post 71 - Fadhilat Selawat Keatas Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum :)

SALAM MAULIDUR RASUL
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad . Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Ya Rasulullah

Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya Habiballah
Ya Rasulullah ya Habiballah

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habiballah
Ya Rasulullah ya Habiballah

SALAM MAULIDUR RASUL

"Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"


Cik Kembang ingin kongsikan sedikit pengetahuan Cik Kembang tetang kelebihan kelebihan dan faedah faedah apabila mulut kita ringan untuk menjadikan  صلى الله عليه وسلم  ucapan harian kita :)

1. Menjunjung perintah Allah SWT
2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah SWT kerana Allah SWT juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud " Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat"

8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
9. Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa
11. Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita
12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.

"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)

13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup
14. Ditunaikan segala hajat
15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah SWT
16. Membersihkan hati dan mensucikannya
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
19. Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم
20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan
23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil
24. Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم

"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat" 

25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah SWT
28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
30. Mendapat pujian Allah SWT dan para malaikat
31. Diberkati umur dan pekerjaannya
32. Mendapat rahmat Allah SWT dan sentiasa dikasihi olehNya
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap Rasululaah صلى الله عليه وسلم
34. Allah SWT dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup 
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
38. Menunaikan sedikit hak Nabi dan bersyukur kepada Allah SWT
39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah SWT & RasulNya صلى الله عليه وسلم
40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah SWT

Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"

SALAM MAULIDUR RASUL 

Ikan Bawal masak kari
Makan malam bersama keluarga
Berselawat kita setiap hari
Dapat syafaat mudahlah ke syurga

Air laut biasanya dalam
Hidup ikan berbagai jenis
Ikut jemaah menguatkan Islam
Bila berjuang terasa manis

Bulan Islam ada dua belas
Bulan Rabiulawal bulan ketiga
Dalam berjuang mestilah ikhlas
Terbuka luas pintu syurga

Warga emas makan kanji
Mudah bila berbuka puasa
Pemimpin sekulat suka berjanji
Membela rakyat sebelum berkuasa

Cincin emas cincin suasa
Boleh dibeli di kedai emas
Berlaku zalim bila berkuasa
Di Laut Merah Firaun lemas

Isi rambutan dalam guni
Bawa ke pasar untuk dijual
Mari wujudkan masyarakat madani
Baru kos hidup tak mahal

Satu, dua, tiga empat
Kedengaran suara dari Pasti
Berselawatlah dimana-mana tempat
Perjuangan nabi tetap dihayati
#pantun dicopy daripada KakiLike

Assalamualaikum :)

0 0 Si pengomen yang comel :):