post 17


Assalamulaikum . masa korang bukak je blog aku ni mesti korang pelik en . mesti dalam benak pikiran korang pikir macam macam soalan , ni ke arikal si payung kembang tuu ? mak aihh , sejak bila beliau jadi comel begini ? sejak bila beliau berrtudung ? sejak bila beliau kurus ? bagus , soalan yang bijak dan bernas . jawapannya , ni memang bukan aku , aku memang takkan pernah jadi secomel beliau yang dalam gambar diatas , aku belum dapat seru lagi untuk bertudung seperti beliau diatas , aku tak tau bila aku akan jadi seperti beliau diatas . HUHU .

Makcik kat atas tuu kawan aku la nyahhh . nama dia Nurul Nabila a.k.a Bella Belle. tapi sekarang dia dah pindah . hurmmm . dia dah tinggalkan aku :'(

Weyh , kenapa kau pindah cepat sangat haa ? aku baru je nak kawan dengan kau , tak sampai lagi setahun kita kawan , kau dah nak tinggalkan aku . aku suka kawan dengan kau . aku suka sangat sebab kau ni weng sama macam aku dan kau lah sorang sorangnya member aku yang tahu segalanya pasal aku . baik hal rumah tangga aku , hal baju aku , hal seluar aku , hal dalam bilik aku semua aku cerita kat kau . kau tau tak , kalau aku suka sesapa pun , kau lah orang pertama yang aku bagitau . kalau aku sedih kau la orang pertama yang aku peluk , kau lah orang pertama yang aku cari untuk jadi recorder aku . lepas ni aku nak cerita kat sapa pulak ?

kau tak kesian ke tinggalkan aku dengan yusra je ? kitorang rindu kau sangat sangat . kau ingat tak masa aku keluar dengan yusra pergi MidValley tu ? masa kitorang keluar tu kan yusra ada call kau . kebetulan pulak masa panggilan ke semua rangkaian hot tiket dia tu punya la banyak lagi . tu la yang boleh call kau kejap . kau tau tak , masa yusra bagi je phone dekat aku suruh cakap dengan kau , airmata aku dah menitik . uwaaaaa ! aku rindu kau bella belle . rindu nak peluk kau lama lama .

kau ingat tak masa HEARTLESS lepak sama sama lepas SPM tu ? **HEARTLESS tu nama gang kitorang okay . lama gila unta kita lepak sama sama satu gang . daripada petang kita habis exam tu , sampai la hari kau nak pergi tinggalkan kitorang semua . wuuuuu , aku tak mampu menanggung kesedihan masa aku taip ayat tu . kita semua berkepit je sama sama . petang tu ibu aku ada buat makan makan untuk kau . ibu buat kek coklat yang kau suka tu special untuk kau . kau suka kan kek tu . hampir separuh dari kek tu kau yang makan . fuhhh , memang kebulur betul kau kan . hehe . tapi takpa , aku bahagia tengok kau makan , comel sangat rasa nak tendang tendang muka kau yang comel tuuu :')

Lepas dah habis melantak dan memboncetkan perut korang kat rumah aku tu , kita semua buat lawatan sambil melepak ke rumah yusra pulakkan . kita lepak kat situ lama gila kan . lepas tu pukul 10.30 kita semua keluar pergi uptown setiawangsa yang memang bosan dia tahap infinity =.=' menyesal aku ajak datang lepak sini . abang yusra yang kacak bergaya serta hot rentung tu yang tolong hantar kan . waaa , first time aku dapat keluar malam dengan member aku . ghairah gila :D see , mak aku bagi aku keluar malam dengan HEARTLESS je tau . lepas pergi uptown tu kita makan McD sama sama kan . aku beli Double Cheese Burger , yusra beli Big Mac dengan dua Happy Meal . hehe . yusra makan nafsu macam kuda . eh eh , tak tak , happy meal tu untuk adik dia Ainin and Izyan . lepas tu kau dengan jalil beli Spicy Chicken McDeluxe and burger apa jalil makan ? aku lupa la . huhu . lepas tu kita balik kita sambung lepak kat rumah yusra kan . lama betul kita lepak kan sampai kul 2 pagi heh ? itu pun sebab jalil kena balik sebab ada hal . kalau tak aku rasa mesti pagi esok tu semua mengantuk tahap unta sampai jadi zombi . huhu .

lepas tu lagi , ingat takk masa kita tidur malam tu ? aku dengan kau tidur atas katil . yusra dengan nin tidur bawah . huhu , kesian dorangg . well , kita kan tetamu , kena la tidur atas kan . hihi . aku nak mintak ampun sangat sangat sebab aku rasa malam tu aku mimpi aku tengah wrestling dengan monster mana entah . lepas tu aku pegi ketuk kepala kau dengan speed yang maksimum . lepas tu kau marah aku . huhu . lepas tu esoknya tu aku bangun tidur terus aku tanya kau , lepas tu kau cakap mana ada kau pukul aku la . entah entah kau pukul 'benda' lain . grrr ! kuda kau bella . saja nak cuak an aku . nasib baik dah siang , kalau tak mau aku gi turun tidur dengan yusra . huhu .

kau ingat tak masa HEARTLESS keluar jenjalan tu ? aku tau kau takkan pernah lupa sebab tu la kali terakhir kita keluar sama sama . lama gila kita keluar . dari pagi sampai malam . memang masa balik tu aku jalan tekangkang macam baru lepas buat apa je sebab lenguh kaki . huhu . pagi pagi lagi jalil dah datang rumah yusra . kita breakfast sama sama . mama yusra buat lempeng goreng . sedap kan . lepas tu mama yusra hantar HEARTLESS pergi lrt . hee . kita pun menapak la dari klcc tu pergi pavilion . kita tengok movie ngangkung . wahaha . tiket wayang jalil yang support 100% . best gila . i will miss this moment . beli air orange share 4 orang . gila kedekut tahap unta . HAHA . lepas tu teman jalil beli xperia baru dia tu . huhu . kat kedai sony ericsson tu jugak lah aku dengan yusra janji nak kerja sama sama lepas tu nak beli phone kat kedai yang sama . huhu . 

kau ingat tak yang HEARTLESS menapak jauh gila kerbau sebab nak pegi times square tu ? huhu . laki kau la ni bwak ikut jalan jauh , semua jalan dia redah dari gelap ke terang dari takda orang ke orang ramai , semua dia bawak . jauh gilaaa , lepastu kau dengan jalil jalan punya la laju . aku dengan yusra kat belakang ni dah rasa macam nak terbang je . dugaan dugaan . pastu masa dah sampai TS tu sibuk cari surau pulak tak jumpa . haihh , masa masa gawat macam ni la surau tu nak main sorok sorok . huhu . then after 10 minutes jumpa jugak surau . kitorang semua mengabdikan diri dulu kepada yang Maha Esa . lepas solat tu anak anak cacing yang dalam perut tu semua tak tepekik pekik mintak makanan . apa lagi , kita semua serang McD lagi . grr . aku dah la gemuk , hari hari makan McD . sapa yang bagi cadangan nak makan McD ni ? **sebenarnya aku yang bagi cadangan . huhu . lepas makan tu kita shopping pusing satu TS . aku rasa antara kita semua aku yang paling banyak shopping . hehe . tapi yang tak tahan tu jalil pulak yang kena pegang an barang aku . kesian dia . jangan marah eh bella pinjam laki kau . hehe . lepas tu kita semua pun balik . tiket lrt aku dgn yusra , kau ngn jalil yg belanja . hehe .

aku nak tanya kau ni . kenapa kau menangis lepas kita turun lrt tu ? kau tau tak masa kau nangis tu aku dah cuak . aku risau gila babun . aku yang pegi peluk kau , pujuk kau . jalil punya pujuk kau jangan cakap la macam mana kan . macam pujuk puteri kayangan turun ke bumi . msa ayah aku dah sampai pun kau still menangis lagi . ayah aku pulak boleh buat lawak yang tak berapa lawak sebab dia tengok kau dah menangis . jalil lak muka dah stok mintak kaki . aku dengan yusra asyik main main mata sebab risau kan kau yang asyik menyedut hingus kau tuu .

weyh , kau ingat lagi tak masa hari jumaat tu . hari kau dah nak pergi . aku mintak maaf sebab datang rumah kau lambat . aku tunggu yusra siap an hadiah untuk kau la . heee . dia pergi petik bintang kat atas langit tau untuk hadia kau tu . susah payah dia naik ke langit dengan nin nak petik bintang bintang tu . aku ingat lagi yang aku bawakkan kek coklat feberet kau tu . kau amek banyak gila . suka betul kau dengan kek coklat mak aku . hee . lepas tu kita makan mee kari yang mak kau masak tu . aku rindu masa kau layan aku macam anak kau . uwaa . kau amek an ayam kat aku . sumpah aku rindu kau manjakan aku macam tu . aku rindu gila nak mengada ngada dengan kau .

Kau tau tak , masa last kau peluk aku tu , aku nangis kuat sangat kan . hampir meraung kot , tapi aku tahan , kontrol kontrol sebab adik kau yang comel tu ada . hihi . aku peluk kau lama kan . macam macam pesanan ringkas aku bagi . kau pun nangis siap bagi hingus lagi kat baju aku . huu . takpe takpe , hingus kau amat bermakna pada aku . jalil pun tahan je sedih . tapi aku bangga dengan yusra . sebab dia gagah perkasa gila ! dia tak nangis pun . dia tahan je nangis tu . aku sedih tengok muka jalil masa keta kau dah pergi tu , kesian dia . airmata dia mengalir je . lepas tu dia terus blah and tak cakap apa apa pun kat aku dengan yusra . dia bawak motor laju gila :'(

pastu aku baru je nak start motor tengok tengok kau patah baik . hik hik . pastu ayah kau keluar dari kereta . kau pun keluar jugak . kau cakap ayah kau terlupa tutup air . laaaa . macam macam hal , tapi takpala . boleh aku sembang lagi dengan kau . hihi . kita pun borak borak , macam macam pesan kau tinggal . penat aku dengar . pastu aku tengok ayah kau turun balik . kau pun dah nak pergi la kat kereta sambil airmata mengalir tu , pastu ayah kau jerit ' kunci rumahnya mane ? ! ' haha . sumpah ayah kau buat lawak . aku dah gelak gelak . nasib tak gelak guling guling je sebab jalan basah en time tu . huhu . lepas tu kita sambung borak . tak lama lepas tu ayah kau pun turun . huuu . babai bella belle . I WILL MISS YOU . bila rindu aku ingat cara aku bersin okay . hehe .

yang besar tu jari aku , yang kecik tenonet tu kaki bella :)

aku demam masa ni , bella yang jaga aku masa kat tusyen :)

bella geram ngan aku . hihi . miss this :')

sopan gila kitorang . hihi :D

masa masa keboringan :)

bila aku rindu kau , aku akan tenung benda benda ni <3

BELLA , aku akan rindu semua kenangan pahit manis kita sama dulu . hee . ILOVEYOUBESTIE <3

lagu untuk kau bella , Sahabat by Aizat
   With love + tears , ARIKAL RAZALI :')

0 0 Si pengomen yang comel :):