post 63 - Abeoji

Assalamualaikum :)

Hai hai ,harini Cik Kembang rasa macam nak buat entry pasal ayah . Yea , AYAH APPA DADDY PAPA ABAH WALID ABI dan banyak lagi bahasa . Siapakah ayah ? Ayah ialah dimana kehidupan kita bermula . Haa , nak tahu lebih lanjut ? Baca buku text Biology Form 5 chapter 4 . Eheee . Tekan sini :)

Kadang kadang seorang ayah ni kita semua nampak macam slow and steady . Cool je . Kita buat salah dia senyap sebab dia dah tengok ibu kita membebel bagai nak rak . Seorang ayah memang sangat terkenal dengan sikap penyabarnya . Tapi tak semua ayah lah , ada jugakk yang dapat Ayah garang kan . Tapi bukan garang untuk sapa sapa pun , untuk menjadikan kita sebagai manusia yang akan digelar manusia jugak . Tapi macam biasalah , setiap manusia ada tahap kesabarannyakan . Sama jugak seperti seorang ayah , kalau dah hari hari keluar pergi main kat rumah orang sampai tak reti nak balik memang pembaris lah sampai kat kaki <-- pengalaman sendiri =.='

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari .
Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita ?

Semasa kecil , ibu lah yg lebih sering mendukung kita . 
Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian .

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "Kan dah cakap jangan minum ais , jangan main hujan , tapi degil !".
Tapi tahukah kita bahawa ayah sebenarnya sangat risaukan kita ?

Ketika kita remaja , kita meminta izin dari ayah untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"
Tapi tahukah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai , ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya . Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau .

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan itu dan ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi . tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu . Ayah akan tersenyum dengan bangga . #Ayah Cik Kembang pernah mengeluarkan duit beribu hanya untuk bayar yuran Cik Kembang , dan ayah menyerahkan duit tu dengan senyuman tanpa sebarang rungutan . Dalam hati Cik Kembang terharu tak terkata masuk bilik terus menangis .

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya . Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..#Cik Kembang tak sampai tahap ni lagi lahh . huhu

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita. dia mengharapkan kita menziarahinya sebelum matanya terpejam :')

Menangislah untuk ayah dah jangan menangis untuk pasangan yang kita belum tahu siapa mereka sebenar .

Ehh haa , terasa macam nak kongsi sesuatu tentang soalan soalan yang pernah ditanya oleh kawan . Yeaa , kawan kononnye tentang seorang ayah .

"Apa yang seronoknya ada ayah ? Aku rasa biasa je"
"Alahh , ayah aku tu tempat aku nak megikis duit dia je"
"Ayah ? Ape benda tah tu , aku tak da ayah dan aku taknak ada ayah!"
"Aku boleh hidup tanpa ayah aku dan aku lebih happy" 
Apa yang korang rasa if soalan macam kat atas tu yang ditanya oleh 'KAWAN' korang ? Cik Kembang pernah ditanay soalan macam tu dan sangat SENTAP ! Dan untuk mengelakkan sentap lebih , Cik Kembang suka dengar AnwarHadi sing a song to his Bapak . Ohhsemm :)



Tolong Cik Kembang ye :)
First yang ni :)
Second yang ni pulak :)
Third yang ni okay :)
Seterusnya yang ni :)
Jangan lupa sini jugak :)
Sini tau :)
Dan sini jugak :)
Okay last sekali kat sini :)

Assalamualaikum :)

2 0 Si pengomen yang comel :):

Nurul Ainaa Che Anuar said...

okay sgt panjang. hahahahxD
bapak kita garang. kbai!

Arikal Razali said...

@Nurul Ainaa ahaha , bapak awak garang ? ahaha . bapak kite comel .okbai :P