Post 23

Assalamualaikum :)


Warghhh . PANASS ! hihi . tapi aku masih mampu tersenyum dengan gembira . harini aku update belog kesayangan ni pada waktu sebelum maghrib menjelang dalam keadaan yang busuk macam kambing tak mandi sejak dilahirkan sebab aku baru balik daripada berlari lari anak kat taman yang luasnya hanya beribu kangkang aku . huhu . 


harini aku rajin doee . aku pergi jogging . hihi . selalu kalau nak jogging ayah yang paksa sampai tarik tarik tangan aku . tapi harini aku yang tarik tangan ayah sambil tergedik gedik ajak jogging . ayah siap kasi selepuk perli beliau ' harini dalam sejarah ika ajak jogging , boleh masuk dalam diari ayah ni ' . huh , nampak sangat yang selama ni aku memang malas jogging . huhu . maklumlah , terlampau banyak lemak lemak comel yang serupa mega big mac dalam badan aku ni . haha . 


aku pun pelik binti ajaib kenapa tetiba rajin je harini . selama ni kerja aku lepak dalam bilik online fesbuk , baca belog orang lain or baca belog aku sendiri berulang kali sampai dah bosan tengok muka dan ayat bodoh aku sendiri . kalau line internet macam siput sedut tengah mengawan , aku main game Plants vs Zombies or Turtle Odyssey 2 . huhu . entah berapa juta kali dah aku khatam game tu . game tu pun kalau boleh bercakap , beliau pun dah bosan sebab player dia aku sorang je .


muka baru balik jogging . hihi .



**berdasarkan mukadimah aku kat atas tu , aku kata aku update belog ni sebelum maghrib kan ? hehe . dusta belaka ! aku tulis petikan tu je sebelum maghrib . aku tak sempat nak sambung sebab ayah aku dah jerit jerit nama aku suruh aku tolong ibu masak . haih . malas malas malas . takpa arikal , sabar sabar , berapa hari je lagi nak kerja . hihi . lepas ni takpayah masak lagii . **nampak sangat kan arikal ni pemalas tahap badak air . huhu . so aku sambung la update belog kesayangan aku ni pada pukul 12.36 malam sambil berfesbuk dan bertexting dengan kawan lama :)


Eh eh , sebelum aku meraban panjang panjang lagi , aku ada berita happy ni . hehee . happy la pada aku sebagai besfren beliau . kalau korang , wallahhualam aku tak hamek tau . ingat tak si buah hati pengarang jantung intan berlian permata aku si yusra tu . hee . dalam post aku sebelum aku ada cerita yang beliau belum dapat kerja kan . jeng jeng jeng ! tak sangka aku buah durian jadi buah betik . aku yang dapat kerja dulu tapi dia yang mula kerja dulu dari aku . hee . malam kitorang balik cari kerja tu , ada orang call mama dia kata nak amik dia jadi waitress . hee . apalagi , kembang semangkuk la kawan aku yang sorang tu . berbunga bunga hati beliau . bukan setakat bunga je yang ada dalam hati dia tu , siap dengan batang batang daun daun segar dan kering semua complete . subur pokok pokok tu dalam hati beliau . hihi .


Beliau dapat kerja kat restoran Asam Pedas . untung beliau , save bajet untuk makan . huhu . gaji beliau boleh tahan jugak lahh . hee . disebabkan beliau mula kerja lagi awal dari aku jadi beliau kena lah bagi hadiah kat aku . hihi . aku dah siap mintak dah apa yang aku nak . aku nakkkkk sangat anak patung badak yang mata bulat bulat besar tu . comell gilaaa . aku nak dia yang bagi . hehe . sure aku letak je atas kerusi khas untuk anak anak patung aku tak bagi sape sape pun sentuh . hehe . ' yusra , beli eh untuk aku ' . nanti aku belanja kau lolliop yang besar and warna warnu yang kat KLCC tu ehh :D

Hurum , okayy , berbalik semula kepada cerita tuan punya belog si budak gemuk pendek ni . hihi . rasanya apa yang berlaku harini semua macam biasa , aku bangun pukul 9.30 pagi . tu pun sebab ibu kejut . macam biasa lah kan . tak pernah lagi aku bangun sendiri tanpa dikejut dan dipekik dari luar pintu . hihi . kecuali kalau aku nak keluar marayap . pepagi buta lagi aku dah bangun . bangun bukan sebarang bangun awal okay , siap basuh baju , sapu sampah , mop lantai , kemas dapur , buat sarapan untuk ibu . haa . complete lah semua . nak keluar punya pasal kan , buat kerja apa pun sanggup . hihi . tapi aku buat kerja tu semua bukan masa nak keluar je , kalau tak keluar pun aku buat , cuma lambat sikit lah kan . tengok la celik mata pun time bapak ayam pun dah pergi carik makan .

Lepas aku dah bangun tu dari katil tu , aku megeliat sambil menjerit sekuat hati . hihi . hobi aku tu . so maaflah eh sesapa yang duduk dekat dengan rumah aku kena denga jeritan histeria aku hari hari **kadangkala kita perlu pentingkan diri sendiri . hehe . lepas tu aku gerak pergi bilik mandi teman aku melepaskan segala dendam kesumat menanggung sakit perut semalaman . HAHA . tak senonoh arikal ni .

Lepas aku dah keluar dari bilik keramat tu , aku dah pakai comel comel . tema harini hijau kura kura dan hitam ye . baju tu la aku pakai dari pagi sampai ke petang . malas nak tukar dua tiga kali , membazir air basuh baju banyak banyak . haha . lepas tu , terus menuju ke dapur . wahhh , macam ada bau kek lahh . lapar ni . tak makan sehari ibarat tak makan setahun bagi aku . paham paham lah , perut aku ni perut yang ada cap mohor DBKL . so capacity dia lebih besar dari korang punya .

Harini birthday fatihah anak aunty ina depan rumah . hee . masa birthday aku tahun lepas dia belikan aku gelang . so aku dengan ibu dah membuat kata sepakat nak buat kek sesama . tapi , tapi , tapi , bila aku pergi je dapur lepas aku mandi tadi . kek tu semua dah siap . complete dengan taburan kelapa kering . huu . sedih gila tak dapat buat kek . pastu konon kononnya nak merajuk la dengan ibu sebab buat kek tak tunggu anak kesayangan beliau ni , ' alaaa , buat kek tak tunggu ika . sampai hati ! ' **dalam nada merajuk dengan muka macam kena lenyek . ibu jawab ' kalau nak tunggu ika , sampai birthday dia tahun depan tak siap siap lagi . tidur tak reti bangun . selagi tak kejut tak bagi orang menjerit tak bangun . macam tu ke gaya orang nak memasak . macam mana nak kahwin nanti . '  huh , see see see , aku cakap berapa perkataan je , cuba kira . kontot je kan , sekali ibu reply , haaaa , hamek kau . panjang berjela .

ni la kek  nyee **sebenarnye kek ni sedikit condong , sebab tu aku amik gambar dari atas .

Lepas tu aku yang pergi hantar kek tu , huu . fatihah tido lagi . dia tu pun satu geng dengan aku jee . geng suka bangun lambat . tak tahu la kenapa tidur bangun lambat ni nikmat dia lebih . huhu . semakin lambat bangun semakin best mimpi mimpi kita . acewahhhh , siap ada hypothesis lagi tu . lepas dah hantar tu borak borak kejap dengan aunty ina . sambil main main dengan bobby . hihi . comel gila bobby tu . sehari tak jumpa sunyi hidup aku . lepas tu aunty ina bagi coklat . huuu . banyakk . sebab nenek fatihah pergu honeymoon kat langkawi haritu .

ni la bobby , comel kan comel kan ? 
ni hobi dia , menjunamkan muka sambil kira semut

lepas dah borak borak apa semua aku masuk rumah sambung tengok tivi . cerita detectives conan . hihi . lepas tu takda apa yang jadi dah . macam biasa je . **maaf , tengah malas nak update . post ni sepatutnya untuk malam tadi , tapi terpost petang esoknya . rumah aku jam LONDON . huhu. harap maklum :)
babai , muah muah muah :D

2 0 Si pengomen yang comel :):

safiah sokher said...

Comel Bobby.hahah mcm Robby Ray la pulak!!!

Arikal Razali said...

hehe , comel , dia gemokkk gilaa . perut dia besar . huhu . sampai kena diet sebab beliau kucing obositi . hihi .