Assalamualaikum :D
Hai hai hai :) haaa. Entry ni taknak cerita panjang dah lah kot. Kot lah cerita dia kann. Haa. Dalam hidup ni perkataan kot kengkadang penting okayy. haha. okay dah dah dah. Entry kali ni cuma nak bercercerita tentang kucing . haaaa. tahu tak apa tu kucing? Okay, kalau tak tahu, sila berdiri di tebing jambatan mana mana dan kemudian terjun okay. haha :D
Cik Kembang memang addict gila dengan kucing. Semuanya lepas Cik Kembang bela Ampok dulu kan. Betul cakap orang jangan terlalu membenci, nanti lama lama kita jadi suka. Heee, Serious dulu benci gila dengan kucing sebab suka berak merata rata, tapi sekarang pantang nampak kucing walaupun dekat pasar, Cik Kembang takkan perbah geli untuk belai kucing tu :)
Firstly, Cik Kembang nak kongsikan serba sedikit tentang fakta tentang kucing yang Cik Kembang tahu. Haa, mungkin kita tengok kucing ni sebagai binatang biasa yang mempunyai empat kaki dan berbulu di seluruh badan kann. Haaa, tapi siapa tahu kusing ni jugak ada benda istimewa dalam diri dia :)
- Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
- Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
- Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
- Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada laluan itu muat atau tidak untuk dilalui. #Jadi mohon jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
- Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
- 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
- Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
- Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw.
- Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
- Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
- Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
- Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. #sila google untuk keterangan yang lebih lagi
- Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
- Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari. haha
- kucing menggunakan purata selama 5 hingga ke 6 jam sehari untuk meng"GROOMING" diri mereka!
- 10% daripada tulang-tulang kucing terletak pada ekornya
- kucing dapat melompat sehingga 7 kali ganda daripada tinggi mereka
2 0 Si pengomen yang comel :):
saya juga pencinta kucing !
@hana szied, ahaa, sama lah dengan kita. sep sikit :D
Post a Comment