post 10

Selamat Malam sayang sayang serta buah buah hati saya :)

setelah beberapa hari tidak mengupdate blog aku ni , HEE . and finally jari jari dah kembali rancak dan mengganas dan gahirah untuk menekan nekan keyboard ni .

harini tak banyak benda yang jadi , pagi tadi bangun pukul 0930 . yess , lambat jugak bagi wanita seperti aku . tu pun lepas ibu tepekik telolong kat luar bilik sambil mengetuk ngetuk seperti aku jauh berbatu dari beliau =.=' punya ah kuat ibu ketuk . haihh . sabar arikal , ibu kau tu . kalau lah aku ada adik ke abang ke kakak ke yang kejut aku bangun macam tu , sure aku melompat bangun dari katil lalu membuka pintu dengan rakusnya dan aku akan bagi penampar cap jepun limited edition punya kat dia . HAHA

lepas dah bangun dengan malasnya aku menuju ke sebuah bilik kecik yang indah dalam bilik aku tu . yeah , my rock world , BILIK AIR . huuu . lepas tu temenung jap depan cermin sambil berusaha untuk bukak mata yang memang gila kerbau punya berat lepas dan bertapa depan cermin tu lelama , aku melangkah ke ruang yang lebih kecil iaitu ruang berkubang . lepas dah berkubang macam manusia , aku syampu dengan rejoice rich aku , sabun dengan sabun may levender aku , gosok gigi dengan ubat gigi mukmin aku , cuci muka aku dengan alaisyah pembersih pencerah muka aku pun keluar lah dengan keadaan yang 'vibrate' . HUHU , sejuk wa cakap lu mat . macam duduk london .

lepas dah siap semua aku pun keluar dan ibu cakap 'jom pi makan roti canai kat pak ya' WOWWW . hati aku dah ghairah sambil lompat lompat nak makan roti canai sardin my febret . hek hek . sedap woo roti kat pakya . lepas dah melantak sampai kenyang ibu kata nak pegi NSK nak beli sayur and bla bla bla . ayah pun pecut macam F1 yang membuatkan ibu berleter sepanjang perjalanan . aku pulak cuba memekakkan telinga dengan lagu maher zain . HEHE . aku baik tau , so aku dengar pun lagu yang baik baik :P

setibanya di NSK , nahhh amik kau , NSK terbakar . huu . ibu sedih je tengok , mata sayu sambil mengeluarkan kata yang aku dah lupa serta bernada kecewa yang amat sangat sebab tempat beli sayur yang murah dah terbakar . sian ibu , takpa bu , NSK selayang ada lagi . lagi besar bu , nanti kite pegi ehh .


*punca ibu kecewa tak sempat beli sayur murah

disebabkan NSK tu sudah hangus dicium api , aku pun bagi cadangan , ' ayah , jom la pi beli barang kat tesco ampang , lama tak pegi ' hehe . dalam hati sambil berdoa . ' jomla jomla jomla , dah lama tak jalan jalan , tension ni asik tengok buku' huhu . yess , alasan yang sama kalau nak berjalan . well , aku teruskan memujuk ayah dengan menggunakan suara comel aku ni serta muka yang macam kena sedut vakum ni =.= then ayah pun tanya ibu ' yang , nak pegi tesco ke ni ? ' ibu pun cakap , ' jom jela dah terlanjur keluar ni ' . lepas dah sampai tesco , ibu pun shopping shopping dan shopping sambil mulut tak berenti cakap ' mahai la sayur kat sini' duhh ibu , beli je la . NSK kesayangan ibu tu dah hangus lahh , grr .

lepas dah habis beli dan belah kat situ , kitorang pun balik rumahh . mahal mahal pun beli sampai penuh sebonet jugak . masalah tu . sesampai je depan pintu bilik . aku pun terus bukak dan tuju ke benda petak petak kesayangan aku ni . aww . apa lagi , facebookinggg . seperti biasa , chatting with my lovely lovely adik alif aminuddin . huu . yess , i love him so much sambil online fb tu aku pun google la harga tiket nak pegi kelantan after spm ni . HEE . nak jumpa nursakina si buah hati yang dah dua tahun terpisah and jumpa adik kesayangan aku . kalau boleh nak jugak penuhi permintaan adik kesayangan aku tu , dia nak aku ada dengan dia masa amik result PMR dia . yess adik . akak sedang mencuba sedaya upaya memujuk ayah . InsyaAllah okay dear ? ni la result usaha aku mencuba mencari tiket pergi sana 

click la kalau dah tak mampu baca


AIR ASIA ke MAS ? pendapat pendapat .

lepas dah penat mencari cari maklumat pasal semua tu , aku pun study sambil texting dengan encik paku aku . aww . lepas tu terlelap . dalam aku terlelap tu aku mimpi , yeah nak tau mimpi apa ? aku mimpi aku kahwin dengan adib . grr . takda orang lain ke ? kenapa dia . boring a . haha . lepas dah bangun tu terus tolong ibu masak . huu . menu malam ni steamboat . warhh , lama tak makan . 

wurghh , shedap shedap !

lepas dah kenyang melantak macam naga kebulur aku tolong ibu basuh basuh lap lap kemas kemas semua lahh . aku pun masuk bilik dan mandi! yeahh . aku mandi dua kali je harini , eyekkkk . bau macam lembu ! lepas dah mandi aku gosok baju sekolah yang akan aku pakai untuk beberapa hari je ni . tak sabar aku nak bakar baju sekolah tu . muahaha ! sambil gosok sambil text dengan encik paku saya . hee . dia yang mula text ;
encik paku ; hai , boleh kenal ?
puan payung ; boleh sesangattt . hehe
encik paku ; ehh , tanak la kenal . nak ngorat . boleh ?
puan payung ; awww . comel tapak tangan , pavilion sy tadahkan **aku text saya awak dengan dia
encik paku ; nama sapa ?
puan payung ; payung kembang . awak ?
encik paku ; encik paku . selamat berkenalan puan payung **first time dia pggl aku puan
puan payung ; puan ? sy tak kahwin lg lahh awak
encik paku ; belum ke ? takkan dah lupa beberapa bulan lepas sy dah nikah dengan awak
puan payung ; ohh tht day . of course sy ingat ! **padahal aku lupa

then aku text sampai la dia tidur . last text dia

encik paku ; awak , sy tidur dulu eh
puan payung ; tu je cakap ? lagi lagi ?
encik paku ; muahhh . hehe
puan payung ; wahh . lagi lagi ?

**dia dah tak reply , yess . tidur juga akhirnya beliau !

lepas tu aku pun kemas kemas bilik yang dah serupa kandang kerbau . lepas tu cuci muka , pakai toner , pakai krim . aku pun online dan update blogg . heee

***sekian untuk hari ini . selamat malam dunia ! assalamualaikum :)

0 0 Si pengomen yang comel :):