Assalamualaikum :)
Halamak tergambar kuceng pulak haa . Btw , Cik Kembang curik gambar ni kat Fesbuk tadi . Comel gilaa !
Haa , okay dah stop pasal kucing . Haaa , ada baca tak entry Cik Kembang post 52 - Schoolsick . Kalau tak baca , pergi baca sekarang . Haa , so post kali ni adalah kesinambungan dari post tuu . Cik Kembang malas nak cerita panjang panjang kat post tu , nanti takda orang nak baca kalau berjela sangat . Huhu .Cik Kembang tengah practice lah ni supaya post post Cik Kembang dikurangkan bilangan patah perkataan . Macam dekat post 52 tu , Cik Kembang bercerita tentang zaman tadika Cik Kembang yang penuh dengan lakonan kan ? So post kali ni tentang zaman sekolah rendah pulakk . Hee , okay , so enjoy it .
Okay haa , ni sekolah rendah Cik Kembang yang pertama dalam hidup . Macam yang korang semua pernah alami , kalau sekolah yang pertama tu sudah semestinya macam macam sandiwara yang terjadi kan . Same goes to me . Masa ni Cik Kembang duduk kat Kota Kinabalu Sabah . Nama sekolah ni Sekolah Kebangsaan Kem Lok Kawi . Haa , kalau korang nak tahu kan , sekolah ni sekolah papan . Okay , tak dianafikan agak menakutkan nak jejak atas sekolah tu sebab takut roboh . Hihi .
Disebabkan sekolah tu sekolah papan , so bawah dia mestilah terus tanah kan . Tanah kat bawah tu pulak dia macam berbukit bukit sikit . Alahh , senang cerita bukit yang hampir menyerupai kubur . Haa kubur ? ye , kubur ataupun grave . So bebudak kecik yang sememangnya suka sangat percaya benda benda meraban tu semua percaya cakap cikgu yang tak berapa nak bijak tu dengan mengatakan "Kat bawah kelas kamu ni sebenarnya kubur zaman jepun dulu" Ahaha . Apa lah cikgu tu . Suka hati dia menakut nakutkan Cik Kembang yang 'berani' ni . Tapi Cik Kembang memang percaya habis lah masa tu sampai kan nak pergi amik air sirap kat dalam kelas tu pun takut sampai berguling guling sebab cikgu taknak teman naik kat kelas .
Haa , ni ada satu cerita sweet zaman berumuh tujuh tahun . Ada satu masa tu , masa tu tengah PJK . Tahu tak PJK tu apa ? Pendidikan Jasmani dan Kesihatan . Huhu . Kononnyaa , padahal main congkak . Tak berpeluh langsung . Sakit hati ada sebab guli Cik Kembang banyak budak depan tu kutip masuk rumah dia sampai penuh penuh . Hampehh .
Eh eh , kembali kepada cerita yang manis macam gula kapas tuu . Okay masa tu kan tengah PJK , Cik Kembang dan kaum kaum hawa main congkak kat depan kelas yang seakan akan baranda rumah banglo tu then kat bawah ada budak budak lelaki tangah main kejar kejar kalau tak silap . Lepas tu entah mangkuk ayun mana pergi kacau sarang tebuan and salah sekor dari tebuan tu dah sengat Cik Kembang kat dahi ! Woahhhh , sakit woaaaa . Siap nangis nangis lagi . Actually bukan nangis , tapi meraung . Lepas tu ketua kelas Cik Kembang nama dia Abu Hanifah tolong . # rasanya laa tu nama dia . sebab ingatan pun dah macam memory card kena virus .
Okay masa kena sengat tu dia yang datang kat Cik Kembang kan sebab dengar Cik Kembang terjerit terlolong tu . Lepas tu dia pegang kepala Cik Kembang . Awww . Macam comel je bila terbayang balik . Lepas tu dia tarik tangan Cik Kembang bawak jumpa cikgu . Lepas tu pergi klinik dia yang teman tauuuu . Wahh , masa dah balik tu ontheway nak pergi kelas balik dia pegang lagi kepala Cik Kemang and tanya okay ke tak . hehe . Goshh , kalau lah masa tu dah besar , confirm dia dah jadi buah hati Cik Kembang . HAHA . And nak tahu tak ? Masa dah petang tu , Abu Hanifah tu datang rumah Cik Kembang dengan mak dia sebab nak tengok Cik Kembang mangsa sengatan tebuan . Woahh , mak mertua . HAHA . Perasan perasan .
Okay ni pulak sekolah Cik Kembang masa darjah dua tahun 2001 . Masa ni Cik Kembang duduk kat selayang sebab ayah Cik Kembang sambung belajar kat UM . Sekolah ni nama dia Sekolah Kebangsaan Selayang Baru ( 1 ) . Sekolah ni alhamdulillah struktur dia kukuh dan membolehkan Cik Kembang main kejar kejar dalam kelas tanpa risau akan jatuh kat kubur Jepun tu haa .
Masa kat sekolah ni , Cik Kembang ada sorang kawan baik . Memang kamceng habis lahhh . Nama dia Melki Aulia Putri . Haa , pelik pelik comel kan nama dia . Dia ni made by Indonesian . Hehe . Orangnya lawa dan tinggi dan manis dan bertudung . Tapi sayang tahun lepas Cik Kembang jumpa dia balik kat facebook sudah bertindik dilidah . Goshh .
Okay , bila teringat balik kisah kisah Cik Kembang dengan dia memang terasa diriku yang kerdil ini sangat tinggi tahap kebodohannya . Nak tahu sebab apa ? Jom baca dan gelak sesuka hati korang . Tu pun kalau rasa nak gelak lah kann
- Selalu bergaduh hanya kerana pensel sebatang dan pernah bergaduh besar hanya kerana pense dia lebih panjang dari pensel Cik Kembang
- Setiap kali bergaduh meja akan dijarakkan , takkan rehat sama sama dan akan saling jeling menjeling
- Suka lawan taik gigi sapa lagi banyak lepas makan #okayy , yang ni pengotor =.='
- Suka dekat orang yang sama , Taufik . Lepas tu bergaduh seminggu hanya kerana masing masing perasan Taufik tu senyum kat kitorang
- Dia mengaku dia sakit then Cik Kembang pun nak jugak sakit kan . Tapi sakit tipu je tapi dia sakit betul betul sampai masuk wad 2 bulan
Haa , tu je lah kot . Huhu . Okay , dah terbukti kebodohan tuu =.= dah laa , penat lahh taip panjang panjang .
- Kitorang suka curik curik korek hidung bawah meja #okay , yang ni pengotor jugak
Click here to see Alvin and the Chipmunks performing LIVE !
Assalamualaikum :)
0 0 Si pengomen yang comel :):
Post a Comment