post 4

Selamat malam :)

Dimalam yang meremangkan segala bulu dibadan ku ini  . ingin aku update post aku . apa mood aku hari ? ermm . entah la . terlalu banyak semuanya bercampur macam air batu campur .

Tengah malam tadi aku menangis . sebab apa . sebab tu la . sebab kawan aku and sebab add maths aku untuk trial GAGAL ! . shoot man . pastu bangun pagi nak pegi sekolah aku bad mood . senyap je . dengan mata bengkak + + sepet dah macam kamen rider ni =.= . HAHA . lepas tu pegi sekolah semua tanya , ari kenapa ? ari okay tak ni ? kenapa mata kau bengkak ? kau break ke ? * aku benci soalan yang last tu =.=' Lepas tu lagi kat sekolah sambung lagi nangis nangis kat depan yarn pulak . HUU . thanks yarn sbb sudi bagi khidmat nasihat sebagai kauselor aku di pagi yang suram .

Lepas tu macam biasa belajar , aku happy untuk waktu yang pertama . sebab waktu pendidikan Kesihatan dan Jasmani . HEHE . kitorang yang dah tua bangka ni main bola beracun . bestt woo ! budak form four tengah exam tapi kitorang semua tanpa segan dan silu tepekik telolong macam histeria kat bawah tu . HAHA . padan muka korang . masa kitorang exam korang memekak . itu la REVENGE kitorang . huhu . lepas abis pj masa chemistry . masa mula masuk lab , mata aku terus on bluetooth cari fatimah . lepas tu tejerit lagi panggil dia . mengadu kat dia pulak . yess . buat kali ketiganya empangan aku pecah lagi . damn arikal . asik menangis menangis . mengada ngada ! lepas dah nangis semua tu aku okay balik  :') masih tersenyum walaupun sedih . lepas tu cikgu bagi paper chemist . yess ! aku FAILED lagi ! tapi atas pagar je . lg satu jeeee nk lulus . nampak gayanya aku kena melutut kat cikgu mencari markah . huuu . then aku menangis lagi buat kali keempat . adib tengok aku sedih lepas tu dia pujuk aku . dia tengok paper aku . dia tolong cari tang mana yang aku boleh dapat marks lagi . huu . aku terharu doe adib kau buat macam tu . kau pujuk aku macam macam ayat sweet kau tabur kat aku . gua cair derr ngan kau . lepas chemist rehat , lepas tu agama *takda apa yang jadi . lepas tu sejarah *pun takda apa yang jd . lepas tu cikgu tak masuk . yeahh , aku happy sikit . fatimah pun senyum je sebab aku dah tak nangis :')

Lepas tu aku balik . tapi jangan lupa seperti hari hari sebelum ni aku akan beli aiskrim vanilla dulu kat kantin dengan ane * nama sebenar beliau nurul farahanis ! hehe . balik rumah tidur menonggeng nonggeng , then bangun study kejap lepas tu siap pegi tusyen . harini tusyen sejarah , buat latihan je . BANYAK SANGAT salah . huhu . lepas tu habis kelas lepak ali maju kejap dengan balqis my honey honey <3 hehe . sambil lepak call my jantung jantung . gayut kejap . ohh . i miss you b . okay seterusnya ibu pun sampai untuk menjemputku pulang ke rumah .

Beberapa minit selepas tiba di istana kayangan aku tu , ayah pun call suruh aku turun bawah angkat barang bawak naik atas sebab dari pagi tadi dia pergi main golf dekat afamosa resort , melaka . aku pun turun la dengan seluar hawaii aku yang bunga bunga meriah sangat ni . HAHA . ada ramaiii lelaki . menyesal aku turun macam tu . malu aku tunjuk bulu kaki yang lebat ni dan kasar macam berus lantai . adehhh . lepas tu aku pun tolong ayah aku angkat barang tu semua . lepas dah naik atas tu aku bukak plastic tu banyak gila chicken chop , cake ! o.0 pelik ni . mana ayah dapat . lepas tu ayah pun cerita , " tadi kan ayah main golf tu ayah menang dapat RM2000 . sebab ayah pukul bola sekali terus masuk lubang . its mean hole in one " Wahh . muka aku terus riak bangga dengan kejayaan ayah . ayah dapat voucher makan kat club tu tapi kena habis kan malam tu jugak ! shoot man . banyak tu rm2000 nak habis sekejap . lepas tu ayah pun belanja la member member dia makan kat situ . depa pakat bantai western food dekat club tu mmg la mahai . betoi dak ? lepas tu ayah pun teringat kan anak dan isteri beliau yang kuat melantak ni lalu ayah pun meminta pengurus kelab itu menyuruh khadam khadamnya tapau makan untuk aku ngan ibu . hehe . lepastu aku ngan ibu pun melantak dengan lahap nya kesemua makan tersebut dalam masa setegah jam . aku supper malam ni dengan makanan yang gila lembu punya lemak banyak =.=

Now , perut aku pun still kenyang :) after aku post new update ni aku nak study sekejap :)

***good night .

2 0 Si pengomen yang comel :):

Anonymous said...

alaaa , ari still ade mse lagi la for your spm , gune la mse sebaiknya kay :0
kau blh la

Arikal Razali said...

haha , yeahh .aku tgh cuba nak guna masa aku sebaik baiknya :D