post 62 - Hot Sentap

Assalamualaikum :)

Hai . Haa , harini kan tetiba je rasa macam nak update pasal fesyen zaman zaman sekarang yang macam kekurangan meter kain . Bukan apa , sebab Cik kembang sakit mata menengok kan mereka kereka dan mereka yang suka sangat pakai baju nak kata macam tarzan tu tak pulak , tapi ada lah rupa macam tarzan sikit . Nak kata miskin , rumah besauuu , kereta besau tapi baju je tak reti nak besau besauu . Tapi entah kenapa tak beli kain ela tu banyak sikit kan . Ini tak , elok elok badan tu kena pakai dua meter kain , dia beli semeter je . Tak ke macam sarung nangka rupanya tu nanti . Tekan sini ye :)

Okay , macam dekat Facebook contohnya kan . Cik Kembang tengok majoritinya , banyak menggunakan laman sosial ni sebagai alternatif lain untuk menambah dosa sendiri dan jugak dosa dosa orang orang yang melihat gambar tu . Memang lah facebook kau tu tetap akan jadi facebook kau dan takkan jadi facebook Cik Kembang dan kau memang berhak untuk buat apa saja dengan facebook kau tu tapi tolonglah simpati terhadap kami insan yang terlalu banyak melakukan dosa ni untuk tidak melihat badan kau yang terdedah sini dan sana .

Maaflah , ada yang cakap pakai dedah sana sini hot ye ? Yeke , Cik Kembang tak rasa pun . Hot ataupun cool , semuanya akan terbuktu bila tiba masa kita dihisab nanti .

Firman Allah SWT , “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [ An-Nur (24):31].

Tak cukup pulak dengan pakai seksi tu kan , bila kita menegur maki hamun pulak disembur sembur sampai tempias air liur satu muka . Ayat macam biasa lah yang kita selalu dengar kan , contohnya

"Eh , yang kau nak menegur aku ni kenapa ? Kau ingat kau tu perfect sangat ? Kau tu pun baru kenal apa tu pakai tudung , takpayah nak tunjuk baik sangat lah kannn "
"Ahh kau , apa kau nak sibuk . Dosa aku , aku tanggung . Tak kacau dosa pahala kau pun . Kubur masing masing okayyyyyy !" 

Ini lah yang sering dijawab oleh orang yang sombong dan angkuh. Statement ni memang tersangat lah salah . Terutama sekali bagi seorang insan yang bernama WANITA . Sebab dosa orang perempuan ni ditanggung oleh 3 orang lelaki iaitu suami , bapa dan saudara lelaki . Jika masih belum berkahwin , dosanya ditanggung oleh bapa . Jika bapa sudah tiada (meninggal) , maka dosanya ditanggung oleh saudara-saudara lelakinya. Jika tiada saudara lelaki, barulah dosanya ditanggung sendiri.
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu , bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu . Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu , kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendir i. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna , nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan” [Imam Hasan Al-Basr]

 Jangan diikut fesyen orang barat yang memang tak pernah kira tentang meter kain . Tak salah untuk berfesyen , tapi sembunyikanlah apa yang akan menjadi hak sang suami dan jangan biarkan ia dijamah sebelum ianya HALAL . Klik sini kalau nak tengok :)



Done , Assalamualaikum :)

6 0 Si pengomen yang comel :):

cik nunu said...

Macam2 org zaman sekarang ni, tu suma ats diri kita kn.. hee..
eh, cner u iklankan churp2 kat ats blog tu eh? nak jugakk.. :)

Arikal Razali said...

@cik nunu aah , semuanya bergantung pd diri masing masing :) nak link untuk tu ? Nanti sy buat tutorial :)

cik nunu said...

bule jgak! nak wat tuto?lagi bgos.. nt tagged saya kat fb oke? @ainul kirby :)

Arikal Razali said...

@cik nunu Okay , sekarang jugak sy buat kan :)

Myra Abdullah said...

susah nk nasihat org-org cmni.
jadi marilah kita berdoa agar Allah swt kurniakan Nur pd mereka.*insyaallah.

Arikal Razali said...

@myra abdullah tu lah pasal kan . insyaAllah merekan akan dapat petunjuk . aminn :)