Assalamualaikum :)
Hai hoi hui ! eh eh , apehal gambar mukadimah gambar kucik yang bermuka panjang ala ala pink panther ni . hehe , saja je aku letak gambar ex-miow miow aku ni . sebab entry aku kali ni aku nak cerita sikit sikit tentang miow miow ni sebab aku teramat lah rindu pada miow miow aku yang kurus keding ni . lama rasanya aku tak mengupdate belog ni pasal aku kan . asyik asyik aku update pasal contest contest dan contest lagi . haha . maklumlah , arikal sangat tamak haloba . huu . okay , harini aku update entry ni pun bukan pasal diri aku . maaf lah eh , aku tak tahu nak cerita apa pasal hari hari aku , sebab hari hari aku sama je dengan hari hari sebelum ni . kalau aku cerita pun macam buat lenguh dan kebas jari aku je . huhu **sebenarnya malas nak menaip :P
Ya , miow miow aku suka sangat makan kelapa . aku pun tak tahu apa yang nikmatnya makan kelapa tu . ampok kalau dapat kelapa yang dah siap diparut , dia akan makan sampai mata pun terpejam pejam . maybe dia rasa macam makan burger kot . huhu . nasib baik la masa kat rumah lama aku dulu pokok kelapa keliling rumah . so jimat la bajet sikit nak bagi dia makan makanan febret dia ni . maklum lah , rumah lama aku dulu kat port dickson , tepi pantai je . huhu . ehem , untuk makluman korang ni ampok tak makan makanan miow miow yang mahal mahal . dia tak pandang la friskies atau makanan miow miow yang lain . dia kata tak sedap . ngeh ngeh . sebab dulu aku penah bagi sikit lepastu dia muntah . huhu . sampai demam demam si ampok ni makan friskies . ampok makan nasik dengan ikan rebus je . anpok suka gila . kalau dia nampak je ibu bukak peti ais nak amik ikan , dia yang gelabah lebih . lepas tu mengiau satu rumah . kuat pulak tu bunyi ! sakit kepala aku .
Aku teringat lagi kenangan miow miow makan gulai . hihi . hebat ampok ni , gulai pun dia belasah . ayah aku la bagi . dah la gulai tu boleh tahan pedas , aku yang manusia ni pun makan sampai terkeluar semua airmata dan airhidung . huhu . inikan kucing . adehh , tak tergamak aku nak cerita apa yang dah jadi . tapi aku kena cerita jugak sebab haritu ampok buat aku betul betul marah ! . huhu . nak dijadikan cerita , lepas ampok makan gulai tu , ampok pergi la lepak dan melepet kat atas moto aku yang dah sememangnya jadi port dia petang petang untuk membuta . masa tu kat rumah ada aku dengan ayah je , ibu keluar dengan kawan dia pergi seremban . dalam pukul 5 lebih macam tu ayah nak keluar . bukan pergi mana pun , pergi belakang rumah je sebab nak tengok kebun beliau . ayah lalu ikut sliding door belakang . aku pun keluar ikut pintu depan dengan harapan nak main kejar kejar dengan ampok .
Lepas aku dah keluar tu , aku pekik la nama miow miow aku tu , ' AMPOKKK ! OOO AMPOK ! AMPOK AYANGG ! ' banyak kali aku panggil dia tak datang pun . aku dah risau . aku jerit la tanya ayah , ' ayahh , ampok ada kat belakang tak ? ' ayah pun cakap ' takdeee ' . aku dah risau , mana si keding ni . berjalan tak reti nak balik . haish . dalam hati dah risau , mana tahu kot kot bangla potong rumput tu sembelih buat BBQ ke . bukan boleh percaya sangat muka bangla tu . huhu . lepas tu , aku pun tutup pintu dan jalan jalan . mula mula aku menonggeng kat kereta ayah tengok kot kot dia sorok bawah tu . tapi takda pun . lepas tu aku menonggeng pulak bawah kete ibu , takda jugak . tapi aku ada bau something yang buat aku rasa nak picit picit kepala si ampok tu .
Dia bukan berak biasa , dia cherry berry . mesti dia sakit perut . taik dia berterabur , kat kereta pun ada =.=' maybe dia tak sempat nak lari kot pergi jamban . sebab keadaan taik dia tu memang menunjukkan dia cuba nak lari tapi tak sempat . huhu **maaf agak kotor sikit entry ni . so baru sekarang aku tau , patut la aku panggil dia tak datang . rupanya ada buat salah . ampok memang macam tu . dah buat salah terus menyorok . tak pasal pasal aku kena basuh motor dengan kereta , dua dua kena sental . huh ! busuk gila ! lepas dah siap basuh tu aku pun pergi belakang kat ayah . aku tengok ampok punya sedap main cak cak dengan ayah kat sebalik pokok cili ayah . hishh , geram betul . aku terus pergi tangkap dia , and pegang muka dia . lepas tu aku marah marah dia ' orang panggil tak menyahut , rupanya berak merata , kenapa tak bagitahu . nakal ehh ' lepas tu aku picit kepala dia . masa aku marah dia tu dia pejam je mata . huhu . AMPOK , KITE RINDU AMPOK :'(
**aku salah eja nama sendiri =.='
HEE , ampok comel gilaa , hidung dia pink . rasa nak picit picit je . ehh , cuba tengok kat hidung dia . ada parut tu . huhu . dia ni kan miow miow yang sangat lah gedik . tengah dok bergedik tu , lepas tu dia jatuh longkang . huhu . habis hidung calar . padan muka dia . tapi ampok ni hero sebab dia penah bunuh ular yang hitam berkilat tu . huhu . aku tak boleh nak cerita sebab masa kejadian tu aku kat sekolah sedang memerah otak menimba ilmu . huhu .
Aku rindu masa masa terindah aku dengan miow miow ni . rindu sangat nak macam dulu . **macam cakap dengan couple pulak =.=' aku teringat dulu dulu , setiap kali aku nak pergi sekolah dia akan teman aku sampai la aku naik bas . masa mula mula kenal dia dulu , bila dia nampak bas je dia lari sebab bas tu besar . huhu . maybe dia rasa bas tu dinosour kot . huhu . tapi lepas dah lama lama , dia dah berani dah nak tunggu aku . dia dah tak takut dengan bas . dia nampak pun dia buat muka blur je . huhu . rindu sangat saat saat manis tu :'(
Aku rindu masa petang petang main kejar kejar dengan dia . ampok ni selalu halang aku nak jalan . bila aku nak jalan je , dia mesti pergi bergolek berguling depan aku . kang kalau terpijak , mengamuk . huhu . ampok suke gigit ibu jari kaki aku . yela kan , jari kaki aku besar besar . haha . entah apa la yang dia nampak kat jari kaki aku sampai asyik nak gigit je .
Ampok memang suka lepak atas mesin basuh masa baju tengah dimesin . maybe dia suka keadaan yang bergegar kot . entah entah dia rasa macam duduk atas kerusi ogawa . huhu . lepas tu dia suka gila selimut kan diri dia sendiri . awww ! pandai gilaa ! huhu .
Nasib baik ampok ni miow miow , aku rasa kalau dia orang , dah lama aku mintak nak kawin dengan dia . huhu . sebab dia comel sangat . ampok ni kalau nak tahu , dia pun addicted dengan camera . dia suka amik gambar , sama macam aku . huhu . bila dia nampak aku keluar rumah dengan camera di tangan , dia yang over lebih =.=' macam camera tu abah dia beli untuk dia pulak . huhu .
See , dia suka sangat amik gambar . ampok pandai jadi model . huu . aku rasa maybe cita cita dia nak jadi model . tapi disebabkan dia kucing so bakat permodelan dia tu terpendam je . huhu .
Tapi , aku dapat happy dengan ampok kejap je . sebab 3 bulan lepas aku kenal dia , jaga dia , tidur dengan dia , aku kena pindah . aku nak bawak dia , tapi tak boleh . sebab rumah aku yang baru ni tak jejak tanah . rumah aku yang baru ni , rumah flat je . huhu . kesian dia . masa hari aku nak pindah tu , aku menangis sambil peluk ampok . lepas tu ampok kena kurung dalam sangkar . ada orang nak amik ampok . aku tak berenti nangis sebab aku taknak pisah dengan ampok . ampok pun asyik mengiau kuat kuat je . sampai suara dia tak larat . aku bagi dia makan pun dia taknak . aku bagi air pun dia minum sikit je , lepas tu dia sambung mengiau kuat kuat . kesian dia !
Aku selalu nangis kata pakcik tu jahat sebab nak amik ampok dari aku . tapi ibu salu nasihatkan aku , ' okay jugak pakcik tu amik ampok , kalau kita tinggal dia macam tu je , lagi kesian kan . at least ada orang nak jaga dia . pakcik tu suka kucing , mesti dia jaga ampok baik baik ' lepas tu aku balas ' ika takut anak pakcik tu buat macam udin buat anyau . ika taknak ampok kena macam anyau ' **udin tu anak sedara aku kat kampung . anyau tu kucing aku kat kampung . udin baling anyau dari tingkat atas rumah atok sampai kebawah . udin kejam ! kesian anyau , dah la masa tu anyau baby lagi . aku sampai tengking si udin tu sebab baling anyau =.=' kejam betul aku . sanggup buat budak kecik menagis semata mata kerana miow miow . huhu .
okay lah , dah habis kot summary pasal ampok . kalau nak cerita semua memang samapi lusa tak siap siap entry aku ni . huhu . okay lah . babai . muahh muahh :D
23 0 Si pengomen yang comel :):
ehhhhh kucing kite pon kaler itam putih jugakk . eksaited ! *hehehe*
hihi , yeke ? jangan jangan kucing yang sama tak :P
huhuhudah lama xdewk kucing..
dulu bela gaks!
haiyyak...... kucing anda pandai bergaya di hadapan camera;)
tomey nye kucing nie..hehe..ni msti manje ni kan..
@Lelaki Ini ; haha , bela la lagi . best ! miow miow ni good listener :)
@FIFIEY LYCHEE MARATION ; hehe , well , tuan dia pun sama :) acewahh . perasan pulekk . huhu .
@niesz ; aah , manja tahap kuda . huhu
hai....singga dari sahabat blogger...
hehe..dah jadi follower anda yg ke 100 hehe..
nice number...
wah..comel nyer kucing...mcm kucing sy si tompOk..
love cat a lOt^^
singgahlah ke blog sy k...follow me if u like it...tq
hai :) yeah . hehe . trimas yea . anda org ke 100 :D tompok jugak nama ? sama la . huhu . insyaAllah sy follow awk balik :)
hehehe cute tp sy tkot kucing ! hahaha
sempoi ini kucing
hayyy nape laa aku ni tak suka kucing??hihi
salam..
comelnya kucing ni..
jom shopping dengan kami =)
@Khairul Atikah @ Cik Yuki : kte ni pun bekas penakot kucing . tapi lelama dah okay . dah . huhu . cuba la kenla kenal dgn kucing . best :)
@mohd zhafri : hihi . tgk la tuan dia :P
@safiah sokher ; haha . kesian . suka suka kan lah . best :D
@Sekamar Rindu : wasalam , hehe . secomel tuannya :P
@GummyhOlic Stuff : hihi . okay , nanti kte jengah belog awak he :)
hai kucinggg..eh,arikal :P
kakak tag awk utk join pantai contest. jom2..hehe
http://zatiemomento.blogspot.com/2011/01/pantai-contest-by-mrk.html
cara anda bercerita sememangnya anda seorang yg amat menyayangi haiwan...ampok bertuah kerana mendapat kasih sayang anda.
comey tul kucing ni..
Jemput keALL IN ONE
wee~ comel nye kucennn . hehe
sy sudah follow kmo ~ nice blog dear ^_^
kak zatie , ohya ? hihi . thanks kakak ! nanti kita join , insyaAllah :D
KELI OH KELI , yea , sy mmg syg sgt sgt kat ampok . tp nk buat mcm mane kan , trpksa tgglkan dia even hati sy merana T.T
titirara , hihi . trimas ! okayy . sy follow D
eh tak tak . sebab kucing kite tkde jnggut hitam . kikiki
oh yeke . hihi . kucing kite ada janggut . comel kan :D
gila kau tak comel ???? hahaha :p
haha . betul ! rindu dia ohhh . lama dah berpisah T.T
Post a Comment