post 22

Assalamualaikum :)

tiba tiba rasa nak upload gambar ni , aku rasa aku comel . **perasan perasan


Wahh , sedar tak sedar dah sepuluh hari aku teruskan hidup aku yang serba sederhana ni dalam tahun dua kosong satu satu . syukur alhamdulillah . hurm , nak cerita apa ye ni . selepas merenung menatap memandang melihat keyboard hampir enam minit aku masih tak dapat idea . huuu . lepas dah termenung sampai aku rasa keyboard aku ni pun boleh meletup dan hancur lebur , so aku amik keputusan untuk simpan sebagai draft dulu . huu . malam karang aku sambung :D

**okayy , aku sambung merepek meraban pada pukul 12.35 pagi sambil online fesbukk . heee

Hurmm , harini aku rasa aku HAPPY . yess , aku HAPPY . paham takk HAPPY . aku HAPPY ni korang tau takk . HAPPY gila baban . aku pun asyik sengih sengih macam kerang rebus . heee . kaki kaki aku ni asyik rasa nak lompat lompat dan terkinja kinja je depan orang ramai ! rasa nak terbang terus secara percuma pergi paris pun ada ! heee . akhirnya lepas aku penat berjalan kaki entah berapa kilometer aku tak sempat nak ukur , berjalan dalam hujan renyai renyai dan lebat kadang kadang panas terik yang boleh buat muka aku yang hitam manis ni jadi hitam pahit terus , melintasi jalan jalan raya yang banyak betul kereta sampai aku rasa aku boleh tidur kejap tepi jalan tu baru kereta lengang sikit , hehe . **panjang betul aku merepek , pendek kata pendek cerita AKU DAH DAPAT KERJA ! . syukur alhamdulillah  . heee . happy ni happy gila kuda gila unta lembu kambing kerbau tapir tenuk semua ada .  tak terucap dengan kata kata . ngeh ngeh .

Tempat aku kerja takda la macam tempat korang kerja . tempat market market , setarbak lahh , aisyaitan lahh , sogokk lahh , macam macam tempat lain lagi lahh . aku ni kerja tempat yang low profile jee . gaji pun tak selepuk banyak macam gaji orang lainn . aku kerja kat kedai kasut yebeng kat keramat permai tu jee , alaa , yang sebelah guardian tu . huu . tapi takpa , aku bersyukur Allah SWT dah bagi aku rezeki dan janji duit gaji yang aku dapat tu ada cop halalan toyyiba . kan kan kan ? kalau kerja besar pun , kehalalan dia belum tentu terjamin . huuuu .

Lepas dah dapat kerja ni lega lah hati aku kan . Even kerja ala ala kadar je , tapi aku dapat jugak tolong ibu ayah . sikit sikit pun jadi lah kan . setakat nak belikan gula dengan garam tu boleh lahh aku support tiap tiap minggu . huhu . benda yang paling aku nak buat dengan duit duit gaji aku tu nanti : -

  • Belanja ibu ayah makan . makan apa pun tak kisah . kedai mamak ke , hotel ke , cendol ke , yang penting aku belanja **tak sabar nak tengok ibu ayah sengih besar besar macam ni :D
  • Beli phone baru , heee . maklumlahkan , phone lama tu kalau ada orang call aku macam cakap dengan dinding dan kerusi . aku tak akan dengar suara si pemanggil . huu . so terpaksa lahh pakai phone dua warna je sekarang ni . takpa arikal , syukur syukur .
  • simpan sikit sikit . menabung untuk masa depan lah katakan . nanti insyaAllah kalau ada rezeki aku sambung belajar boleh guna . kan kan kan ?
  • shopping jangan lupa okay , hee . penting tu , hobi yang mendapat ranking pertama dalam hidup aku . hihi :D

Tapi tapi tapi , dalam kehappyan kegembiraan aku ni , aku kesian kat yusra si buah hati pengarang jantung intan berlian permata aku yang sorang tu la . hurmm . dia tak dapat kerja lagi . kesian dia . rasa bersalah sikit pun ada . tapi tadi siang aku dah tebus semuanya , aku teman dia pergi carik kerja kat semua kedai . habis semua kedai kitorang masuk . kiranya kat area setiawangsa and keramat permai tu kitorang tak tinggal satu kedai pun . semua kitorang masuk . aku yang semangat teman dia . huu . makcik tu asyik malu je . adehhh . takpa takpa , aku sentiasa kat sisi kau bagi semanagat ! chaiyokk !

Lepas dah penat berjalan satu setiawangsa carik kerja dan memandangkan keadaan dah hujan lebat **kali ni aku tak kisah pasal hujan sebab aku bawak payung yang ayah dapat free dari insurans apa entah . heee . selamat aku dari serangan virus yang mampu mebuat kan segala liquid liquid dalam hidung aku ni asyik meleleh dah kadang kala masuk dalam mulut sikit . urghh , masin rasanya , perlu ditambah gula . haha . arikal sangat tidak senonoh ya malam ni . aku dengan yusra pun buat keputusan nak balik . huu . macam biasa la kan , ibu aku yang ambik kitorang and tempat yang sama jugak , kat guard room je . huu . kitorang pun menapak la masukk .

Then masa kitorang nak masuk guard room tuu , tetiba pakcik guard tu panggil . alamakk , aku dah cuak sambil bermonolog dalan hati maroon aku ni . ' orang tua ni nak apa pulak ni , selama ni aku masuk tak pernah kena tahan pun . jangan kata nak tengok IC lahh kan , aku tak bawak ni ! ahh sudah , kang dia tuduh aku indon pulak , dah la tengah senget selebet dan selekeh macam ni , macam mana ni ! ' tapi aku mendapat barakah dari zikir dalam hati aku . hiihii . pakcik tu cuma tanya nama ayah apa and duduk kat mana . lepas kitorang dah bagitahu anak siapakah kitorang ni dan diamanakah kitorang duduk baru pakcik tu bagi balik . siott .

lepas tu ibu tak sampai lagi , so kitorang pun tunggu jela kat tepi jalan tu . tetiba pakcik tu jeritt , ' hoiii , buat apa lagi tuuu ' aku dengan yusra sengih je kat dia sambil mengumpat dan mengutuk beliau . huh . busy body punya pakcikk ! lepas tu dia jerit lagi ' umoq berapa ? ' kitorang pekik la serentak , ' lapanbelassss ! ' lepas tu dia balas , ' ohhh , serupa lahh kita ! ' . HAHAHA , sengal lah pakcik tuu , muka dah berkedut perut boncet boleh mengaku lapan belas lagi . haha . lepas tu bila ibu sampai kitorang pun nak balik lah ni , sempat lagi dia jerit and tanya ' makk ke tuu ? ' aku pun angguk je la . malas nak jerit jerit dalam kete . huu .

masa dalam kete tu aku tak bagitahu ibu lagi yang aku dah dapat kerja . ibu adala tanya , ' dapat tak kerja ? ' aku cakap macam jawapan aku yang sebelum ni la kan , ' takk dapat la buu ' hehe . saje je aku ni kan . yusra kat belakang tu dah cuit cuit bahu aku . hihi . saje je nak buat surprise taik kambing kononnya . hihi . tapi aku tak dapat tahan nafsu doee , elok je yusra keluar kete aku terus bagitahu ibu dengan muka yang gembira tahap tapir dapat tahu dia pregnant anak sulong . haha . tak lama lepas tu ayah plak balik , hihi , ayah masuk je pintu rumah aku terus bagitahu dia . hehe . ghairah betul ya arikal ni .

lepas tu takda apa yang berlaku , jadi seperti biasa . makan tengok tivi , gelak ketawa mengilai mengekek , duduk menyeget , lepas tu terus baring , lepas tu aku sedar sedar dah pukul 7.30 . huu . bangun terus pergi solat dulu , lepastu , niat aku nak baring baring sambil tengok kipas berpusing je . huhu . entah macam mana roh aku boleh terkeluar pulak . huu . so roh aku ni pun berterbangan , sempat jugak aku mimpi . wahh , aku mimpi kucing . awww . kucing yang comel gila ! tak lama lepas tu ada orang call , aku pun angkat laa , tapi tak tengok nama mals nak bukaka mata :-

aku : hello , assalamualaikum .
dia : waalaikumussalam .
aku : sape ni ?
dia : ni aku la , naim papadom . kawan lama masa sekolah rendah .
aku : lahh **suara orang tengah mengantuk tahap baban .
dia : kau tidur ke doe ?
aku : a ah . penat lahh . huhu .
dia : bangun lah weyhh , solay isyakk .
aku : haa , isyak ? sekarang ni pukul berapa , bukan awal lagi ke ?
dia : haa , betul la isyak . dah pukul 8 lebih kan .
aku : lahh , yeke . hehe . tak perasan **aku ingat baru bape saat je aku pejam mata
dia : tadi siang aku kerja
aku : oh yeke , kau kerja apa ? bibik ?
dia : amboii , cantik sikit .
aku : hehe , terima kasih puji aku .haha .
dia : aku kerja dengan pakcik aku , aku jadi cashier .
aku : ohh , okay lah tuu . hee .
dia : penat gila , ni jap lagi sambung balik sampai pukul 2 .
aku : wahh . kejapnya kau kerja . kalau penat pergi lah rehat ke apa .
dia : ahaha , tau takpee .
aku ; okay lah tu kan , kerja jugakk .
dia : ehh , okay lahh , aku nak mandi ni . kejap lagi aku text kau . kau ada kredit kan ?
aku : ada ada . hee .
dia : okay bye , assalamualaikum .
aku : waalaikumussalam . **lepas tu aku sengih sengsorang . HAHA

haaa , ni lahh naim :)
benda paling aku tak boleh lupa pasal dia :
masa kecik kecik pegi funfair , aku jumpa dia tengah nangis .
sebab sebab beliau nangis takdapat di kenal pasti .

Lepas dah habis borak dengan mamat tuu , aku pun golek golek and mengeliat . arghh ! sedapnya dapat mengeliat . huu . terus aku capai tuala pink aku and mandi ! sejuk gilaaa ! macam kat negara omputih wa cakap lu matt . hihi . lepas tu bunyi message tepekik dari luar . biarlah dia . nanti lah baca . kacau betul aku nak berasmaradana . hhuu . sabar ye sayang .

Lepas keluar je dari bilik air aku terus cari phone aku . aku ingat kan laki aku , rupanya si naim tuu . huhu . yeahh , text dengan dia kejap . lepas tu dia dah tak balas . maybe dah start kerja kott . biarlah beliauu . hanya doa aku yang mengiringi beliau supaya kerja elok elok :)

Lepas tu macam biasalahh , tengok tivi lahh kan sambil mulut mengunyah tak benti benti . kejap kejap kerepek pisang , kejap kejap chipsmore , kejap kejap biskut lexus . uhuhu . lepas dah bosan tengok tivi dan melantak , aku pun masuk bilik and then switch on my bling bling lappy . terus updateee belog kesayangan aku nii . heee . okayy lahh . aku dah penat and rasa macam nak pergi peluk peluk je bantal bantal aku yang ada atas katil yang beralaskan cadar pink bunga bunga aku tuu . hee . okayy , babai . muahh muahh :)

0 0 Si pengomen yang comel :):