post 12

Assalamualaikum dan Selamat pagi korang ! *dengan nada bagi salam dekat cikgu ye anak anak

Warghh . harini sungguh penat sekali . mengapa ya ? badan aku yang ala ala dugong mengandung ni habeh lenguh lenguh *time ni berangan kalau la aku kaya boleh pegi spa . wahhh . nikmat siott . grr arikal stop dreaming . okayy , kembali kepada topik asal MENGAPA PENAT .

First , aku nak mulakan kisah merepek meraban aku ni masa kat sekolah . hurmm . apa jadi ? pagi pagi datang sekolah terus menuju ke kantin nak bagi anak anak cacing dalam perut aku ni melantak dulu . yeahh , aku beli kuih yang aku tak dapat kesan sampai sekarang apa nama saintifiknya . alaaa , kuih tu macam ada sosej yang memang dia hiris gila lembu punya nipis lepas tu dia balut sosej yang gila lembu punya nipis tu dengan tepung . tu jela . pastu dia goreng . sedap la jugak . cacing ternakan aku suka .

Lepas tu pegi beratur macam kambing ramai ramai . baru aku perasan yang suasana kat sekolah harini agak kelam kabut . kenapa wey ? kenapa ? kenapa ? okayy , lepas dah beratur macam kambing tu dengar cikgu membebel apa semua lepas tu nyanyi lagu negaraku macam biasa . lepas tu ada lagi announcement , 'ATTENTION TO ALL FORM 5 AND UPPER 6 STUDENT . PLEASE STAY AFTER THIS ASSEMBLY' yeahh , shoot man . I hate it . grr . kitorang semua pun muka macam siput sedut je dengar cikgu beleter and dengar taklimat apa entah yang aku pun tak berapa nak paham sangat . but something yang ada kena mengena dengan nak masuk universiti nanti la . huhu . well , I'm going to leave this 'HELL' . muahahaha .

lepas dah habis dengar taklimat tu semua pun beredar la . harini subject first pendidikan membakar lemak its mean PJK lahh . walaupun SPM betul betul dah diambang senja , PJK tetap TIDAK dilupakan . aku main badminton dengan Yusra and Bella . mula mula nk main bola beracun tapi dataran budak form 3 conquer la . grr . ajak begado betulll budak budak kecikk ni .

lepas tu tadi kat sekolah selama ni tak penah penah cikgu pasang bacaan yassin kuat kuat guna speaker yang dalam setiap kelas tuuu . memang kuat la kan . yeah , theres something weird in this school . tapi apa ? baru sehari aku serong macam macam benda jadi kat sekolah tu . haihh . daulat ngan aku sekolah tu . haha . lepas tu aku tanya la peahhh , ' weyy , kenapa cikgu pasang ayat quran bebagai tu ? ada benda jadi ke semalam ? ' peahh pun jawab , ' a ah , semalam ada budak form 2 histeria ' . muka aku dah lain macam . eiii , SERAM ! peah cakap budak tu kena dengan 'benda' tu masa kat dalam stor sukan . OMG , pagi tadi baru aku masuk stor sukan tu dengan hati yang gembira sebab nak amik raket and main badminton dengan bella . syukur Alhamdulillah takda apa yang jadi kat aku .

lepas dah habis PJ masa chemistry tapi cikgu takda sebab pergi mana tahhh . lepas tu teacher munira relief . buat latihan BI . lepas tu rehat . yeay ! i heart rehat . heee . lepas habis rehat masa agama . naik naik kelas tengok kat surau , ALAMAKKK ! ustazah dah sampai ! kitorang semua kelam kabut macam apa je . ustazah norzida kira sampai sepuluh , sapa lambat macam biasa kena tibai laaa . huhu . semua lari dah macam beruang . begegar tingkat dua blok B tu . huhu . huu , malang sekali nasib aku . aku tidak berjaya berlari dengan pantas akibat muatan aku terlalu berat . haha . apalagi , ready la nak kena tibaii la . sedap betul kena tibai , enak berkrim =.= lepas tu masa agama pun habis . masa sejarah pulakk , macam biasa , nothing happen . cuma dengar suara cikgu manjalara yang nyaring tu menuturkan kata kata je , lepas tu sambung agama lagi sebab masa sivik kan **sivik tak masuk SPM , takpayah belajar ! huhu . lepas tu masa math , sama macam chemistry , cikgu takda . kitorang satu kelas bincang pasal buat baju kelas . yeahhh , seperti biasa bergaduh bergaduh tarik tarik muka kutuk kutuk belakang muka muka masam mulut mulut bising tak puas hati , semua ada lah masa tu . sesak otak aku . budak kelas takda la ramai pun , tapi bising kalah orang nak beranak =.='

Second , lepas balik sekolah tu seperti yang dirancang oleh aku , yusra and nabila , kitorang nak pergi klcc ! heee. nak pegi maxis center after that lepakk ! hee . katanya nak lepaskan rindu dendam kat klcc tu sebelum SPM , kononnya nak buat inspirasi jawab kertas 1 BM . huhu . jalan jalan kaki pegi lrt about 10 minutes . ni sebahagian dari gambar kitorang :D

ni nama dia cara orang stress berjalan . menundukkan muka sambil kira berapa langkah =.=

ni namanya muka ganster + wanita melayu terakhir

sempat lagi amik gambar masa tengah jalan . semua orang tegah jalan tu usha pelik je =.=' malu wey

penat weyy jalan . menapak jauhhhh *hakikatnya tak la jauh mana , 3km only .

yeahh , yang sentiasa pegang phone dalam setiap gambar tu yusra nama dia
yang muka macam taik cherry berry tu nabila nama dia

yang ini namanya dugong mengandung . tengok beliau , gemuk macam tong .


Akhirnya sampai gak kitorang , tempat pertama yang kitorang tuju , Masjid Asy-Syakirin , KLCC . heee . solat zohor . solat itu penting . ingat ye anak anak :)

waiting for zohor . budak sekolah rendah ramai gila serbu tempat wuduk =.=



after solat ni la keja kitorang . tempat solat perempuan dah lengang , apa lagi . menggedik a . HUHU


okayy , dah lepas solat dah lepas buat pahala semua . muka pun dah bersih dengan wuduk , kitorang terus pergi maxis center tu . yusra ngan bella nak buat apa tah . lepas tu melantakkk ! warghh , anak anak cacing aku dah memekak kelaparan serta kebuluran . menu aku tengahari ni , sizzling chicken yee mee with egg and without mushrooms RM7.50 . awwww . sedap !

see , aku makan pun still senyum . senyum itu sedekahh :)


lepas dah kenyang makan yee mee tu , kitorang beli pulak McDonald Mcflurry milo untuk meneutralkan balik makanan dalam perut ni . huhu . sedappp weyy , terbang lagi RM4.50 =.=






TAMAT kisah di KLCC . pukul 5.15 dah sampai kat lrt setiawangsa . lepas tu menapak balik rumah . sampai kat guard room aku and yusra berpisah dengan nabila . nabila ikut timur , kitorang ikut utara . dah rumah jauh , naik bukit lagi . arghh ! penat weyy . setibanya di rumah terus masuk bilik dan terbongkang . hehe . aku terbongkang lama weyy , dari pukul 5.45 sampai 7.45 . huhu . memang penat sangat la tuu .

THIRD . lepas dah bangun dari membuta tu aku pun tengok la jam . OMG , act aku dah lambat nak keluar . tadi petang semangat janji dengan yusra nak study . ' pukul 8 okay ? janji ehh . tamo lambat lambat ' sekali hamekk kau , aku yang lambat =.=. aku pun bingkas bangus lalu mandi mandi syampu syampu sabun sabun gosok gosok gigi . keluar je bilik air tengok jam , 8.15 . haihhh . mandi punya la lama macam repair jamban . lepas tu keluar borak borak kejap dengan ayah ibu . gurau gurau senda dulu , manja manja ayam sikit . huhu . lepas tu cakap ngan ayah ' ayahhhh , jom la hantar ikaa . ayah tengok ika dari jauhh je . takut laaa ' **rumah yusra cuma 150 meter dari bilik aku .huhu .

setibanya aku dirumah yusra aku pun tengok moto 125zr dgn ex5 tu dah ada . thats mean jalil , apul , nabila semua dah ada . aku je lambat . huh . ni semua gara gara mimpi la ni . best sangat sampai aku tak bangun . haihhh .  lepas tu studyy . tengah study baru teringat yang sebelum tido tadi ada text dekat cik paku aku and dia bagitahu aku dia accident . OMG my dear , terus text tanya , macam mana boleh eksiden tu , teruk ke takkk . lepas dah puas hati yang dia okayy , aku pun sambung study . masa study tu macam biasa lahh , dah nama study ada apul dengan jalil sekali . memang aku asik gelak je la en . memang joker betul dorang tuhhh . lepas tu teruskan study , dalam pukul 10 macam tu jalil ngan apul pun balik . apul tu takut balik lewat nanti jumpa 'gula-gula' . HAHA , nak tau apa gula gula tu ? jom wall to wall kat facebook aku . hehe . nanti aku explain siapa sebenarnya gula gula . muahahahahaaaa .

lepas tu aku dengan nabila dengan yusra sambung buat latihan yang cikgu bagi sebagai cenderahati . pukul 11.30 macam tu baru balik rumahh . call ayah ' ayahhh , ika nak balik dah niii . tunggu ika kat bawah ehhh . tengok dari jauh jeee ' huuu , ayah tgk dari depan , nabila ngn yusra tgk dari belakang , alhamdulilah aku selamat :)

setibanya di rumah aku melantakkk la . apa lagi . lapar gila ni . kebulur macam pelarian darfur dahh . makan sepinggan penuh nasik hujan panas yang ibu serta seketul peha ayam dan dua ketul kentang . huhu . kenyang tersandar macam ular sawa . lepas dah kenyang semua , masuk bilik solat isyakkk *maghrib tadi dah la terlepas . haihh . apa nak jadi nii arikal . lepas dah solat tu heee , iron baju dulu . kalau takk memang esok aku honeymoon la kat rumah . huhu .  lepas dah gosok gosok baju tudung kain sekolah terus online muka buku aku . heee . chatting wtih al fikri and amirah hannah . thats all for todayy **ayat teacher aku . huhu .

WASALAM :)

0 0 Si pengomen yang comel :):