post 18

Assalamualaikum :)

Wahh . harini aku mengepost post aku yang ke 18 berteman kan angin yang menerbang langsir kat tepi aku ni serta aku rasa mampu untuk mengeringkan baju baju aku yang tersidai dengan sopannya kat belakang tuu sambil memekak kan telinga dengan menyumbatkan earphone kat sepasang telinga aku yang comel dan besar ni dan mendengar lagu Impossible by Shontelle :)

Actually post ni sepatutnya aku post semalam , tapi disebabkan malam tadi aku penat tahap unta dan mata aku pun dah sepet macam amoi dan aku jalan pun dan macam zombi jadi niat aku untuk mengepost post ni pun terpaksa ditunda ditangguh dibatal dan dicancelkan . well , korang kena la paham , dalam hidup aku ni ada satu motto je , TIDUR LAGI PENTING DARI SEGALANYA . contohilah aku ye . hee . insyaAllah cerah masa depan korang :D

Semalam takda la benda special jadi pun dalam hidup aku . macam biasa je , bangun lambat . hihi . pukul 12 tengahari . teruknya arikal ! tu pun sebab ibu tepekik kat luar tu , ' ikaaaaaaaaa ! bangun ! pukul berapa nak bangun ? ! hang ni kalau tak dikejut tak bangun ! hishhh ' begitulah cara cara ibu aku memekik hari hari . huhu . bukak bukak je mata tangan terus teraba raba atas katil ni ** nasib baik katil ni tak hidup , kalau hidup mau aku kena tendang sepak terajang dengan dia asik main raba raba je . huhu . aku raba carik handphone aku je . bukan nak amik kesempatan kat katil tu . yihh . tengok tengok je phone banyak gila misscall dari Capital A aku . hihi . sapa Capital A tu ekk ? ehek ehek , takda sapa pun yang tahu siapa dia . maybe penghuni hati aku yang baru kott pengganti cik paku tuu :') hihi . Capital A ni hari hari kejut aku bangun tidur . aku cuba nak bangun tidur lagi awal dari dia dan kejut dia pulak , tapi aku asyik kalah je =.=' nampak sangat arikal ni teruk . malu la sikit arikal !

Lepas text Capital A tu bagitahu dia yang aku baru je celik mata aku pun terus la jalan macam cina mabuk todi menuju ke kamar mandi . acewahh , ayat aku skema gila . huhu . aku pun terus biar badan aku ni disirami air shower yang sejuk gila tu , adehhh , lupa lagi pasang water heater . lepas dah kena air tu dan badan aku pun vibrate semacam je , nafsu aku nak basuh bilik air ni tetiba je naik . sampai tak dapat kawal . hihi . aku pun terus lah simbah lantai bilik air aku ni dengan pencuci serbaguna carrefour 'perisa' lavender . heee , harum semerbak tempat berkubang aku ni . lepas tu aku pun syampu syampu rambut aku yang dah bertukar warna lepas SPM dengan rejoice rich , sental sental badan aku dengan lifebuoy merah , tenyeh tenyeh gigi gigi aku yang besar besar belaka ni dengan benda berbulu bulu tu yakni berus gigi atau pun omputih panggil toothbrush sambil guna toothpaste mu'min , dijamin halal :) lepas tu belai belai muka aku yang kasar serupa dengan berus lantai ni dengan menggunakan pencuci muka alaisyah , alaaa , yang pinky pinky tu baju dia . hee .

Lepas dah selesai semua aktivi aku dalam kamar mandi aku tu aku pun keluar . aku simple je pakai kalau duk rumah , cukup la suar pendek hawaii aku yang bunga bunga dia meriah gila tu dengan tshirt biasa , tak perlu nak lelawo , takut kang bangla tukang sapu tu mengorat . HAhA . pastu bukak pintu dan dapur sebagai destinasi pertama . heee , anak anak cacing dalam perut aku ni dan berkaraoke macam macam lagu dah sebab beliau lapar . aku pun makan la mihun goreng yang mak aku dah goreng tu . aku tanya la kat ibu ' bu , ayah mana bu , tak nampak pun , keluar ke ?'  ibu pun jawab , ' ayah hang bangun awai awai lagi nak pi bentong ikut cik wan tengok project langsir depa tu la , tu la hang , orang lain dah pi jalan merata hang baru nak bangun , anak dara apa la ni ' see , soalan aku pendek dan kontot je , tapi jawapan ibu berjela jela =.='

Lepas tu ibu suruh masak , huuu . aku kan sekarang jadi fulltime bibik kat rumah sendiri . macam macam kerja ibu aku take over , takpela kan , tolong ibu , at least tambah jugak pahala aku yang kekurangan ni . hihi . ibu suruh masak sambal sotong or sambal ikan masin . tapi tak jadi pulak masak sebab ayah call kata dah makan kat luar . hee . alhamdulilah , lega hati aku . pastu aku text Capital A cakap tak jadi masak so boleh text text . tak sampai beberapa saat beliau terus call and cakap beliau nak keluar pergi carrefour beli barang . huu . tak boleh text text dengan dia . tak pe la , pergi lah dulu . kite tunggu awak kat rumah . hihi .

Apalagi kan , sebagai calon SPM yang dah lama tamat SPM , aku pun online la sebab dah tak perlu lagi bermanja manja dengan buku buku atau pun benda benda yang sewaktu dengannya tuu . online punya online sampai la aku bosan and tak tahu nak buat apa . huu . macam orang bangang je temenung lappy aku yang tak berapa nak cun ni =.= nak text dengan Capital A , pun dia keluar , aku taknak ganggu privacy dia . hee . see , untung tau sape jadi boyfriend aku . aku seorang yang memahami . HAHA . lepas tu aku main game Mayan Maze . huu . bosan gila game tu , dah berapa kali khatam aku tetap main jugak sebab aku dah tak tau nak buang masa dengan aktiviti apa . huhu . lepas tu ayah balik . aku pun apa lagi , berlari lari mendapat kan ayah , hee . sebenarnya bukan nak buat apa pun , nak tengok kut kut ayah ada bawak balik apa apa untuk anak kesayagan beliau ni . hoho . nahhhh , paper metro dengan goreng pisang je =.=' huuu , bersyukur lah arikal apa adanya :P

Lepastu macam biasa la , pergi menenyeh nenyeh kat ayah , ' ayahh , jom la keluar nakk , dah lama tak shopping ni , kita pergi la jusco ke , klcc ke , ada sale ni yahhh , jom la jom la ' **padahal minggu lepas dah shopping ! shopping je kau ingat kan , menghabiskan duit mak bapak tu la hobi kau . tapi nak buat macam mana dah hobi aku cenggitu . ibu ayah kena redhala . hihi . ayah pun senyap dua tiga jam **lepas aku tanya tu ayah terus tidur ! citt , hampeh betul . sabar arikal . teruskan usaha membodek . ngee ~ lepas tu ayah pun bangun . dengan mata terpejam tu ayah panggil , ' ika , ika buat apa tu ? ' seraya aku membalas ' tengah online fesbuk yahh ' ** sambil menari nari depan ayah dan buat muka mengada ngada ' pi mandi , jom keluar ' aku pun menjerit sambil terlompat lompat , masyaAllah arikal , teruknya kau , macam beruk  =.='

Dah ayah pun dah seru aku untuk mandi , aku pun macam biasa la , ghairah nak shopping punya pasal , mandi pun ala ala kambing kat kampung je , cukupla sekadar rambut basah . huwa huwa huwa . tak senonoh arikal ni sebenarnya . lepas tu keluar aku sebat minyak wangi ibu , heee . suku botol aku guna . aku pun naik pitam dengan bau dia yang menusuk kalbu . agak agak kalau lalu sebelah kuda , mau dia tendang aku terus . huhu . macam biasa la , report dulu kat Capital A yang aku nak keluar . heee . aku ajak ayah pegi parkson , sebab tengah sale kan . huhu . ayah pun ajak pegu jusco wangsa maju . aku cakap la kat ayah ' JJ wangsa maju tu mana ada parkson la ayah ' ayah balas , ' adala , hari tu kita pergi tu parkson la ' aku balas lagi , ' takdaaaa , tu jusco la , bukan parkson ' ayah balas lagi , ' adalaaaa , ayah tahu la . tak percaya tengok la sat lagi ' . geram betul cakap dengan ayah , degil ! nak menang je keje . grr ! sama macam aku . huhu . macam peribahasa omputih tuuu , tapi aku ubah siket , like daughter like father . heee .

Then lepas sampai je JJ wangsa maju tu , ayah pun berjalan dengan semangat berkobar kobar beliau nak tunjukkan kebenaran . tapi , ayah kecewa gila sebab dia SALAH . haha . sian ayah , tu laaa , lain kali , cakap anak ni kena la dengar sekali sekala . kan dah bazir minyak datang sini . ayah pun senyap jela , dan terpaksa la dengar bebelan aku ni . hihi . kesian kesian :P

Lepas dah salah tu , ayah pun bawak aku pegi the mall . haaaa . kat sini memang sure sure ada parkson sebab dah salu pegi . huhu . akhirnya , dapat jugak aku shopping . waaa . mood aku harini , rasa macam nak cari baju yang ala ala pegi office tu . senang cerita kemeja . hee . so , ini je la yang aku dapat :)


first , pinky pinky . heee

second , cream :)

tu je la yang aku dapat , heee . waitt , tengok perut aku dalam gambar diatas , macam pregnant =.=' . huhu . ehh , ada satu lagi satu baju lahhh , lupa pulak nak amik gambar dengan baju tuu . kesian dia . yang tu tak sempat amik gambar sebab tak test pun , terus kaut je . huu . so aku dapat 3 helai . heee . lepas tu terus balik rumah tengok tv . huuu .

Sambil tengok tv sambil text text dengan Capital A . OMG , I'm in love with you . heee . dia text cakap dia kat area rumah aku and dia nak jumpa kejap . huh , aku tengok jam dah pukul 10.30 . waaaa . dah lambat . takut nanti para para jiran nampak , lain pulak dia pikir kan . so tak jadi lah jumpa . kasihan beliau . dah la aku rindu beliau . lama takk jumpa weyyy . masa last paper bio aku tu dapat jumpa kejap je . adala dalam seminit dua macam tu je kot . huu . tu la dating paling singkat dalam hidup aku . dah la muka aku dengan selebetnya jumpa dia , maklumla , stress lepas jawab bio . huhu . bila dikenang balik , ya Allah ! malunya akuuu ! dia datang sekolah tu actually nak amik senarai buku untuk adik dia . dia kata lah macam tu , tapi aku rasa dia datang tu nak jumpa aku . ngeh ngeh . arikal perasan :P

okay okay , dah habis dah entry aku untuk harini . sian korang kena membuntang kan mata baca blog aku ni . hee . babai and Assalamualaikum :)

2 0 Si pengomen yang comel :):

Nas said...

Hi , nice blog . Mind to follow me back ? i'd really appreciate it .

Arikal Razali said...

yeah , sudah follow :)