Assalamualaikum J
Ehhh, dah entry lapanpuluh. Hewwww. Sila sorakkk . Pommm pommm **bunyik bunga api.
Hoho, lama gila tak update ni. Haa, tu tengok kiri kanan
atas bawah blog Cik Kembang ni penuh dengan sawang sawang dan habuk habuk. Fuhh
fuhh fuhh *tiup tiup habuk. Hewhewhew. Haaaa, ni nak update pasal ape ye, urm,
idea tu tadi macam ada, bila dah mengadap depan lappy ni idea macam dah hilang
pulak. Hoho. Wahai idea untuk merepek dan meraban di blog, kemarilah engkau
kesini, aku menyeru engkau wahai idea. Pappp! Haaa, dia mai dah, dia mai dahh.
Idea dah sampai dah, dah sampai dahhh. Haaaa. Yess!
Okay, so entry ni Cik Kembang nak kongsikan cerita tentang
semester dua Cik Kembang yang baru sahaja tamat seminggu yang lepas.
Alhamdulillah sepanjang semester dua ini segalanya berjalan dengan lancar even
otak ni senget senget, sampai kena pergi bengkel nak betulkan balik skru skru
yang dah longgar ni. Hoho. Maklumlahkan, even baru semester dua pun subjek
semua macam nak ajak Cik Kembang bergaduh je sebab susah tahap, fewww, tak
boleh nak sebut tahap apa. Hoho.
Haaa, masa semester dua Cik Kembang just amik lima subjek.
Yes, saya ulang LIMA SUBJEK tapi Cik Kembang study bagai nak gila meroyan macam
amik limapuluh subjek kot! Haa, antara subjek yang Cik Kembang amik,
- Introduction to Business
- Computer Organization and Architecture
- Object-Oriented Programming II
- Computing Mathematics
- Proficiency English
Haaa, first sekali Cik Kembang nak cerita pasal subjek
Business tu. Okayy, seperti yag dah tahu kan, Cik Kembang ni study Diploma in
Computer Science, tapi seriously macam tak tahu lagi apa motif Cik Kembang kena
amik subjek ni. Hoho. Nak kata belajar pun masa kat kelas macam tak belajar je.
Sampaikan sejak dari awal semester sampai dah habis pun semester hanya beberapa
kali je beliau masuk kelas dan mengajar. Almaklumlah kan, madam subjek ni
tengah pregnant so asyik pergi check up baby je katanyaaaa, so cerita dia Cik
Kembang tidur sampai terlupa nak bangun. Haha. Tapi Alhamdulillah subjek ni Cik
Kembang boleh score dan carrymark untuk subjek ni pun buat Cik Kembang
tersenyum gumbiraa. Heuheuheu.
Okay then subjek Computer Organization and Architecture.
Haa. Nama manjanya COA. Subjek ni serious best. Okay , SERIOUS. Saya ulang,
SERIOUS best. Tapi errr, best nya sampai tak terucap, sangat best sampai kan ada
satu test tu Cik Kembang dapat 4/25 =.= Okayy, Nampak sangat kurang bijaknya
kat situ. Hoho. Subjek ni memang macam senang, tapi mungkin sebab cara lecture
tu ajar tak berapa nak kena dengan hati jiwa raga dan nurani untuk seorang
pelajar yang lembap macam Cik Kembang ni. Yang si madam tu pulak megajar seolah
olah dia pun tak pasti apa yang dia sedang mengajar. Fewww, apalah nasib kann
dapat madam macam tu >.<’
Lepastu tu nak cerita pasal subjek yang memang paling teruk
untuk bebudak CS ni. Haaa, of course lah subjek OOP kan. OOP tu subjek pasal
programming lah, java and blablabla. Masa semester lepas tu belajar OOP1 heaven
je sebab boleh score. Hati pun macam tergedik gedik je sebab boleh buat kan.
Haa, masuk semester dua ni ada OOP2 muka semua dah tak heaven sebab semua
susah. Seriouss, pasal subjek ni lah yang membuat kan rambut rambut ni
bertambah gugur. Kalau dikumpul rambut rambut tu boleh menganyam buat tikar
rasanya. Fewww. Nak nak pulak madam dah diganti dengan madam baru sebab madam
lama pergi sambung master. Haaa, kecewa gilaa. Then dapat pula lecture baru yang
memang strict sangat bila mengajar. Huu. Mana tak Cik Kembang ternganga je
dalam kelas kan. Lepastu beliau sangat suka menggunakan OHP. Haaa, alaaa OHP tu
yang macam ada kat makmal masa sekolah sekolah dulu yang cikgu menulis atas
plastic tranparents tu then letak atas cahayaa, haaa, so benda atas kertas tu
akan ter-reflect pergi lah ke papan hitam/putih. Haaa. Cik Kembang harap korang faham apa yang
Cik Kembang cuba sampaikan. Hoho. Haa, kembali pada topik utama. Kalau dah guna
OHP tu lampu sah sah lah kena tutup kan bagi romantik romantik lampu oreng
oreng gituuu, then dalam aircond lagi. Fewww, serious mengantuk tahap kuda!
Arghh.
Okay, lepastu lagi subjek computing mathematics. Haaa, kali
ni Cik Kembang tak tipu, ni lah subjek paling best di abad ini sebab dia
mathematics. Hehe. Seperti yang pernah cik kembang tulis kat entry SINI Cik Kembang memang tak suka mencongak mathematik kan, tapi serious Cik
Kembang memang cintakan subject mathematik. Heee! Itupun kalau Encik Calculator
fx-570 kesayangan tu sentiasa disisi. Hehe! Alhamdulillah jugakklah sebab
subjek ni Cik Kembang memang boleh buat and subjek ni Cik Kembang target A
untuk final exam. Heee.
Akhir sekali subjek proficiency English. Haa, nothing to say
about this subject. Semuanya berjalan dengan sangat lancar. Hahah. Malas nak
cakap pasal subjek ni sebab sampai sekarang still terasa hati dengan lecture
yang tak balas senyuman Cik Kembang yang comel ni L
InsyaAllah Cik Kembang akan stay kekalkan pointer Cik
Kembang seperti yang pernah Cik Kembang ceritakan di SINI supaya boleh buat ibu ayah kembang kan hidung lagi. Heee :D serious apa
saja yang Cik Kembang buat, yang Cik Kembang usahakan bukan untuk siapa siapa,
tapi hanyalah untuk masa depan Cik Kembang sendiri dan jugak kebahagiaan ibu
ayah Cik Kembang :’) ehh, rasa nak menangis pulakk bila teringat ibu ayah yang
tengah tengok tv kat ruang tamu tuu. Hoho.
SEMESTER TWO, DONEE! ALHAMDULILLAH J **tepuk tepuk tangan sambil
joget joget!
Assalamualaikum.
2 0 Si pengomen yang comel :):
Good luck and tahniah dahh habis semester two :)
http://thegirlofasian.blogspot.com/
@Are_in, eheee, trimass :D
Post a Comment