post 20

Assalamualaikum :D

Hai hai hoi hoi hui hui orang disana disini disitu disinun dan pelbagai arah lagi . wahaaaa ! lama gila aku tak hentak hentak tangan aku kat atas keyboard ni yang selama ni menjadi rutin harian aku . huu . jari jemari aku yang comel comel ni pun rasa ghairah semacam je nak tekan tekan abjad abjad yang ada atas keyboard aku yang dihiasi bling bling purple ni . hee . ehh wait wait , nak tau tak soalan soalan yang aku terima daripada fans belog aku apa ? haa , ni la soalannya , soalan pertama , kemana hilangnya si payung kembang ? soalan kedua , kenapa lama si payung kembang ni tak update belog beliau ? soalan ketiga , sihat kah si payung kembang ? yeahh , tok sah nak kata aku syok sendiri laa , memang ada orang  hantar text tanya kenapa tak update belog . huwa huwa , arikal dah feymesss . aww aww . **menaip dalam keadaan bangga tahap kuda sambil berusaha untuk kembangkan sebelah lubang hidung beliau o.0

Sorry ehh sebab aku tak reply text korang , almaklumlahh , tempat aku pergi menyedut angin ni network coverage dia macam hantu sikit , kejap ada kejap takda . bila nak ada tu , ada sepanjang masa , bila takda tu aku panggil aku seru pun tetap takmau ada . haihh . nak tau ke tempat aku menyedut angin tu kat mana ? aku pi sedut angin tak macam korang semua , pi Paris lahh , New York lahh , India lahh , Somalia lahh . tu semua membaziaqqqq hampa tau dakkk , kos pengangkutan je dah mahai . huuu . tengok macam aku , pi menyedut angin cara orang kekurangan wang . aku pi sedut angin kat kampung halaman je , kat Kuala Nerang , Kedah Darul Aman . heee . takpayah susah susah nak naik flight , merangkak dan mengesot pun bolehh . hihi .

Masa aku balik kampung takda apa pun yang special jadi . semua macam biasa . aku bertolak dari hentian duta pukul 11 lebih sampai rumah tok pukul 6 lebih . jejak je rumah atok lari macam badak air kena sawan sebab nak pegi salam and cium cium atok aku . hee . atok aku suke kena cium . kalao aku cuim je , tepejam pejam mata beliau , lepas tu tanya ' ni sapa ni ? ika ka ? laaa , pasai pa besaq sangattt ? ' ni lagi satu masalah , mana ada orang makin kecik tokk , memang la makin besaq . haihh **atok akan ajukan soalan yang sama setiap kali aku balik kampung =.='

Aktiviti kat kampung pun macam biasa jugak , tidur disaat ayam dah nak berkokok dan celik mata disaat matahari dah nak terbenam . macam burung hantu ! lepak lepak tepi parit depan rumah tok dengan gang gang kampung . merempit malam malam pi cari makan . tengok movie siam yang 18sx . huhu . golek golek atas katil sambil baca novel and text dengan Capital A . **balik kampung seminggu aku berjaya menghabis kan 2 buah novel dah beberapa komik . wahh , rekod terbaik aku . selama ni kalau baca novel berbulan bulan belum tentu habis . huu . kali ni baca novel siap feeling habis sampai melimpah limpah airmata dan airhidung . huhu .

Ohh lupa , tahun ni kali pertama aku sambut tahun baru dengan atok . hiii . niat hati dan perasaan nak ajak atok pi tengok bunga api tapi pukul 9 atok dah tegolek atas katil =.=' so aku pun turut tergolek golek atas katil jugak . huhu . sebelum terlambat , SELAMAT DATANG DUA RIBU SEBELAS SELAMAT TINGGAL DUA RIBU SEPULUH . huuu . banyak kenangan dua ribu sepuluh aku yang aku dah lupuskan kat dalam parit . aku biarkan kenangan aku tu mengalir dengan senang lenangnya sampai ke loji . aku malas dah nak kutip lagi . banyak sangat pahit buat peria berbanding manis gula kapas . huuu . TAPI , tak la semuanya pahit , heee , dalam banyak banyak pahit tu ada la sikit sikit yang tercampak terbaling terlempaq dalam bekas gula , tu yang manis sikit . huhu .

Actually aku baru je sampai rumah aku . tak sempat pun aku nak jelajah rumah aku yang aku dah tinggalkan selama seminggu ni terus aku online dengan rakus dan ghairah . huu . mana boleh doe tahan nafsu tengok lappy bing bling aku ni . aku pun dengan bersemangat jiwa raga nusa dan bangsa nak update belog walaupun hakikatnya takda benda apa nak cerita . huhu . cuma ada sedikit perasaan bangga yang terselit kat paru paru aku bila fans aku dah semakin meningkat . aww aww . hihi . lepas tu aku pun online fesbuk , buka notification yang beratus ratus , baca inbox yang berpuluh puluh , confirmkan friend request yang berpuluh puluh . huu . tup tup ada la sekor malaun ni IM aku .



slumber mak ayah dia je mengadu yang dia dah nak offline . aduhh bangg , saye tak kisah la abang nak off ke on ke apa ke . saye bukan kenal abang pun . tak cukup dengan perasaan mengadu domba beliau tu , boleh pulak bagi number phone suruh aku text beliau . ohh tidak la cik abang oi , awak datang dari planet abad keberapa pun saye tak tau tetiba datang sergah bagu number phone . grr . rasa nak tendang tendang je muka beliau sebab ganggu aku nak update belog . **see , dah terbukti lagi bahawa aku memang insan yang baik dan mulia . hoho . nama beliau aku tak tunjuk cukup la setakat nama manja beliau yang apiz tu , muka beliau aku tak tunjuk , num phone beliau yang beliau sendiri bagi tu pun aku tak tunjuk . hiii .

Err , rasanya malam ni aku betul betul ketandusan idea , mulut aku pun dah lenguh asik menganga nganga macam buaya sebab dok menguap tak berenti . huu . so entry kali ni sangat lah pendek kontot singkat . hihi babai semua !

psstt ! nantikan perubahan baru dalam belog Si Payung Kembang :)

0 0 Si pengomen yang comel :):