post 90 - Rindu?

Assalamualaikum :D

Hey uolls! Ha jahh. Main uolls uolls je sekarang ni kan. Alah, bahasa trending. Watlek watchill. Habis masa nanti gua guna bahasa lain pula. Hihi. Gua rasa en, entry ni tak panjang kot. Kot lah kan. Hahaha. Tak berani janji. Nanti jadi macam entry sebelum sebelum ni. Janji je tak panjang, rupanya janji hanya tinggal janji! Puih. Gua pentipu. Sekali boleh taip, gua lupa dunia. Haha. *Nafsu menaip naip dah memuncak*

Okay, berbalik pada tajuk. Rindu? Haa. Apa itu rindu? Kalau nak ikut bahasa kereknya, perasaan yang kemungkinan besar syok sendiri sebab kita je rindu orang tu, orang tu tak rindu kita. Haha. Bodoh. Tapi sedih juga bila memikirkan rindu kita ni bertepuk sebelah tangan. Kesian rindu gua, main sorang sorang dihalaman rindu sebab rindu lagi satu tak juga datang bertamu. Acewahhh. Ayat kau peah!

Sapa yang gua rindu? Ehem ehem ehem. Takda sapa. Tapi adalah sekor hamba Allah nama terpaksa dirahsiakan. Sebenarnya idok lah teman ni rindu sangat pun kat dia. Cuma teringat. Apa nak diteringat kan? Halahaii, bodohnya soalan weh. Kalau dah nama teringat konpom lah apa apa yang berkaitan dengan makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan tu. Ye dok? Takkan gua nak teringat kat abang dia ke. Adik dia ke. BFFFFFFFF dia ke. Tak ke pelik.

Kekasih
Kalau boleh aku mahu
Kikis kulit wajahmu
untuk simpan dalam saku
Kerana.....

Bila aku rindu
Aku boleh bau

Okay, sekian puisi yang gua kopipes dari buku Seksi Ovari karya Fazleena *nama bapak dia gua lupa*. Kembali pada tajuk. Rindu? Eh, sebenarnya tak rindu. Cuma teringat je. Banyak sangat benda yang diperingatkan. Sampai gua sendiri dah tak larat nak perangat semua yang gua teringat tu supaya tak basi dan gua boleh teringat lagi dimasa bosan dimasa sunyi. Oh. ayat macam sadis. Tapi... biarlah gua rahsiakan. Kang orang kata gua over pula menaip menggunakan emosi dan perasaan.

Kalau nak diikutkan hati gua, nak aje gua senaraikan sebab sebab yang buat gua teringat. Tapi macam memandangkan gua malu. Jadi gua putuskan untuk rahsia. Cewahhh. Tapi sebenarnya gua ada selit dah kenapa gua teringat makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan tu. Cuma engkorang kenalah cari isi isi pentingnya. Biar gua ada berkias sikit. Takmau jujur sangat. Sebab makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan tu pernah pesan kat gua, 'nak jadi jujur boleh. Tapi kadang kadang biarlah ada rahsianya'

Kadang kadang en, gua duduk ditepian sofa sambil tengok tivi yang rancangan nya tak berapa nak bijak dan tak da lah penuh dengan moral pun gua teringat saat gua ada kat rumah sewa. Fuyoo. Banyak kenangannya. Tak tertulis tak terkata tak terucap. Infinity mungkin. Tak campur lagi kenangan dalam kereta, kenangan depan mcd, kenangan dalam mcd, kenangan tepi jalan kat dataran merdeka, kenangan kat kedai mamak, kenangak kat kedai shisha. Fuh. Kalau gua senarai engkorang yang give up nak baca nanti. Haha

Eh, ada soalan.
Engkorang pernah tidur depan mcd? 
Gua pernah. Saja nak bagitau. Haha. Tak nak tanya kenapa pula gua tidor depan mcd tu? Dah mana rumah gua sampai terpaksa tidor depan mcd dan esok terus mandi kat Petronas dan menuju ke kolej? Ada kisah disebalik semua tu. Rumah gua ada lelaki bogel cuba ceroboh! Apa engkorang gila kalau gua dan rakan rakan masih bodoh bengap tinggal dalam rumah yang gua dan rakan rakan pasti kunjungan si lelaki gila berbogel itu akan datang semula. Malam tu habis semua tidor merata rata. Dalam erti kata pasarnya. Merempat. Tapi idoklah sampai mengemis. 

Eh, ada lagi soalan.
Engkorang pernah lepak?
Gua pernah. Saja nak bagitau. Walaupun soalan tu bodoh. Ada ke yang tak pernah lepak? Paling paling jongos pun ada juga yang melepak walaupun melepak dalam bilik sendiri atas katil sambil pegang sematfon masing masing dan ligat update twitter ataupun lepak meniarap atas lantai sambil update belog macam gua buat sekarang. Jakgi lenguh pinggang gua sambung lepak atas katil pula. Silap silap boleh terus tido. Ngehehe. Gua teringat masa lepak dengan makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan. Bukan lepak dalam bilik ha. Jangan konpius. Tapi lepak dimana mana tempat yang kitorang selalu lepak. Tak tersenarai. Banyak. Terlalu. Tapi masih disekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Eh, ada lagi soalan ni haa.
Engkorang pernah tak jadi diri sendiri?
Gua pernah. Saja nak bagitau. Memang lah semua orang jadi diri sendiri. Tapi mustahil kalau engkorang tak pernah kontrol ayu walaupun sesaat kan. Gua pun ada gak time gua kontrol. Manusia. Biasalah. Sentiasa mahu cuba jadi sempurna walaupun hakikatnya semua tahu, dalam dunia ni, tiada siapa yang sempurna. Gua, boleh jadi diri gua sendiri dengan tidur ternganga, kentut bersepah, sendawa merata rata, gelak kuat. Bukan kerana tak sopan. Tapi itulah gua. Ops. Nanti, jangan salah faham. Bukan dengan semua orang gua buat macam ni. tak ke pelik kalau gua tetiba pergi kentut dekat mamat hensem yang jual kasut dekat Masjid jamek tu lepas tu terus gelak dan sendawa macam dia tu gua dah kenal separuh abad? Andai gua buat macam tu, gua mintak jasa baik engkorang, hantar lah gua ke mana mana pusat mental.

Bila gua dah selesa lawan kentut, saling sendawa ataupun ketawa besar. Mungkin dia istimewa. ISTIMEWA.

Sekarang confirm dah takda soalan sebab leher gua dah lenguh menaip. Haha. Sekian entri PENDEK gua.

Khas buat makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan :

Aku tidak pernah kisah
Jelingan kau pada wanita cantik yang melintas didepan
Jelingan itu mungkin untuk mereka
Tapi sepasan mata itu
AKU YANG PUNYA.

Gua tak rindu kau makhluk Allah nama terpaksa dirahsiakan. Cuma gua teringat.

Assalamualaikum :)

0 0 Si pengomen yang comel :):