post 14

Assalamualaikum dan selamat petang kawan kawan :)

Dipetang yang bising ditemani bunyi air hujan yang tertempias kat tingkap aku ni , aku rasa sayu bila kenangkan dosa aku kat ibu ayah , dosa aku kat kawan kawan aku , dosa kat cikgu cikgu aku . uwaaaaaaaaaaaaa ! baru tulis sikit , airmata dah tup tap tup tap jatuh menitik nitik atas keyboard ni , disertai dengan hingus yang cair **eiiii , arikal pengotor !

Dah dah cukup , aku malas nak merepek meraban panjang panjang , aku cuma nak elaborate kan cerita tentang agenda aku mengepost entry untuk harini :) hayati lah surat cinta aku untuk semua yaa :')

Dear my parents my friends my loves my teachers ,

Ibu ayah , ika mintak ampun mintak maaf atas segala salah silap ika . ika tau kata kata ika selalu macam menyakitkan hati . huuu . tapi niat ika nak bergurau jee . ibu ayah , ika dah burusaha untuk bagi kejayann untuk ibu ayah , insyaAllah ika akan balas jasa ibu ayah dengan bagi banyak A dalam spm tahun ni :'( insyaAllah ibu ayah dengan izin Allah . terima kasih sebab ibu ayah dah banyak habis kan duit untuk ika bayar yuran sekolah , bayar tusyen , beli buku yang rujukan yang mahal mahal , beli pen yang selau habis ink , pensel yang selalu hilang , pemadam yang selau orang kebas , pembaris , bayar bil handphone ika yang selalu ika main msg . terima kasih banyakk banyakk .

Kawan kawan , aku ingin memohon bertridion berbillion bermillon berjuta beribu beratus berpuluh kemaafan atas semua salah aku kat korang korang dan korang . dosa aku kat korang terlalu banyak even aku baru kenal korang . ye la kan , mana la tau andai gurauan aku buat hati korang merana meraung meronta menjerit , kata kata aku buat hati korang sakit sedih pecah terasa terluka terhiris , tabiat aku yang buat kan menyampah geli sampai rasa nak sepak sepak aku ke apa , kadang aku terjeling kat korang ke apa , aku tak balas senyuman korang ke , bukan aku taknak balas senyuman korang tu cuma aku memang tak nampak yang korang senyum kat aku sebab aku kan rabunnn . aku mintak maaf dari hujung bulu bulu aku ni sampai la urat urat otot otot dalam badan aku ni haa . aku harap korang boleh maafkan aku .

Teman teman , tak lupa jugak untuk korang korang korang dan korang yang pernah jadi kamus dewan bahasa dan pustaka , korang yang pernah jadi calculator aku , korang yang penah jadi kaunselor aku , korang yang pernah menjadi joker disaat aku megalami masalah tekanan jiwa yang melampau , korang yang dah banyak berhabis duit bagi kat aku 20sen untuk aku call ibu aku , maafkan aku sebab aku betul betul lupa bawak duit syilingg ! korang yang dah banyak bagi aku rasa nasik goreng korang , mee goreng korang , maggi goreng korang , kuih muih korang , air mineral korang . terima kasih sangat sangat !

Guru guru , terima kasih tak pernah kenal erti penat ajar aku ibarat mengajar ikan bercakap yang memang lambat pick-up atau kata pasar nya LAMPI . cikgu tak penah pun bersungut . untuk cikgu add math aku , terima kasih sebab banyak bagi soalan untuk saya buat walaupun saya tak penah buat . untuk cikgu bahasa melayu aku , terima kasih sebab banyak mengajar saya untuk buat ayat yang bombastik untuk SPM minggu depan . untuk teacher bahasa inggeris aku yang sekarang sedang menunai kan haji , thanks a lot teacher ! teacher banyak bagi ceramah percuma untuk kami semua yang sebenarnya kami jarang nak dengar . untuk cikgu maths aku , terima kasih sebab banyak bersabar dengan saya yang banyak cakap di belakang ketika cikgu sedang bercakap didepan . untuk ustazah aku , terima kasih sebab banyak tibai saya dengan hanger sebab tak penah penah hafal hafazan . untuk cikgu chemistry aku , terima kasih sebab tak pernah muak muak tanda kertas saya yang tak pernah lulus tuuu , tapi alhamdulillah trial punya lulus . hik hik . saya tau cikgu mesti bangga en en en . hehe . untuk cikgu biology aku , terima kasih sebab banyak bertanya sama ada saya paham ke tak cikgu ajar walaupun kadang kadang saya memang tak paham sebenarnya sebab cikgu campur bahasa , bahasa inggeris + kelantan = syntax error . HAHa . untuk cikgu physics aku , terima kasih sebab banyak mengajar saya dan terima kasih juga sebab banyak bersabar dengan karenah saya yang kalau ponteng tak suka bagi surat . untuk cikgu sejarah aku , terima kasih banyak banyak sebab banyak kena kan saya =.=' terima kasih jugak sebab banyak menjerit jerit dalam kelas untuk mengelakkan saya membuta dalam kelas . hehe . tak lupa jugak untuk cikgu sivik aku , walaupun cikgu jarang masuk kelas , tapi terima kasih jugak sebab berikan aku masa untuk tidur sebentar . dan yang terakhir untuk cikgu pendidikan jasmani aku , terima kasih cikgu sebab bagi peluang untuk saya dan kawan kawan main bola beracun sehingga tepekik telolong macam beruk .

**entry kali ni aku tujukan khas buat :-

1 . ibu dan ayah 
     - encik mohd razali bin mat isa
     - puan mariam bt bakar
2 . kawan kawan 

     - 4 einstein 2009 (smkbs)
     - 5 cekal 2010 (smkdtho)
     - semua rakan rakan yang mengenali insan yang gemuk ini
3 . cikgu cikgu
     - cikgu lama kat smkbs tuu
     - cikgu add maths , puan hasira
     - cikgu bahasa melayu , puan nik arniyuhasbi
     - teacher bahasa inggeris , puan norasyikin zainudin
     - cikgu maths , puan rosmislia
     - ustazah agama , puan norzida
     - cikgu chemistry , cik norasyikin ghazali
     - cikgu biology , puan niknormala
     - cikgu physics , puan eleena surliana
     - cikgu sejarah , puan manjalara
     - cikgu sivik , encik haizir
     - cikgu pendidikan jasmani , puan sharifah saliza

2 0 Si pengomen yang comel :):

Izzaty Iskandar said...

i love you lah :D

Noor Arikal Mohd Razali said...

i love you too lahh :)