post 57 - Sahabat

Assalamualaikum :)


Kau ada dikala ku suka,
Dikala ku duka,
setiap tangisan dan juga ketawa,
Kau ada dikala ku perlu,
setia menemaniku,
Pegang erat tanganku bila aku jatuh.

Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ,
Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku.

Ku tahu ku kan selalu ada,
Pada dirimu,
Dan ku harap kau juga rasa begitu.

Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis,
Hidup ku.

Kau lah yang di situ,
Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku.

Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis,
Hidup ku.

Kau lah yang di situ,
Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku.
Sahabatku.

Klik sini kejap yeh korang :)


Bercerita tentang sahabat ? yeah , sepanjang hidup Cik Kembang , Cik Kembang rasa , hanya mangkuk mangkuk dua orang ni je SAHABAT yang Cik Kembang ada . Even masing masing dah belajar jauh jauh kan . Tapi dorang ni tetap kat hati :) Macam lirik kat atas tu kata , 

Kau ada dikala ku suka, dikala ku duka, setiap tangisan dan juga ketawa,
Kau ada dikala ku perlu, setia menemaniku,
Pegang erat tanganku bila aku jatuh.


Yea , menangis ketawa kitorang bertiga tetap bersama . Kat dalam kelas pun duduk rapat rapat . Sederet , dan yang pasti Cik Kembang duduk tengah sebab Cik Kembang ni adik adik dorang even kalau nak dibandingkan badan , badan Cik Kembang yang menjuarai keKembangannya . Balik sekolah sama sama . Selalu hantar Nabila dulu , lepas tu Cik Kembang dan lepas tu Yusra . Lepas tu gelak gelak tengah jalan . Rindunyaa >.<  Hihi . Haa , cakap pasal adik adik kan , nak tau something tak ? Befday kitorang , sangat dekat dan nombor nombor befday kitorang hanya perlu diterbalik balikkan . Wahh , ohsemmm !

Arikal Razali , 27.8.1993
Yusra Abdullah , 8.7.1993
Nabila Ghazali , 18.7.1993

Haa , dekat kan dekat kan ? Maybe disebabkan tarikh tarikh ni lah kot yang membuatkan kitorang ni rapat sangat kan . 

Kau lah yang selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis hidup ku

Haa , sambung pasal suka duka bersama ni . Teringat masa Cik Kembang frust dengan boyfriend lah kononnya kan , Cik kembang menangis bagai nak gila sampai meleleh hingus masuk dalam mulut . Woahhh . Diorang ni lah tempat Cik Kembang luahkan perasaan , diorang ni jugaklah yang bayak bagi nasihat suruh lupakan orang tu , diorang ni jugaklah yang lap kan airmata Cik Kembang , diorang ni jugak lah yang sanggup buat lawak bodoh nak buat Cik kembang senyum balik . Nabila selalu buat lawak yang sebenarnya tak kelakar , then nanti dia kena marah free dengan Yusra . Haha .

Teringat masa ambang ambang SPM tahun lepas . Macam biasa tiap tiap malam kitorang semua akan study dekat rumah Yusra ada one day tu Cik Kembang tak ingat Cik Kembang terus masuk rumah dia dan bagi salam secara kerek dan ganas letak buku yang kalau sekali pandang macam orang mengamuk then tekup muka dengan tangan terus meraung . Okay , pelik keadaan masa tu sebab dorang tengah gelak then tetiba Cik kembang terus menangis . Wahh , haruk kau jahh malam malam tu . Macam biasa lah kan ,diorang jugak yang pujuk . 

Dan teringat jugak masa study group kat rumah Cik Kembang and ternampak benda putih terbang . masih masing senyap buat bodoh kononnya tak nampak . Esoknya baru bukak mulut pasal nampak benda putih terbang tu . Huhu >.<

Kau lah yang di situ, setia menunggu ku,
Kau lah yang satu, menjadi sahabatku.



Okay done . Pendek je haa , malas pulak nak taip :P

Klik sini untuk bantu pelajaran Cik Kembang :)

Assalamualaikum 

2 0 Si pengomen yang comel :):

Nurul Ainaa said...

puisi tuh (ntahlah puisi ke ape) buat sendri ke? hehehee.

Arikal Razali said...

Ehh , tak lah intan payung , itu lirik lagu . Najwa Latif , sahabat :)