mengada ngada dari kecik sampai la besar .


jahat ika ni selalu buli ibu , ika yang nak main benda tu , ibu pun ika paksa naik sekali . thanks ibu sebab sanggup layan ika :')

muka kita sama kan bu , cakap la bu , sama kan ? hehe



ibu cantik sangat . ibu la bidadari ika :)

IKA SAYANG IBU SESANGAT .
IKA SAYANG IBU SAMPAI AKHIR HAYAT IKA .
SAYANG IKA UNTUK IBU TAK PERNAH ADA GANTI .
IBU LAH SEGALA GALANYA DALAM HIDUP IKA .

**babai semua . mata bengkak sebab sambil menaip sambil airmata mengalir macam sunway lagoon :'(
doakan aku menang sekali ye , kalau aku menang , aku print post ni aku hantar surat layang kat ibu . hihi .

8 0 Si pengomen yang comel :):

sudirman said...

meriahnya gambar2...emm...teruskan menyanyangi mak ye...mana tau nnt ble jadi mak mertua..hahahah..gurau..dah masukkan link blog awak ke dalam list blog join contest...

Noor Arikal Mohd Razali said...

hee , insyaAllah kasih sayang sy kat ibu tak pernah hilang walau sesaat . hee , thanks abang sudir :D

::Cik Zatie:: said...

wahh,thanks sbb promote belog akak skali :))

sentiasa doakan yg terbaik utk mak. gud luck ye..hehe

Noor Arikal Mohd Razali said...

hihi , wc akak :D hehe , insyaAllah ari akan buat :)

||aLeaSaRa|| said...

yuhuu wah kite tmpg hepi tgk sis ngan mak yg tersayang!krm slm kat mak ye

Noor Arikal Mohd Razali said...

hihi , insyaAllah salam akan disampaikan :)

syafiq ariffin said...

semoga berjaya utk contest ni..

Noor Arikal Mohd Razali said...

insyaAllah . terima kasih bagi sokongan kat ari :)