post 13

Assalamualaikum serta selamat sejahtera disertai dengan hai babyy :D

SIJIL PELAJARAN MAUT dah makin dekat ! grr .

23 november until 8 disember aku dan rakan sekelas ku akan berusaha memerah otak memulas perut mengembang hidung menonggeng dan berguling guling untuk menghadapai peperiksaan :-

1 . bahasa melayu kertas 1 & 2
2 . bahasa inggeris kertas 1 & 2
3 . mathematics kertas 1 & 2
4 . pendidikan islam kertas 1 & 2
5 . sejarah kertas 1 & 2
6 . additional mathematics kertas 1 & 2
7 . chemistry kertas 1 , 2 & 3
8 . physics kertas 1 , 2 & 3
9 . biology kertas 1 , 2 & 3

yang menentukan sama ada kitorang akan jadi manusia yang berbakti kepada negara sebagai seorang yang berjaya atau menjadi perosak negara kerana menjadi penganggur terhebat di abad ni . aku nak semua dapat straight A , insyaAllah . takisah la A+ ke A ke A- ke , yang penting A ! yeahh , chaiyokk chaiyokkkk . lepas TAMAT je 8 disember tuuu , agenda aku yang pertama ialah :-

1 . balik jalan kaki dengan farahh , nabila , yusra and ane sambil lompat lompat and nyanyi
2 . sampai je rumah , naik lif tekan loceng rumah fatihah dan berkata ' a ah , kite dah habis exam ' **sambil melempar senyuman yang paling kejam . MUAHAHA
3 . melantak banyak banyakk banyakk dengan penuh benafsu **sebab lepas habis SPM ayah suruh diet sebab kalau ada rezeki dan kehendak Allah , ayah aku nak campak aku masuk UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
4 . bukak baju solat semua then aim aku yang pertama , HIBERNASI . hehe . **alaa , yang tidur lama lama macam beruang kutub tu , kan comel sikit . hehe
5 . pagi esok baru bangun sebab nak keluar dengan member member kelas :) 5 CEKAL 2010
6 . keluar tengokk movie dan melakukan segala aktiviti yang tertangguh tuu
7 . cari kerja , dapat duit  buat surprise untuk anniversary ibu ayah yang ke-22 tahun :)

ya Allah ya Tuhanku , jauhkan la aku dari gelaran penganggur terhormat di antara benua . aku mahu jadi orang yang berjaya ! aku nak buat benda benda ni kat ibu ayah aku benda benda ni :-

1 . bawak pegi buat haji dulu . penting tuuu
2 . rumah besar gila lembu complete semua benda ada kat rumah tu
3 . beli kereta idaman ayah dan ibu , sorang satu okay
4 . beli barang dapur yang mahal mahal and stainless steel untuk ibu yan sukaaa sangt masakk
5 . senang cerita apa yang ibu and ayah aku nak aku akan bagi , InsyaAllah dengan keizinan-Nya

Disebabkan SIJIL PELAJARAN MAUT dah makin dekat , seminar saat akhir pun makin banyak . jadual penuh sangat . dari pagi sampai petangggg . duduk mana mana pun aku tetap baca apa yang ada kat buku tu even cuma tengok seimbas lalu je **walaupun di ali maju ataupun pakya . penat gila lembu , tapi takpa la kan . demi dikau SIJIL PELAJARAN MAUT ku sanggup melakukan mengorbankan membazirkan segala galanya . acewahhh . aku dah berusaha semampu dan seupaya aku untuk hadiah kan kejayaan untuk ibu ayah aku , dah cukup nak bagi ibu ayah peluk aku sambil nangis nangis sebab aku dapat banyak A untuk SIJIL PELAJARAN MAUT ni , nak sangat macam dalam tv tu , bila cikgu panggil nama aku bulan tiga tahun depan aku dapat straight A and melombat berbangga kat situ sambil airmata mencurah curah macam air pancut kat KLCC tuuuu , lepas tu disertai tepukan gemuruh dari kawan kawan aku . lepas tu cikgu asyik sebut nama aku walau dimana jua beliau berada . tu je aim aku untuk tahun ni . *aku sebak doe masa tulis benda ni . even time ni background musicnya lagu chicken dance .

**arikalllll , please stop it ! tamo emo emo lagi . nanti kau nangis mata semua bengkak bengkak macam ultraman . TUTUP CERITA !

-------------------------------------------------------------------

harini aku betul betul tak tahu la kenapa aku emo semacam je . aku dah cuba tamo emo , tapi emo tu tetap nak meguasai minda jiwa otak perut jantung dan semua internal organ aku . kenapa weyy ? happy masa makan je , lepas dah kenyang sambung balik emosi aku yang tengah condong senget raph dan rangup ni . grr . masalah betul

pagi tadi ada seminar biology kat ilmu studio dari pukul 9 sampai 2 . aku duduk dengan yarn and baqis . masa tu okayy je . tapi mengantuk nya jangan cakap la kan macam mana . sebab tajuk form 4 punya bosan gaban ! lepas rehat lepas dah buang segala bahan cernaan dan menambah kembali lemak lemak tepu aku ni , seminar pun sambung la . masuk bab bab form 5 punya pulakk . warghhh , best sikit ! act bukan sikit la , banyakkkk . sebab mood mengantuk aku terus balik rumah dia tak datang datang dah . well , bab form 5 kan banyak yang kanak kanak bawah umur tak boleh dengar . hehe . besttt ! awww . tapi kengkadang macam rimas pulak sebab cikgu tu terlampau OVER mengucapkan kata kata 18SX dia tu . sambil dengar seminar tu aku text la cik paku mengadu segala galanya tentang cikgu ni . lepas tu tak tau la macam mana boleh tergaduh pulakkk semata mata kerana blog dia =.=' terus hilang mood ! nasib baik seminar dah nak habis lagi 5 minit . kalau tak memang sia sia aku pergi seminar tu .

lepas dah habis seminar ayah kata nak beli ABC sebab dia mengidam . huhu . lepas tu dia nak beli ayam tandoori pulak =.=' adehh ayahh , mana tak boncet perut tu , lepas tu bising ' perut ayah ni ayah rasa makin besar lah ' , ' ehh , kenapa seluar ni macam ketat je ' grr . dah makan banyakk , macam mana nak longgar seluar tu . okayyy lepas ayah dah habis shopping bahan bahan yang megetatkan lagi seluar beliau tu , aku pun jadi minah rempit dengan ayah . huhu . ayah bawak motor lajuuu . lepas 3 minit terus sampai rumahh . aku terus bukak seluar pakai short je senang nak mengangkang , haha . kemudian aku menuju ke meja makan dalam keadaan yang serabai dan penuh nafsu . huhu . ibu cakap harini ibu relax , ayah yang masak semua . wahhhh , harini ayah jadi suri rumah suku hari . hehe . ayah masak semua menu yang agak pelik tapi sedap ! nasi goreng rebung yang bau dia masa aku kat pintu rumah lagi dah boleh bau . makan melantak melahap dengan rakusnya lepas tu tolong ibu basuh pinggan .

lepas dah kenyang lepak jap dengan ibu ayahhh , lepas tu masuk bilik online facebook . heee . bosan , sakit hati , jeles semua ada dalam hati ni bila online . grr . lepas dah bosan online semua siap siap pergi rumah yusra , lepakkkk-ing  . heee . dengar dengar lagu gelak gelak apa semua . lepas tu cik paku hantar text yang betul buat hati jantung paru paru usus buah pinggang aku terasa sampai aku menangis :'( tup tap tup tap air mata aku mengalir mambasahi pipi disertai pujukan poleh yusra , nabila dan jalil . huu . cermin habis pecah aku patah an , tangan berdarah . gila kan aku . to jalil si bf nabila , thanks buat aku gelak lagi , kau memang joker doeee :D

lepas tu aku pun balik dan menternak ladang najis mata , lepas bangun mandi terus melantak buta kali keberapa entah untuk harini . huhu . lepas tu update bloggg aku yang agak lama tak terusik tersentuh ni . huuu . dah la , penat dah aku perah idea nak update ni , entry kali ni macam tak berapa best sikit . maklumla , emosi sedang mengalami masalah teknikal .

**selamat malam :) nak study sambil bukak inbox dan baca text yang cik paku hantar :')

0 0 Si pengomen yang comel :):