post 26

Assalamualaikum :)


Hehe , gambar mukadimah tersangatlah tiada kaitan dengan topik utama aku harini . huhu . saja suka suki letak gambar aku dengan senior aku si abang hafiz ni . tetiba teringat kat lawak lawak dia yang sememangnya bodoh =.=' **harap harap dia tak baca belog aku , kalau tak mati aku sebab kutuk dia . hehe . kite shuke shangat gambar ni , macam shomelll je . hihi **yihhh , rasa nak terberak dengar suara aku sendiri cakap dengan nada yang gedik mengada macam tu . huuu . okay , tutup cerita pasal gambar yang takda pertalian darah langsung dengan cerita aku ni .

Hurm , genap harini , dah sebulan seminggu sehari aku tak jumpa classmate aku . serious aku rindu gila kat diorang semua . teringat semua kenangan pahit manis suka duka semasa bersama ** apehal ayat aku jiwang berkarat ni . huhu . sumpah aku rindu 5 CEKAL'10 . aku dah berada dalam mode emosi tahap kritikal dah ni . sikit lagi nak nangis ni . huuu , jangan nangis arikal , sabar sabar . **selang beberapa minit lepas aku taip ayat tu , airmata aku merembes keluar seperti air sirap yang plastiknya bocor . tup tap tup tap bunyi airmata disertai dengan airhidung yang menyimbah keyboard aku :'(  AKU RINDU KORANGGG .




RINDU RINDU RINDU ! **sambil guling guling atas lantai macam budak budak tak dapat gegulee . aku rindu kelas ni , entah dah bape kali aku cakap aku rindu korang semua . hurm . nak jumpa sekarang pun susah . masing masing dah sibuk cari rezeki , ada yang pergi menghitamkan diri kat PLKN , ada yang jadi bibik sepenuh masa kat rumah . nampaknya bulan tiga ni lah baru boleh jumpa yea ! huh . lama tu wey .

Aku tringat semua kenangan kita masa belajar dulu dulu . disebabkan nafsu aku untuk menaip panjang panjang tengah memuncak , meh aku cerita satu persatu :-

BAHASA MELAYU
Cikgu BM kita , Puan Nik Arniyuhasbi Nik Ka . hee . kitorang suka time BM . cikgu memang sporting gila . teringat masa kena bina ayat , semua kelam kabut sebab cikgu tu suka tembak sesape je yang dia suka . mula lah masing masing gelabah ayam kehulu kehilir cari ayat yang gempak gempak . lepas tu teringat pulak kalau ada presentation karangan . cikgu tu bagi kertas putih yang besor tu , apa nama dia ? kertas mahjong eh ? haa , betul la ker mahjong kan . lepas tu ramai ramai pakat berebut dan dengar la suara bertekak ' aku nak tulis ! '  , ' aku malas la nak tulis ! ' , ' aku bagi idea nanti korang cakap kat depan ' , ' aku hias hias je eh bagi comel , yang lain korang buat ' , ' wey ! marker mana ! ' , ' cikgu ! boleh buat warna warni tak ? ' . macam macam hal bebudak kelas aku . cikgu ni kalau masa kerangan dia jarang suruh buat karangan sebab dia tahu kitorang memang takkan buat . kitorang mesti campak tepi buku karangan lepas tu buat mesyuarat mengumpat , mesyuarat cerita cerita biru , mesyuarat jejak kasih dan bermacam jenis mesyuarat lagi . 

BAHASA INGGERIS
Teacher BI kita , Puan Hjh Norasyikin Zainudin . cewah cewah , nama teacher dah ada hajah lahh . hihi . dia baru pergi haji last year , Alhamdulillah :) teringat masa dia mengajar , teacher ni pun best . dia memang memahami jiwa remaja kitorang . cehh . ada la satu time ni , satu kelas macam senyap je . muka semua macam taik cherry berry je . sebab dia aku dah tak berapa teringat . cikgu lain masuk buat bodoh je , boleh ajar macam biasa , padahal kitorang ni hati tengah dilanda masalah ! teacher sorang je yang perasan ' hey , awak semua ni okay ke ? something weird in this class . anything happened ? you can share with me ' lebih kurang macam tu la ayat dia . see , dia caring kan . kitorang happy ke , sedih ke , semua dia dapat baca . teacher ni jugak kadang kadang merangkap kaunselor 5c . hihi .

PENDIDIKAN ISLAM
Ustazah kita , Puan Norzida Md Nor . hihi . usatazah ni comel je . tembam tembam montok montok , sedap untuk dipeluk . hua hua . jahat arikal ni ya kutuk ustazah . ustazah ni memang nampak je comel tapi sekali dia libas dengan rotan , fuhhh ! enakkk ! seminggu tak boleh duduk . yang buasir baru pulih pun boleh tekeluar balik buasir dia . haha . hiperbola terdapat dalam ayat tu . hoho . tiba tiba teringat setiap kali masa agama mesti lepas rehat . aku pun musykil kenapa asal agama je lepas rehat , lepas rehat je mesti waktu agama . betapa kelam kabut nya kitorang makan . lepas dah bunyi loceng tu lagi la kelam kabut berlari lari macam dugong . kalau yang terlambat tu lagi la , tak sempat langsung tengok bayang sebab laju sangat lari . bergegar tingkat 2 tu kalau 5C lari . huhu . kitorang akan selamat daripada kena ketuk ketampi atau rotan sakti beliau tu kalau kitorang sampai surau lagi awal dari beliau . kalau lambat , ada la hadiahnya . huuu . kejam kejam . 

ADD MATHS
Cikgu add maths kitorang ni la cikgu yang palingggg tetttt , fuhh . tak boleh nak explain macam mana . nama dia Puan Hasira Ludin . dia tak garang , tapi suka sangat ugut kitorang . sebab apa dia suka ugut ? sebab kitorang punya malas nak buat latihan dia macam ular sawa baru lepas lunch . sebab apa kitorang malas nak buat latihan dia , sebab dia sekali bagi latihan boleh habis satu buku petak petak tu buat . masa yang dia bagi untuk buat latihan tu , hanya la beberapa jam . harini dia bagi , esok dia dah nak tengok . hadehh hadehh , tensen tensen ! huhu . mulut dia agak boleh tahan ketajaman ayat ayat beliau . orang dengar tak menangis , tapi hati ni rasa bagai ditusuk pisau rembo . sakit derrr ayat dia , sepedas cabai kampung *cabai tu lada yaa , bukan perkataan mencarut . harap maklum .

MATHS
Cikgu ni pun comel jee . hihi , nama dia Puan Rosmislia . orang dia macam ustazah jugak , montel montel montok . hihi . cikgu ni lembut jee . bila dikenang balik , jahat betul kitorang sebab ambil kesempatan di atas kelembutan beliau tu . huuu . dia ni jenis yang tak suka marah . mana taknya , dia mengajar kat depan kitorang buat meeting kat belakang , dia pandang dia just cakap dengan nada yang sangat lembut ' yang belakang tu tengah bincang apa ya ? ' begitu lah ayat beliau . tapi kalau buku maths dia tak bawak , kena la jugak cubit . hihi . orang panggil apa yang cubit kecik kecik tu , cubit semut ehh . fuhh , pedih ! tapi cikgu ni suka sangat merajuk . kesian dia banyak makan hati dengan budak kelas kitorang . kitorang kena selalu alert la . kalau dia tak masuk kelas tu , haaa , paham paham la yang dia tengah touching dengan kitorang . hihi . kitorang mintak ampun cikguu :'(

SEJARAH
Cikgu ni lawaaa ! hari hari datang kelas dengan mulut merah ala ala marilyn monroe . hihi . nama dia Puan Che Wan Manjalara . hihi . tapi badan dia tak la macam manjalara dalam tivi tu . orang nye tecik tomeyy je . tapi sekali dia dah bukak speaker dia , satu kelas bisu macam phone kena silent otomatik jadi bisu ! kuat sungguh kuasa cingu kecik ni . hihi . dengan mulut merah dia tu kan , ahaks ! comel ! cikgu kecik ni sangat sangat tak suka megajar . tiap tiap hari kitorang yang kena ajar sesama sendiri . yeah , its sound macam cikgu tu malas . tapi pada dia itulah cara nak ajar budak kelas depan =.=' pelik sungguh pendapat beliau . kitorang ni tak pandai pun cikgu . nak ajar pun macam ajar ajar ayam je . kitorang bagi info semua salah . huuu . lepas tu cikgu marah kitorang sebab pandai pandai buat fakta . kesian kitorang . yang aku pelik , budak kelas aku ni ramai , 28 orang . tapi kenapa asyik aku je yang kena attack untuk tanya jawab soalan beliau . dah la soalan yang beliau bagi tuh memang senang habis ! senang sampai aku rasa nak hentak kepala kat kerusi . huuu . tapi pada kitorang semua cikgu lah cikgu paling kelakar ! setiap perkataan cikgu kitorang ingat .

CHEMISTRY
Cikgu kemis ni masih anak dara . keavailablean dia tu , aku tak sure . huhu . nama dia Cik Norasyikin Ghazali . orang dia pun kecik je . suka tengok dia bila dia senyum . cikgu ni pun tak garang , lembut je . dia mengajar best tapi aku tak tahu kenapa aku susah sangat nak memahami apa yang beliau ajar . huhu . aku je la yang lampi . orang lain senang je dapat apa yang dia ajar . ye la kan , macam mana aku nak belajar , mamat yang duduk sebelah aku tu Al fikri . memang salah orang la der cari jiran macam dia tu . mulut tak reti tutup . nak bercakap je kerja . lepas tu bila cikgu dah attack kitorang untuk jawab soalan baru gelabah bukak buku . kengkadang sampai dah terlepas beberapa page baru perasan yang kitorang sebenarnya asyik borak time dia ajar . huh ! arikal dan al jahat sebab tak hormat cikgu !

PHYSICS
Cikgu pizik ni pun tecik jee , ehh jap jap . baru aku perasan yang cikgu cikgu aku ni banyak yang bersaiz XS . hihi . kecik kecik semuanya . agaknya kalau aku berdiri sebelah diorang mau orang cakap aku ni kakak diorang . huuu . ehh , tertinggal nama beliau , nama dia best , aku nak bubuh nama cucu aku nanti . hihi . nama dia Puan Eleena Surliana Latif . sedap kan ? sesedap cupcake yang ibu aku buat . cikgu ni berspek mata bulat ala ala harry potter . aku ingat lagi . disebabkan subjek pizik la subjek yang paling tak best di abad kitorang , so kitorang selalu je masuk lambat . sampai athirah kitorang punya assistant monitor tepekik pekik ajak pergi . huu . siap kena ugut lagi . rindu nak dengar thirah membebel . huuu . tapi kan , disebalik kelembutan cikgu ni , kekerekan beliau sangat terserlah . hihi . sorry terkutuk cikgu . cikgu ni kalau jawab soalan yang kitorang tanya , fiuhhh , memang ada pattern tersendiri . kerekk habis . tapi dia tetap nampak comel :D **ayat terakhit berbaur bodek . hihi .

BIOLOGY
Cikgu bio ni orang kelantan . thats why la bila dia speaking londong ada baur baur kelantan . hihi . cikgu ni pun best . dia mengajar aku paham . walaupun kadang kadang kitorang tak dapat kenal pasti apa yang dia cuba cakapkan . huhu . cikgu ni baik , selalu umpan milo ais untuk bebudak yang pergi kelas tambahan dia . disebabkan aku termasuk dalam golomgan tak pergi kelas tambahan beliau , so aku pun tak dapat la milo ais tu . hihi . kesian cikgu ni . setiap kali buat kelas tambahan , kitorang jarang bagi sambutan hangat . yang kitorang bagi just bagi hati dia hangat . mana tak hangatnya , dalam 28 orang kitorang just hantar wakil dua tiga orang je . huu . budak 5C kejam gilaa !

SIVIK
Weee . cikgu sivik ni lahh cikgu lelaki tunggal dalam kelas 5C . nama dia Encik Haizir . cikgu ni cikgu disiplin tapi takda la garang mana pun kalau dengan itorang . tapi kalau datang angin garang je , setakat pelempang dan tempeleng tu ibarat permainan je bagi beliau . huu . cikgu ni pun best . sporting . kacak kerana rambut nya yang sangat tak subur . hihi . kitorang semua paling semangat nak pergi kelas sivik ni la . sebab cikgu ni suka tunjuk video . tapi bukan video biru ya , video yang boleh buat kitorang semua gelak dan menangis . kadang kadang , kitorang sanggup berdebat dengan cikgu add maths yang asyik nak amik masa sivik ni demi  nak tengok video . huhu . ada jugak kadang kadang situasi tipu menipu juga berlaku bila tibanya waktu sivik . contohnya , ' ehh , dah pukul berapa eh sekarang . masa kamu habis pukul berapa ni ? ' kitorang jawab ' belum habis lagi la cikgu . ada lagi 15 minit . ' padahal masa sivik dah hampir 20 minit berlalu =.='

huhu , tu je la kisah aku dengan budak budak kelas aku tahun 2010 . aku cuma bagi summary je ni . kalau nak aku cerita semua mahu buta mata korang nak baca . nanti kalau aku rajin aku buat novel aku post kat rumah korang sorang satu . hihi . okay lahh . nak mandi ni . babai . muahh muahh :D

2 0 Si pengomen yang comel :):

Anonymous said...

salam...

singgah malam sambil folo ur blog...

***61

Arikal Razali said...

wasalam . terima kasih jadi followers :) ari dah follow blog awak jugak .