post 3

Selamat petang pembuka bicara untuk hari ini :)

Hari ni mood luaran aku okay . tapi mood dalaman aku tak berapa okay . kenapa eh ? hmm tah la . bak kata si suami dalam satu drama yang aku penah tgk ,  ITS EASY TO FORGIVE BUT ITS NOT EASY TO FORGET . kata kata seorang makhluk Allah ni masih tersimpan terpahat dan terukir dihati aku . mungkin kata kata dia takla sekasar mana , takla seganas mana , tapi ayat dia betul memberi impak yang maksimum dalam hati aku . aku cuba nak melupakan semuanya . tapi tak semudah yang diharapkan . dia betul betul berubah dgn aku . ye , mungkin aku ada salah dengan dia . tapi kenapa mesti dia seksa aku secara batin macam ni . hmm . aku pernah cakap yang keadaan aku dengan dia mungkin takkan seperti dulu . ketika zaman kegemilangan kita menyulam persahabatan . aku akan terus berkawan dengan kau tapi tidak mungkin akan seakrab dulu . aku tak penah lupa jasa kau . kau banyak mengajar aku apa itu hidup , kau banyak membluetoothkan ilmu kau utk memory aku yang asik kena serang virus ni , kau banyak jadi diari berkaki dua aku sbb semua perkara yang buat aku happy aky sedih , semua aku akan taip kat depan kau . kau pun tak penah berhenti bg aku nasihat . ye , aku beruntung dapat kawan macam kau . tapi maafkan aku atas semua dosa aku . aku tak tau kat mana salahnya aku , ayat aku yang mana yang membuatkan hati kau terluka sampai kau sanggup melemparkan kata kata dengan nada yang kau tak pernah ucapkan depan aku dulu . aku manusia wahai sang sahabat , manusia yang sama seperti kau . aku bukan lah maksum yang tidak pernah buat dosa . tapi aku rasa kau takda hak nak menyeksa aku begini . kau tengok aku happy kat luar . kau tgk aku ceria gelak dengan semua org . kau tengok aku happy sebab aku still makan banyak macam dulu . hakikatnya ? hati aku mcm ni


hati aku pecah mcm ni sahabat . susah aku nak gam balik sebab hati aku berkecai . tinggal serpihan bukan kepingan . sahabat , ingat la yang aku sentiasa sayang kau walaupun kita dah tak macam dulu . kau tau tak sahabat ? tiap tiap malan aku menangis sebab kau , tiap malam aku bermonolog dengan harapan aku dapat bersemuka dengan kau untuk bertanya dimana silapku , dimana salahku . tapi usaha aku untuk berdepan dengan kau gagal . sebab apa ? sebab aku taknak kau terus membenci aku kerana aku terlalu mengikut emosi . terlalu banyak persoalan dalam hati aku mengalah kan persoalan komsas . terlalu banyak jawapan untuk persoalan tu yang buatkan aku takut untuk berhadapan dengan kau . aku lemah sahabat , aku lemah . aku tak sekuat kau untuk meminggirkan begitu sahaja orang yang aku sayang .

sekarang mungkin orang sekeliling tengok kita sudah kembali seperti dulu . balik sekolah sama sama macam dulu , rehat sama sama macam dulu , duduk sama sama macam dulu , tapi secara jujurnya hati aku tak bersama kau sahabat . aku merasakan hati aku jauh dari kau . terlalu banyak cerita yang aku dengar dan semua cerita tu aku tidak tahu pangkalnya . ye , siapalah aku untuk mengetahui segenap rahsia antaru kau dan sahabat yang lain . aku bagai melukut ditepi gantang . * bagaikan melukut ditepi gantang , begitulah aku di dalam hatimu , aku tiada tak memberi kesan , hanya aku menanggung kerinduan . HUHU . layan jap lagu aishah yang sedang memahami perasaan aku :')

maafkan aku andai kau membaca luahan aku ni sahabat . tapi begini lah keadaan hati aku :'(

***aku sedang menaip post ni dalam keadaan mata yang mengeluarkan air yang byk seperti empangan di thailand yang pecah suatu ketika dahulu , serta hidung berhingus yang rasanya agak masin ..

0 0 Si pengomen yang comel :):