post 70 - Menangis Dalam Selimut

Assalamualaikum :')

Hai , dah lama Cik Kembang tak update blog ni kan . Habuk tebal gila kuda kat belog Cik Kembang ni . Sunyi sepi tanpa sebarang cerita dan coretan . Eh , sebelum Cik Kembang terlupa apa yang Cik Kembang perasan ni baik Cik Kembang bagitahu dulu ehh . Heee . Apa eh yang Cik Kembang nak bagitahu tuu . Huu . Ce kome sume tengok dan lihat dan renung kat atas tuuu . Yeahh , post yang ketujuhpuluh . Lahh baru tujuhpuluh cerita yang Cik Kembang meraban kat sini . Huu . Yelaa , maklumlahkan Cik Kembang ni kalau dan datang sawan rajin tuu rasa macam nak update seminit sekali . Tapi kalau dah malas tuu , dua tiga bulan sekali pun rasa macam berat je jari jemari ni nak menekan nekan keyboard atas ni haa .


Erm , entry kali ni mungking akan pendek je . MUNGKIN lahh . Betul atau tidak tu masih belum dapat dipastikan . Tunggu je la sampai habis nanti . Hew hew hew . Okay , tajuk entry dah baca ? Dah ? Bagus . Dah amati gambar budak kecik kat atas tu haa ? Dah ? Baguss . Okayy . Kenapa pasal airmata bagai ni . Yelaa , semenjak dua tiga hari ni Cik Kembang asyik menangis dalam selimut je . Kenapa dalam selimut weh ? Tak panas ke ? Tak panas , sebab hati Cik Kembang lagi rasa panas . Acewahhh . Macam marah je bunyinye . Hew hew .

Seriously sekarang ni Cik Kembang rasa macam Cik Kembang ni pasu bunga buruk je . Tahu tak pasu bunga buruk tu apa ? Cuba korang tengok kat rumah rumah lama , kadang kadang ada pasu bunga yang kena tinggal kan . Sampai berlumut lumut pasu bunga tu . Hujan , panas terik , ribut , taufan katrina , taufan tornado, semua pasu bunga tu tanggung sorang sorang , rasa sorang sorang . Ada kita pikir tak perasaan pasu bunga tu kena jemur tanpa sedikit pun perasaan kasih dan sayang . Kalau lah pasu bunga tu boleh cakap , boleh ekspresi kan apa yang ada dalam hati beliau , mesti kita sedih dan mesti kita akan amik pasu bunga tu dan jaga dia elok elok , cuci segala lumut lumut dan kita takkan biar dia sorang sorang lagi . Tapi nak buat macam mana , nak jumpa seseorang yang betul betul amik kisah pasal pasu bunga tu bukannya senang . Sangat susah . Kebanyakkannya hanya sanggup beli mahal mahal dan sanggup buat apa saja untuk pasu bunga tu hanya untuk masa yang singkat . Yaa , mungkin hanya untuk beberapa minggu terawal . Pasu bunga tu masih lawa . Bila dah lama lama , ditinggalkan kesunyian macam tu je .

Yeaa , macam mana kisah pasu bunga tu , macam tu lah yang Cik Kembang rasa sekarang . PASU BUNGA !!! Cik Kembang dilayan seolah Cik Kembang ni pasu bunga yang takda perasaan . Sedih tau tak sedihhh ! Ada ke orang yang tahu ? Takda punn . Cik Kembang tak tahu nak luahkan perasaan ni kat siapa . Patrick , spongebob , dugong dan semua anak anak Cik Kembang dah kena hingus dan airmata Cik Kembang sebab dorang je tempat Cik Kembang mengadu dan dorang takkan sesekali memberi nasihat yang negatif yang boleh buat cik Kembang menangis dalam selimut lagi .


Budak ni je yang tahu macam mana perasaan menangis sampai segala gala air meleleh . Beraneka rasa yang masuk dalam mulut ni haa . Hahaha . Haa , macam ni lah Cik Kembang , tiap tiap malam bergelen gelen airmata , air hidung Cik Kembang meleleh . Ada ke orang tahu ? Takda punn . Takda pun orang yang kisah . retak berkecai berderai hati ni :'( haa , dengar lagu ELLA ni . Sumpah menepati citarasa hati yang kuchiwa ni .



Semua yang Cik Kembang tulis ni untuk sape eh ? Entah , sapa yang baca then dia terasa tu dia tahu lah entry ni untuk diaa . Ni je alternatif untuk Cik Kembang bgtahu dia yang Cik Kembang sedih dengan sikap dia . Okbye

Assalamualaikum :'(


8 0 Si pengomen yang comel :):

Nur Syuhada said...

jgn sdeh2 ...

Arikal Razali said...

@Nur Syuhada dah lama tanggung :'(

::Misz sunsWeetz:: said...

x mo sedih2 meh dtg belog Ms

http://sunsweetz-miszsunsweetz.blogspot.com/2012/01/retis-remy-ishal-da-ada-bloghuhu.html

Arikal Razali said...

@::Misz sunsWeetz:: hee , okay . jap lg sy menuyusul ke blog awak :)

Yana Libra said...

think positive, then u'll be happy~

:)

Arikal Razali said...

@Yana Libra hee . insyaAllah . thanks for the advise :D

ツ Farah ツ said...

followers ke300

Arikal Razali said...

@ツ Farah ツ ehee , thanks for be my followers :)