post 84 - Happy 19th Birthday To Me :D

 Assalamualaikum :D

Yuhuuuu. Heyya heyya! Cewahh, Fuhh fuhh. Lama betul Cik Kembang tak update blog ni kann. Haa. Habuk dia sampai tak boleh nak hembus dah. Yelaaa, dah berapa bulan Cik Kembang memutuskan hubungan silaturrahim dengan blog kesayangan ni. Kesian beliau ditinggal gantung tak bertali. Hihi.

Haaa. Ce kome nengok tajuk kat ateh tu. Haa. kome bace ke idok? Haa. Kalau tak bace moh kite gi bace ramai ramai. Haha. Teruk bunyinye macam Perak murtad dah. Haha. First of all Cik Kembang nak wish birthday kat diri Cik Kembang sendiri. Birthday Cik Kembang semalam tau, 27 Ogos. Heee. Wahhhh. HAPPY BIRTHDAY TO ME! HAPPY 19TH BIRTHDAY TO ME! Pomm pomm pomm! *Bunyi bunga api kononnya :P

yeaa, macam tak percaya Cik Kembang dah pun berumur 19 tahun. Haa, tapi kengkadang perangainya tak serupa 19 tahun pun. Haha. 19 tahun Cik Kembang hidup diatas dunia yang nyata ni dan berdiri diatas lantai serta jalan tar ataupun tanah tanah. Haa.

Kejap je masa berlalu. 
Rasa macam baru semalam je keluar dari perut ibu. 
Rasa macam baru semalam je isap susu dalam botol. 
Rasa macam beru semalam je masih yayak dalam pampers. 
Rasa macam baru semalam je masuk tadika dan belajar ABC 123. 
Rasa macam semalam je pergi sekolah rendah dan menangis nangis nak balik. 
Rasa macam Semalam je baru ada perasaan pertama suka kat seorang lelaki. 
Rasa macam baru semalam je amik result UPSR. 
Rasa macam baru semalam je masuk sekolah menengah dan suka abg senior. 
Rasa macam baru semalam je duduk dalam dewan sebab nak PMR. 
Rasa macam semalam je jadi senior kat sekolah. 
Rasa macam baru semalam pertama kali aku bekerja dan dapat gaji sendiri. 
Rasa macam baru semalam je aku jumpa kawan kawan aku untuk ambil result SPM. 
Segala galanya berlalu dengan cepat sampai Cik Kembang masih terasa diawan awangan.

Haa, okay sebenarnya Cik Kembang bukan nak buat cerita sedih dalam entry ni cuma nak ucapkan terima kasih pada semua friends Cik Kembang kat Facebook, followers Cik Kembang kat Twitter tu dan semua lah yang ingat birthday Cik Kembang ni. Hee. Terharu gilaaaa TT.TT




Thanks a lot kawan kawan FB. Even bukan officially ingat dengan otak pun tapi tetap thanks jugaklah sebab sudi wish. Haaa, Cik Kembang belanja air water cooler kat kolej Cik Kembang ye. Nanti datang ramai ramai minum kat sana :)








Thanks juga kepada followers di Twitter Cik Kembang, even tak ramai tapi masih ada yang sudi wish. Hik hik hik :D


Yeaaa. Thanks juga kepada Affa ni. Even tak pernah kenal dia tetiba dia buat post macam ni. Ohmaigadddd. Memang macam terkujat terkujut terkejut semua ada lah cerita dia kan. Heee.


Yeaa, tak lupa Nurin Amanda Faris ni. The one who always with me when I cry :) Even kita dah jauh dan tak macam dulu, tapi dia still ingat birthday Cik Kembang *menangis*


Yea, ni dari Ogy. Heee. Bangun dari tidur mandi mandi nak angkat beg then nampak note tu si Ogy ni tampal kat beg. Hee. Macam terharu disitu sebab malam tu dia tidur awal. Huuu. Kakak setoto dengan Cik Kembang. Kakak yang selalu masakkan untuk Cik Kembang. Dan kakak yang paling kuat membebel mungkin XD *mati aku kalau dia tahu aku kutuk dia :P


Ini pulak dari Nad. Kakak yang tiap tiap hari tidur sebelah Cik Kembang. Bila dia jarak sikit dari Cik Kembang je, CIk Kembang terus tarik toto dia. Heee. Nampak tak Cik KEmbang sangat gagah disitu sebab mampu tarik dia. *Disaat tengah taip pasal dia ni, dia ada tengah study.


Dan dapat ni dari ex classmate masa sem satu dulu. Hee. Dia jumpa Cik Kembang cakap Happy Birthday dan terus blah macam tu je. Huhu. By the way, Thanks Ilyas. Cik Kembang tak makan lagi. nak simpan buat pekasam. Hewhewhew.



Haaa, dan yang ini paling rasa macam perghhhhh! Haha. Tak pernah seumur hidup kena macam ni and ini adalah yang pertama dalam hidup. Sumpah rasa macam nak menangis. Ni semua surprise dari Fahmi, Akashah and Ayie. Tepung sekilo di tuangnye atas kepala dan telur entah berapa bijik yang diketuk dikepala. Pergh, memang nak termuntah gila malam tu. Huuu. Busuk! Then lepas dah busuk busuk tu dapat pulak subway dari sorang kat. Hee. Nak marah pun tak jadi uolss :D


Dan ini dari dia, Siapa dia? Haa. scroll balik ke atas pandang kiri dan tettt! berhenti disitu, Yeaa  disitu. Nampak gambar Cik Kembang bersama seseorang, haa, seseorang yang dah curi hati Cik Kembang. Dialah yang bagus baju ni :)


Yeaa, for sure yang paling teristimewa. Dari ibu dan ayah. Paling besar dan paling bermakna. Dari Times Square sampai ke rumah ayah usung si gemok ni bawak balik :') Thanks ayah, thanks ibu :)

Dan, pagi hampir menjelang. ayuh kita tidur. Selamat malam :)

Assalamualaikum :)

2 0 Si pengomen yang comel :):

Lynn Damya said...

wahh banyaknya hadiah dia~~~, happy birthday ye (n_n) all the best for your life, friend (n_n)

Arikal Razali said...

@Lynn Damya, eheee. thanks awakk :D